HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, October 17, 2014

Jangan Tersalah Memilih Hospital Untuk Bersalin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, kawan saya baru sahaja selamat melahirkan anak. Beberapa bulan yang lalu, beliau bertanyakan saya di mana hospital yang bagus untuk bersalin. Sehingga kini saya berpuas hati dengan Pearl Maternity Hospital.

Sekiranya anda bercadang untuk menyusukan bayi sebaik sahaja anak kita dilahirkan dan mahu mengamalkan penyusuan secara eksklusif, anda perlulah memilih Hospital Rakan Bayi. Bagi yang memilih untuk tidak bersalin di hospital ini, anda masih boleh berbincang dengan doktor tentang kenginan anda untuk melakukannya.

Perkara ini memerlukan perbincangan awal. Ini kerana dibimbangi, bayi anda akan diberikan susu formula sekiranya anda menghadapi masalah ketika bersalin dan dilihat tidak mampu menyusukan bayi sejurus kelahiran.

Ketika saya mendaftar untuk bersalin di Pearl Maternity Hospital, saya perlu menandatangi satu borang pengesahan untuk menyusukan bayi secara ekslusif. Ini bertujuan memastikan bahawa ibubapa tidak membenarkan pihak hospital memberikan susu formula kepada si kecil. Bahkan, anak kita akan sentiasa diletakkan di sebelah kita bagi membenarkan bayi saya disusukan sepenuhnya.

Walaupun ada rakan-rakan saya yang kurang berkenan, tetapi setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh staff di Pearl Maternity Hospital ini. Itu adalah hak masing-masing. Kalau di sekitar Pulau Pinang ini, ada juga hospital untuk bersalin yang lain seperti Dewan Bersalin Muslimah,  KPJ Penang dan sebagainya.

Pada saya, kita boleh memilih mana-mana tempat untuk bersalin sebab itu hak kita. Tetapi, sebaiknya buatlah penyelidikan dan banyakkan berdoa agar Allah SWT mudahkan urusan dan ditemukan kita dengan tempat yang sesuai. Jangan sampai kita Tersalah Memilih Hospital Untuk Bersalin.

Jangan Tersalah Memilih Hospital Untuk Bersalin


 Perkara yang paling utama sebelum memilih hospital bersalin ialah mengetahui sejarah kesihatan diri anda. Anda perlu tahu sama ada mempunyai penyakit tertentu yang mungkin menuntut penjagaan rapi sewaktu hamil mahupun ketika proses bersalin. Selain itu kita juga hendaklah mengetahui pakej bayaran yang ditawarkan hospital swasta.
Hospital Pilihan Anda

Ada beberapa pengalaman daripada rakan sekerja, kenalan dan bahkan adik saya sendiri pernah mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan ketika bersalin di sebuah hospital kerajaan. Tidak perlu saya nyatakan di sini.

Di pendekkan cerita, sebelum adik saya bersalin, beliau dibiarkan terlantar seorang diri di atas katil dalam keadaan sakit dalam tempoh yang lama. Hampir seharian beliau terlantar seorang diri sampaikan suaminya sendiri tidak dibenarkan masuk untuk menemaninya di bilik bersalin.

Saya masih ingat, ketika kami sekeluarga menunggu di luar ruang bilik bersalin berjam-jam untuk mengetahui keadaan adik saya. Tiada seorang staff pun yang datang memberi tahu. Bahkan apabila ditanya, jawapan yang diberikan cukup mengecewakan.

Umpama melepaskan batuk ditangga sahaja. Staff itu cuma menjawab " saya tidak tahu". Di mana adab dan profesionalism sebagai penjawat awam?

Saya terfikir sendirian. Kalaulah saya yang berdepan dengan situasi yang sama, mungkin boleh trauma jadinya. Sudahlah itu merupakan pengalaman pertama bagi adik saya.

Selepas bayi dilahirkan, bayi tersebut terpaksa dimasukkan di dalam wad kerana disyaki termakan najis. Ketika itu, saya rasa ralat kerana kami yang menunggu langsung tidak diberi tahu. Apabila ditanya, jawapannya " saya pun tidak tahu, nanti minta ayah bayi terus pergi ke wad ya".

Bukanlah saya hendak menyalahkan staff terbabit semata-mata. Melihatkan kepada keadaan kerja di situ, saya faham, mungkin mereka tertekan dengan pesakit yang ramai. Tetapi, bukankah lebih baik beliau bersopan satun dan berbicara dengan baik dengan waris pesakit.

Setelah seharian barulah keluarga dapat berjumpa dengan adik saya. Ketika ibu saya melihat keadaan adik, saya, mengalir air matanya. Dia siap berpesan kepada suami adik saya, kalau boleh selepas ini carilah hospital swasta.

Ini sedikit kisah yang saya rasakan kurang menyenangkan dan kalau boleh situasi sebegini tidak berulang lagi.

Ya, sebagai ibu, saya cukup memahami dengan dugaan yang mencabar ketika mengandung. Banyak yang perlu diambil perhatian, dari persediaan sebelum mengandungsemasa mengandung, proses berpantang, persediaan keperluan ibu dan bayi sehinggalah dalam memilih hospital untuk proses bersalin.

Saya ingin menyarankan kepada suami khusunya, buatlah persediaan yang baik dan sediakan belanja yang cukup untuk menyambut kelahiran bayi anda. Bagi yang mampu, pilihlah hospital yang selesa untuk isteri anda bersalin, sekurang-kurangnya beban yang ditanggungnya dapat dikurangkan.

Di sini saya kongsikan beberapa tip dalam memilih hospital bersalin yang bersesuai. Selain dari segi bayaran hospital, terdapat beberapa tip lagi sebagai panduan. Selamat membaca.


5 Tip Memilih Hospital Untuk Bersalin


  • Sejarah Kesihatan


Perkara yang paling utama sebelum memilih hospital bersalin ialah mengetahui sejarah kesihatan diri anda. Anda perlu tahu sama ada mempunyai penyakit tertentu yang mungkin menuntut penjagaan rapi sewaktu hamil mahupun ketika proses bersalin. 

Antaranya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Jika mempunyai masalah kesihatan, maka anda perlu memilih hospital yang mempunyai doktor-doktor pakar yang bertauliah agar dapat menjaga ibu dan kandungan dengan baik sepanjang proses bersalin kelak.

  • Akses Kemudahan

Kemudahan bersalin di antara sesebuah hospital berbeza di antara satu sama lain. Sebagai contoh, tidak semua hospital mempunyai pakar bius yang boleh bersedia memberikan perkhidmatan pada kadar yang segera.
Kemudahan Yang Disediakan Di Hospital

Kemudahan bersalin di antara sesebuah hospital berbeza di antara satu sama lain. Sebagai contoh, tidak semua hospital mempunyai pakar bius yang boleh bersedia memberikan perkhidmatan pada kadar yang segera.

Malah, perlu anda ketahui hospital yang mempunyai unit rawatan rapi neonatal adalah terhad. Sama juga halnya dengan bekalan darah. Terdapat hospital yang tidak mempunyai unit khas yang dapat membekalkan darah apabila keadaan memerlukan.

Pilihlah hospital yang lengkap dengan kemudahan. Ini kerana agak menyedihkan sekiranya kita perlu berpindah hospital bagi memenuhi keperluan yang mendesak di saat akhir.

  • Teman


Ada sesetengah hospital membenarkan anda ditemani seseorang sama ada suami, ibu atau sesiapa sahaja yang anda selesa untuk bersama ketika menghadapi kontraksi bersalin. Namun, ada juga yang sesetengah hospital yang tidak mengizinkan hal ini. 

Jadi, anda perlu memastikan dengan pihak hospital sama ada anda dibenar membawa teman ataupun tidak ketika proses bersalin berlangsung. Saya secara peribadi , akan memilih hospital yang membenarkan teman di sisi, ini kerana saya sangat memerlukan sokongan suami ketika masa bersalin.

  • Kaedah Kelahiran

Kita juga perlu mengetahui kaedah bersalin yang ditawarkan pihak hospital. Contohnya, Hospital Ampang Puteri menyediakan perkhidmatan bersalin menggunakan Roma Birthwheel. Alat ini diakui dapat mengurangkan kesakitan dan pada masa yang sama mempercepatkan proses kelahiran.
Memilih Kaedah Bersalin Yang Bersesuaian

Kita juga perlu mengetahui kaedah bersalin yang ditawarkan pihak hospital. Contohnya, Hospital Ampang Puteri menyediakan perkhidmatan bersalin menggunakan Roma Birthwheel. Alat ini diakui dapat mengurangkan kesakitan dan pada masa yang sama mempercepatkan proses kelahiran.

Ada juga hospital yang menawarkan perkhidmatan bersalin dalam air iaitu WaterBitrh. Kaedah ini juga dipercayai dapat mengurangkan kesakitan ibu sewaktu proses bersalin.Walaubagaimanapun, anda disarankan mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dalam memilih kaedah kelahiran tertentu di hospital pilihan anda.

  • Penyusuan

 Sekiranya anda bercadang untuk menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan dan mahu mengamalkan penyusuan secara ekslusif, anda perlulah memilih Hospital Rakan Bayi. Bagi yang memilih untuk tidak bersalin di hospital ini, anda masih boleh berbincang dengan doktor tentang kenginan anda untuk melakukannya.
Memilih Penyususan Secara Eksklusif


  • Kerajaan Ataupun Swasta


Setiap hospital mempunyai ciri perkhidmatan dan sejarah pencapaian dalam bidang perubatan yang berlainan. Kebanyakkan hospital swasta mempunyai perkhidmatan tambahan dan peralatan tertentu dalam membantu ibu menghadapi proses kelahiran. Setiap perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran berasingan.

Jesteru itu, pasangan yang ingin memilih hospital bersalin juga perlu mempertimbangkan bayaran dan pakej yang disediakan pihak hospital. Anda juga berpeluang menikmati keselesaan kerana lazimnya hospital swasta menyediakan beberapa kelas wad seperti kelas ekonomi, deluxe atau suite.

Di hospital kerajaan pula, bayaran yang dikenakan sangat murah dan mampu dibayar oleh semua lapisan masyarakat. Meskipun begitu, kita hendaklah sedikit berdikari apabila bersalin di hospital kerajaan memandangkann jumlah pesakit yang ramai.

Selain itu, waktu melawat hospital swasta lebih fleksibel jika dibandingkan dengan hospital kerajaan. Ini terpulang kepada kita dapat membuat penilaian. Pada sesetengah individu waktu melawat mungkin tidak menjadi masalah.


Kesimpulan


Secara kesimpulannya, tidak salah untuk kita memilih sama ada hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Pada saya, perkara utama yang perlu kita utamakan adalah memilih doktor serta jururawat yang menguruskan proses bersalin adalah wanita Islam. Seterusnya, kita cuba merancang untuk mendapatkan proses bersalin yang berjalan lancar dan anak kita selamat melihat dunia baru. 



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

11 comments:

  1. alhamdulillah proses melahirkan anak-anak saya dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete
  2. wow memang tips lengkap ni nak pilih hospital bersalin. CT bace ajelah belum pregnant lagi hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he...terima kasih, takpa baca dulu. Moga2 bermanfaat buat Ct Humairah bila sampai masa nanti.

      Delete
  3. kakak saya bru bersalin semalam... alhamdulillah tepat die ok.. Salam Medical Center

    Recent Post by MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur. Salam medical center tu memang popular juga

      Delete
  4. my kakak melahirkan 6 anak di 3 hospital kerajaan yg berbeza . alhamdulillah , semuanya mendapat layanan yg baik sama ada dari jururawat juga dr ... mungkin itu ujian utk adik anda ...

    ReplyDelete
  5. untuk makluman, kebanyakan hospital kerajaan yang labor room nya untuk 4 org pesakit sekali gus, hanya tutup dengan tirai, det's y dia tak benarkan suami masuk.

    so, kalau tak nak perkara macam ni berlaku, tanya dulu hospital kerajaan tu ada service 1st class tak? kalau labor room nya 1 bilik 1 org, InsyaAllah suami boleh masuk. ada juga wad 1st class, 1 bilik 1 org, suami boleh teman malamnya.

    kalau swasta, of coz la service tip top ;)

    ReplyDelete
  6. antara lainnya, bab privasi kena fikir sama.. terutamanya bab aurat ibu mengandung..
    nice share.. walaupun belum kahwin, tapi pernah fikirkan hal ni, untuk masa depan.. hehehe

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi