HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, October 24, 2014

Video Lucah Menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Astaghfirullahal'azim. Saya beristighfar panjang apabila terbaca berita tentang video lucah taktik kotor jatuhkan ulama. 

Baru sahaja beberapa hari lalu saya buat post tentang penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang rezeki yang berkat, tiba-tiba air muka beliau dijatuhkan dalam media internet.

Inilah yang dikatakan akhir zaman dan kiamat semakin dekat. Manusia sudah hilang akal, tidak tahu menghormati ulama. Fitnah bertebaran di sana-sini.



Azhar Idrus Ustaz Azhar idrus, video youtube, ceramah ustaz azhar idrus
Ustaz Azhar Idrus diuji.


KUALA TERENGGANU - Penyebaran video lucah di media sosial yang kononnya ada kaitan dengan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hanyalah usaha jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya, Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI, tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini ia seperti sudah menjadi satu trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama. Ini sebab, pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu, hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, pihaknya percaya ada segelintir pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor seperti itu bagi menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.


Berita ini saya petik dari Sinar Online.

Ustaz Azhar Idrus, merupakan seorang pendakwah sejuta umat dalam negara kita sedang diuji dengan penyebaran video lucah.

Saya harap, kita semua bijak menilai dan tidak terburu-buru menuduh Ustaz Azhar Idrus sedemikian rupa. Buat masa ini saya rasa baik kita akur dengan apa yang diucapkan oleh pembantu beliau iaitu Zulkifli. 

Dalam pada itu, marilah kita terus berdoa agar Ustaz Azhar Idrus diberi kekuatan untuk terus berdakwah dan sekiranya apa yang sedang berlaku ini merupakan suatu perancangan kotor oleh seseorang atau mana-mana pihak semoga Allah SWT memberi petunjuk.

Mendengar berita sebegini saya bimbang dengan nasib kita semua. Apalah yang akan berlaku kepada kita sekarang ini kerana bala Allah SWT mudah menimpa umat manusia apbila fitnah tersebar dengan cepat.

Marilah kita bertaubat sebelum terlambat.

Anda suka baca artikel ini? Apa kata anda tolong share dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen di bawah ini. Terima kasih.

13 comments:

  1. minta dijauhkan segala bala
    kerana datangnya bukan tertimpa ke atas siapa yang buat salah sahaja
    semua akan kena

    ReplyDelete
  2. manusia akhir zaman..

    ReplyDelete
  3. fitnah akan berlaku kepada sesiapa jua..moga kita dijauhi fitnah dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...sama-sama kita berdoa dijauhkan fitnah

      Delete
  4. Betul...semua yang akan terima akibatnya...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Betul tu En. Khairuddin, Allah sudah beri peringatan kepada kita di dunia lagi.

      Delete
  6. Semoga UAI tabah menghadapi ujian ini. Berani yg tukang sebarkan pun, tak takut balasan Allah ke.

    ReplyDelete
  7. siapalah punya kerja fitnah ni... semoga Allah beri hidayah pd yg lakukan perbuatan keji ni.

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi