HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Sunday, October 26, 2014

Kerajaan Menyokong Penuh Penyusuan Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Beberapa hari yang lepas ada seorang rakan sekerja mengadu susu badan tidak cukup untuk anaknya. Melihat kepada beliau, saya cukup gembira kerana beliau tetap bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak dengan susu badan walaupun susunya berkurangan. 

Jadi, saya cadangkan kepada beliau set penyusuan lengkap. Mudah-mudahan Allah SWT banyakkan susu badannya.

Anak saya sudah berusia 2 tahun lebih, tetapi susu badan saya masih melimpah sampai basah baju ketika dia menyusu. Jadi, saya terpaksa pam juga.


Alhamdulillah, dengan persediaan ilmu pengetahuan, mengamalkan doa ketika menyususet penyusuan lengkap, dan cara pemakanan yang baik, susu badan saya masih banyak. 

Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan usaha oleh pihak kerajaan negara Malaysia yang memang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Salah satu bukti berkenaan hal ini adalah dengan mengadakan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada setiap tahun.


penyusuan susu ibu, susu badan, susu anak, susu ibu,
Breasfeeding A winning goal

Pada tahun 2014, sudah 22 kali pihak kerajaan menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Tema minggu penyusuan susu ibu pada tahun ini adalah:



Penyusuan Susu Ibu: Satu Matlamat Kejayaan Sepanjang Hayat (Breastfeeding: A Winning Goal for Life).



Di bawa ini adalah kenyataan akhbar YB Menteri Kesihatan Malaya sempena Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu.

Anda juga boleh download kenyaatan akhbar ini dalam bentuk PDF dengan klik pada link di bawah ini.

Kerajaan Menyokong Penuh Penyusuan Susu Ibu


Kenyataan Akhbar YB Menteri Kesihatan Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu.


Tahun ini merupakan tahun yang ke-22 kita menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, dengan tema Penyusuan Susu Ibu: Satu Matlamat Kejayaan Sepanjang Hayat (Breastfeeding: A Winning Goal for Life). Tema pada tahun ini menekankan kepentingan untuk meningkatkan dan mengekalkan perlindungan, galakan dan sokongan terhadap penyusuan susu ibu dalam agenda selepas 2015, iaitu tahun di mana berakhirnya Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium Development Goals, MDG).  Matlamat Pembangunan Millenium adalah satu ketetapan yang telah dirangka oleh kerajaan-kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menilai secara komprehensif, kemajuan dalam memerangi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan yang sihat dan mampan menjelang tahun 2015. Penyusuan susu ibu menyumbang kepada kelapan-lapan matlamat MDG tersebut. Contohnya, penyusuan susu ibu dapat meningkatkan kesihatan ibu, yang merupakan matlamat MDG yang ke-empat. Penyusuan susu ibu membantu mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin, mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta kehilangan jisim tulang selepas putus haid.   Salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan amalan penyusuan susu ibu adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di hospital-hospital kerajaan dan swasta. Ianya bertujuan untuk menyediakan persekitaran dan anggota kesihatan terlatih yang dapat membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu sebaik selepas kelahiran. Ini merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan penyusuan susu ibu. Sehingga kini, kesemua 127 hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Walau bagaimanapun, kemajuan pelaksanaan inisiatif ini perlu dipertingkatkan lagi di hospital swasta. Sehingga kini, hanya 7.4% ataupun 13 daripada 175 buah hospital swasta yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Oleh itu, komitmen hospital swasta amatlah diperlukan agar lebih banyak lagi hospital swasta mendapat pengiktirafan ini. Di samping itu, sokongan media massa dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan susu ibu amatlah diharapkan. Adalah menjadi harapan Kementerian Kesihatan agar media massa dapat mempromosikan penyusuan susu ibu sebagai satu amalan yang biasa di kalangan masyarakat Malaysia. Media massa perlu sentiasa mengaitkan pemakanan bayi dengan susu ibu dan bukan susu formula atau susu botol.Oleh itu, saya ingin memohon kerjasama daripada semua pihak agar dapat turut sama menyokong dan mempromosikan amalan penyusuan susu ibu di Malaysia, selaras dengan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan. Polisi ini menyatakan bahawa “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja (penyusuan susu ibu secara eksklusif) dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan”.DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM Menteri Kesihatan Malaysia


Perbezaan susu ibu dengan susu formula memang ketara. Sebab itulah tuntutan menyusu anak dengan susu ibu memang telah dinyatakan dalam al-Quran sehingga anak berusia dua tahun. Bahkan ada ulama yang berpendapat boleh menyusu anak sehingga usia anak mencapai dua tahun setengah. Jadi, usaha kerajaan mengadakan minggu penyusuan susu ibu ini merupakan usaha murni yang patut kita sokong.

Apa pandangan anda tetang sambutan minggu penyusuan susu ibu ini? Cuba anda komen di bawah ini.


4 comments:

  1. alhamdulillah,kathy susukan keempat anak dengan susu badan sendiri,tanpa campur susu formula..

    ReplyDelete
  2. Ada elaun ke? Kalau ada GST kat susu tepung tapi kat yang asli takde GST...

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi