HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, October 16, 2014

Menyusu Anak Sampai 2 Tahun Tercapai, Masa Untuk Bercerai Susu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada 9 Oktober lalu anak saya Muhammad Thaqif mencecah 2 tahun. Saya masih ingat lagi, sejak awal kelahiran anak sulung kami, saya berdepan dengan pelbagai rintangan untuk menyusukan anak saya dengan susu badan. Sampaikan saya pernah menangis kerana susu tidak keluar dan sakit semasa mengepam susu.

Jururawat, suami dan rakan sekeliling sentiasa memberi sokongan padu kepada saya supaya terus berdoa dan berusaha untuk menyusukan anak. Di samping itu, saya juga mengamalkan suplemen pilihan untuk ibu yang memberikan sepenuhnya susu ibu.

Menyusu Anak Sampai 2 Tahun Tercapai, Masa Untuk Bercerai Susu


Setelah berhempas pulas, menyusun waktu dan mengorbankan waktu tidur akhirnya, matlamat untuk menyusukan anak saya sampai dua tahun berjaya dicapai dengan izin Allah SWT.

Namun, sekarang saya rasa sedih pula untuk bercerai susu dengan anak saya ini. Maklumlah sudah 2 tahun memberi susu badan kepada anak saya. Namun, umur 2 tahun adalah tempoh yang memang disarankan oleh Islam, jadi saya akan cuba sedaya mampu untuk memahamkan anak saya Muhammad Thaqif.

Kalau ikutkan petua orang tua-tua ada yang sarankan guna asam jawa, kunyit hidup, kunyit serbuk, akar seruntun dan bermacam-macam lagi untuk diletakkan di puting susu. Tetapi cara-cara ini tidak dianjurkan oleh pakar laktasi kerana ia boleh menganggu emosi anak.

Puas saya mencari dan mengkaji bagaimana cara untuk bercerai susu dengan anak saya dan akhirnya saya terjumpa cara yang disarankan oleh seorang Perunding Laktasi Siti Nur Suraya Mohamed Ali.

Panduan ini saya rasakan amat bersesuai buat ibu-ibu yang mengalami situasi yang sama. InsyaAllah saya akan cuba praktikkan cara ini. Kalau tidak berkesan, mungkin saya akan guna cara lain.


panduan menyusu badan susu badan menyusu badan susu untuk ibu menyusu pemakanan ibu menyusu susu ibu menyusu panduan susu ibu panduan mengandung panduan menyusukan bayi ibu menyusu bayi susu untuk ibu menyusukan bayi cara orang mengandung panduan pemakanan ibu hamil cara susu ibu menyusui pemakanan ibu menyusu badan tips menyusu badan cara menyusu badan panduan pemakanan ibu menyusu cover menyusu bayi Ramai ibu mungkin menghadapi cabaran dalam memberhentikan penyusuan badan apabila anak mencecah usia dua tahun ke atas. Ini kerana anak kita telah menganggap aktiviti ini sebagai satu keperluan kerana tempoh menyusu yang telah lama.


Ramai ibu mungkin menghadapi cabaran dalam memberhentikan penyusuan badan apabila anak mencecah usia dua tahun ke atas. Ini kerana anak kita telah menganggap aktiviti ini sebagai satu keperluan kerana tempoh menyusu yang telah lama.

Seperti yang kita tahu, khasiat susu ibu tiada tandingannya. Penyusuan susu badan memberikan faedah dua hala kepada ibu dan anak. Selain mengeratkan hubungan ibu dan anak, menyusu juga dapat memberikan emosi yang stabil serta daya tahan badan yang tinggi berbanding bayi yang tidak disusukan sepenuhnya.

“Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza ketika menikmati aktiviti penyusuan susu badan. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan sebelum anak mencecah usia dua tahun,” katanya.

Puan Siti mensyorkan aktiviti penyusuan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum terus memberhentikannya. Ini kerana apabila anak sudah selesa dan tidak lagi meminta barulah proses bercerai susu dilakukan.

“Memberhentikan penyusuan badan secara drastik kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka,” katanya. 
Sebenarnya tiada masa yang spesifik untuk memberhentikan penyusuan susu ibu. Ini terpulang kepada  kesediaan ibu dan anak dalam melalui proses ini. Setiap ibu akan melalui pengalaman berbeza bergantung kepada berapa cepat dan mudah bayi membuat penyesuaian. Bercerai susu akan mengambil masa lebih lama sekiranya bayi belum bersedia melakukannya.

Ibu-ibu dinasihatkan tidak memberhentikan penyusuan secara serta merta. Ini kerana ia akan mengganggu bayi dan membuatkan ibu berasa kurang selesa apabila mengalami payudara bengkak dan kemungkinan berhadapan penyakit mastitis, satu penyakit radang payudara. Jika bayi tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah sehingga dia benar-benar bersedia. 



Set menyusu shaklee membantu ibu dalam menghasilkan banyak susu, membantu ibu lebih bertenaga dan cergas serta memberi ilmu kandungan kalsium yang mencukupi. panduan menyusu badan susu badan menyusu badan susu untuk ibu menyusu pemakanan ibu menyusu susu ibu menyusu panduan susu ibu panduan mengandung panduan menyusukan bayi ibu menyusu bayi susu untuk ibu menyusukan bayi cara orang mengandung panduan pemakanan ibu hamil cara susu ibu menyusui pemakanan ibu menyusu badan tips menyusu badan cara menyusu badan panduan pemakanan ibu menyusu cover menyusu bayi
Set Lengkap Menyusu Shaklee

Cara Menceraikan Susu Ibu dengan Anak


Terdapat pelbagai cara yang lebih berhemah boleh dimulakan ibu sebaik saja anak sudah meningkat usia dua tahun. Antaranya adalah: 

1. Jangan tawarkan susu ibu dan lengahkan jika dia minta.


Ibu tidak perlu menawarkan kepada anak susu apabila dia leka bermain. Biarkan dia meneroka dunia kecilnya. Sekiranya si comel meminta susu, lengahkan dahulu dengan mengalihkan perhatiannya atau pun tawarkan si kecil minum air kosong dahulu.


2. Berikan minuman lain. 


Bagi ibu yang ingin memberhentikan penyusuan seharusnya sudah memikirkan jenis minuman gantian yang akan disediakan. Ibu atau penjaga boleh menawarkan minuman lain seperti air buah, susu segar, minuman dalam kotak atau air kosong. 

Sediakan satu botol minuman dengan karakter yang disukainya dan ini membolehkan bayi mula menyukai perasaan menjadi kanak-kanak. Gantikan susu dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan yang dipotong kecil supaya anak menjadi lebih kenyang. 


3. Berhentikan penggunaan botol dan gunakan bekas air. 


Bayi pada usia lapan bulan sudah boleh memegang dan minum sendiri dari bekas air. Kita boleh melatih si comel menggunakan bekas air. Ini boleh kita lakukan agar si manja dapat berdikari.


4. Penggantian rutin.


Memberhentikan penyusuan sebelum tidur adalah satu cabaran buat ibu. Disini bapa diminta memainkan peranan. Bapa boleh melakukan aktiviti baru bersama anak seperti membacakan buku cerita.

Bapa juga boleh membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan sebelum si manja meminta susu.


5. Memendekkan tempoh penyusuan. 


Ibu juga boleh mencuba dengan memendekkan waktu penyusuan. Sekiranya menyusu selama 30 minit ibu boleh memendekkan masa selama 10 hingga 15 minit saja. Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. 


6. Berikan pelbagai jenis makanan. 


Sebaik saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan dapati dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini: 


Semoga panduan ini dapat membantu saya dan anda yang mengalami masalah seperti saya. Jangan lupa berdoa agar Allah SWT mudahkan urusan dan perancangan kita.

Selamat mencuba :)

Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

panduan menyusu badan susu badan menyusu badan susu untuk ibu menyusu pemakanan ibu menyusu susu ibu menyusu panduan susu ibu panduan mengandung panduan menyusukan bayi ibu menyusu bayi susu untuk ibu menyusukan bayi cara orang mengandung panduan pemakanan ibu hamil cara susu ibu menyusui pemakanan ibu menyusu badan tips menyusu badan cara menyusu badan panduan pemakanan ibu menyusu cover menyusu bayi
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

2 comments:

  1. aaaa tak ingatlah dulu sampai berapa tahun CT nyusu tapi mak cakap memang lebih dua tahun :P

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi