Alhamdulillah, semalam kami pergi ambil stok baru produk shaklee di stokis Shaklee di Seberang Jaya. Ada tempahan dari pelanggan baru dan lama. Kami bersyukur kerana stokis shaklee di Pulau Pinang ini dekat dengan rumah. Jadi, mudah untuk kami pergi membelinya sendiri.
Alhamdulillah, ibu-ibu yang sudah mencuba set menyusu shaklee memang berpuas hati dengan hasilnya. Stok susu yang disimpan cukup untuk anak kesayangan mereka. Bahkan mereka turut mengamalkan produk-produk shaklee yang lain.
Semasa berpantangkan anak pertama, saya memang tidak ada pengalaman dalam penyusuan susu ibu. Saya anak sulung dalam keluarga. Jadi, memang tiada kakak yang mahu dijadikan contoh. Nak tanya Ummi. Beliau sudah puluhan tahun tidak ada anak kecil.
Meskipun tidak ada pengalaman, saya tetap bertekad untuk memberikan susu ibu kepada anak saya. Setelah berusaha berkali-kali, Alhamdulillah dapat saya menyusukan anak sendiri.
Rutin harian saya siang dan malam adalah menyusukan anak dengan susu ibu. Sepanjang berpantang, saya hanya susukan anak sampai kenyang tanpa menyimpan stok kerana saya menyangka anak saya pasti akan dapat susu yang cukup apabila saya bekerja nanti.
Sangkaan saya meleset sama sekali. Apabila saya kembali bekerja susu yang ada hanya cukup-cukup sahaja.
Bayi suka susu ibu |
Bahkan ada ketika, saya terpaksa berulang-alik dari tempat kerja ke rumah pengasuh ketika waktu rehat untuk menyusukan anak secara terus kerana stok susu yang disimpan tidak mencukupi.
Pengalaman anak pertama cukup mengajar saya. Jadi, untuk anak kedua saya telah melakukan penyimpanan stok susu sejak berpantang lagi.
Menyimpan Stok Susu Sejak Berpantang
Memang tidak dinafikan, ada ibu yang mempunyai stok susu yang melimpah-ruah. Ada rakan saya yang terpaksa membeli peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu semata-mata.
Saya juga terbaca dalam majalah Pa&Ma, ada seorang blogger yang memiliki 300++ stok susu perahan ibu sebaik sahaja kembali bekerja. Sungguh tekun, bersemangat dan sabar ibu ini!
Apakah rahsianya? Beliau berkata bahawa apa yang beliau perolehi adalah hasil usaha mengepam susu sejak dua minggu awal selepas bersalin.
Namun, tidak semua ibu bertuah mendapat simpanan stok susu yang melimpah-ruah. Oleh itu, semasa berpantang anda digalakkan membuat penyusuan secara terus dengan anak dan mula mengepam susu.
Jangan bimbang kalau hasil perahan atau pam yang anda perolehi hanya 1oz. Ini kerana semakin kerap anda melakukan perahan, stok susu anda boleh bertambah. InsyaAllah.
Menyimpan Stok Susu Sejak Berpantang |
Jadual perahan susu ketika berpantang
- Waktu pagi sebelum bayi bangun tidur
- Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payu dara
- Pam semasa menyusukan bayi (tandem nursing & pumping)
- Pam semasa bayi tidur
- Pam antara waktu tidur (bangun malam untuk pam)
- Pam sebelum ibu tidur
- Pam antara waktu subuh sebelum mandi pagi (hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu subuh ini)
Kesimpulan
Stok susu ibu yamg mencukupi sangat penting bagi memastikan bayi anda tidak terputus bekalan susu ibu selepas anda kembali bekerja.
Oleh itu, anda perlu membuat persediaan dengan menyimpan seberapa banyak stok susu sepanjang tempoh berpantang.
Moga-moga usaha murni anda akan diberkati Allah SWT. Selamat Menyusu.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Independent Distributor |
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
susu ibu memang terbaik
ReplyDeleteya...bernas sekali kenyataan ini
Delete