HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, October 3, 2014

Amalan Di Hari Wukuf Untuk Yang Tidak Mengerjakan Haji

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Apabila tiba Hari Raya Aidil Adha bermakna, kerja ibadah haji sudah pun sampai kepada kemuncaknya. Pada hari ini iaitu Hari Jumaat bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1435 di Arab Saudi, jemaah haji akan melakukan wukuf.

Amalan Buat Kita Di Hari Wukuf
Amalan Buat Kita Di Hari Wukuf

Amalan Di Hari Wukuf Untuk Yang Tidak Mengerjakan Haji


Meskipun kita tidak mengerjakan ibadah haji, tetapi kelebihan hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci sahaja. Bersempena hari Arafah yang akan belangsung, saya kongsikan beberapa Amalan Di Hari Wukuf Untuk Yang Tidak Mengerjakan Haji.

Sebelum itu, mari kita lihat apa itu wukuf.

Pengertian wukuf


Wukuf adalah mengasingkan diri atau mengantarkan diri ke suatu “panggung replika” padang Masyhar. Suatu tamsil bagaimana kelak manusia dikumpulkan di suatu padang Masyhar dalam formasi antri menunggu giliran untuk dihisab oleh Allah SWT. Wukuf adalah suatu contoh sebagai peringatan kepada manusia tentang kebenaran Illahi.Status hukum Wukuf di Arafah adalah rukun yang kalau ditinggalkan maka Hajinya tidak sah. 

Dari sudut yang lain, Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia dengan bahang terik mentari di Padang Arafah, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.

Amalan Di Hari Wukuf


Puasa Sunat


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:


“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW mengajurkan kita berpuasa pada hari ke 9 Zulhijjah iaitu sehari sebelum Hari Raya AidilAdha.

Niat puasa sunat hari Arafah:


"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Amalan Soleh


Kita juga digalakkan melakukan amalan soleh seperti solat sunat tahajud, bertaubat, bersedekah, membaca Al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Selain itu, kita dianjurkan memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).


Banyakkan Berdoa


Bagi umat Islam yang melakukan wukuf di padang Arafah, ada doa arafah yang boleh dibacakan dan tidak menjadi kesalahan doa Arafah itu turut dibacakan oleh seluruh umat Islam. Berdoalah di mana-mana sahaja yang kita mahu kerana Allah SWT Maha mendengar dan Maha memberi.


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (Surah Al-Baqarah ayat 186).

Kesimpulan


Perhimpunan di hari Arafah merupakan simbolik bagi manusia yang akan berkumpul di Padang Mahsyar, Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.

Selain itu, hari Arafah juga disebut sebagai Hari Tarwiyah iaitu hari renungan berdasarkan kisah Nabi Ibrahim yang berkali-kali merenung mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail.

Di samping itu, himpunan ramai umat Islam turut mempamerkan jalinan kukuh persaudaraan umat Islam dan kesatuan ummah supaya kita sentiasa bergabung dalam meneruskan perjuangan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah SWT.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

2 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi