HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, February 8, 2014

Kepentingan Blog Dalam Memasarkan Shaklee

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Hari ini saya ingin berkongsi tentang tip pemasaran Shaklee melalui blog atau web blog.

Blog merupakan medium perhubungan dalam talian atau internet yang cukup efektif pada masa kini.

Ia menjadi terkenal dan diguna dengan begitu meluas sekali oleh banyak lapisan masyarakat sama ada golongan muda atau lama.

Blog digunakan untuk berkongsi pengalaman, maklumat, panduan dan juga pemasan produk.

Kepada anda yang telah mendaftar sebagai ahli Shaklee atau Independent Distributor, ayuh ikut saya membina blog.

Kenapa blog? Jom baca selanjutnya.




Kepentingan Blog Dalam Memasarkan Shaklee


#1. 77% daripada pengguna internet gemar membaca blog


Terdapat pembaca blog yang follow serta subscribe untuk membaca update terkini dari blog yang mereka suka.

Kebanyakan masyarakat kita hari ini sudah bijak. Mereka tidak lagi membeli sesuatu produk tanpa mencari maklumat terlebih dahulu.

Tambahan pula, maklumat yang terdapat di internet terutamanya blog mudah dicari untuk dibaca dengan percuma.

Melihat kepada peratusan penggunaan internet yang gemar mengunjungi blog, ini merupakan peluang hebat kepada agen-agen Shaklee seperti saya dan anda untuk membina blog.

Kita boleh membuat perkongsian maklumat tentang kelebihan produk dan juga tip-tip kesihatan yang berkaitan menerusi blog.

#2. Hampir 1/4 daripada jumlah masa digunakan oleh pengguna internet untuk membaca artikel di blog.


Dalam sehari ada 24 jam. Ini bermakna lebih kurang 6 jam sehari mereka akan habiskan masa untuk membaca artikel di blog.

Lama juga masa yang diambil untuk membaca artikel di blog. Kenapa jadi begini?

Contohnya, balam kebanyakkan blog terdapat list blog disediakan. Ketika anda sedang asyik membaca satu artikel, tiba-tiba ada entri menarik terpapar dalam blog list itu. Dengan mudah anda akan klik ke situ.

Begitu juga bagi anda yang gemar membuka akaun facebook. Sedang asyik melihat news feed, tiba-tiba ada kawan share satu artikel dari blog. Anda dengan tidak sengaja klik link tersebut.

Inilah yang menyebabkan pengguna internet menghabiskan masa mereka dengan membaca artikel di blog.

Kepada Independent Distributor Shaklee, kita perlu kreatif menghasilkan tajuk dan artikel yang menarik minat pembaca. 


Kalau anda mencari idea untuk menulis artikel blog boleh datang ke sini selalu. Insya-Allah kami akan kongsikan dengan anda.

#3. Peniaga kecil yang menggunakan blog menerima jualan 126% berbanding peniaga kecil yang tidak langsung membuat pasaran melalui blog.


Kebanyakan produk yang berjenama besar mahupun kecil di pasaran menggunakan blog sebagai medium untuk mempromosikan barangan mereka.


Begitu juga dengan produk shaklee, begitu banyak sekali blog yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan.


Anda boleh lihat mereka yang telah berjaya dalam Shaklee menggunakan blog ini seperti mariafirdaus, saya mahu sihat, mamafaiz dan ramai lagi.



#4. Kajian di Amerika Syarikat mendapati 81% pengguna internet memberikan kredit kepada blog yang mempunyai perkongsian yang bagus.



Google merupakan syarikat gergasi di internet yang sentiasa memerhati perkembangan blog dari semasa ke semasa.


Oleh itu, antara perkara penting yang diambil kira adalah kandungan blog yang unik lagi asli serta jumlah backlink yang tinggi.


Selain itu, pembaca dibenarkan untuk vote kandungan blog yang mereka baca seperti dalam google plus. 


Sesetengah blog boleh mencapai ranking yang lebih baik di search engine dengan bantuan Google plus.


Lantaran itu, pengedar produk Shaklee memang wajar menggunakan blog sebagai medium pemasaran.

Anda boleh membina blog yang berkongsi maklumat berguna dan berkualiti kepada pembaca secara percuma.

Blog yang berkualiti menghasilkan hubungan dan kepercayaan dengan pelawat. Apabila wujud kepercayaan, maka mudahlah untuk anda menjual produk Shaklee.



#5. Jenama perniagaan semakin kukuh apabila blog menawarkan perkongsian yang menarik dan bernilai kepada pembaca.



Setiap artikel yang dikongsikan di dalam blog akan kekal selagi mana internet ini wujud. Insya-Allah.


Artikel-artikel yang lama boleh dicari semula walaupun 10 tahun yang lalu ia ditulis.


Ia juga mesra pengguna di mana pembaca boleh mencari semula maklumat yang dikehendaki dengan mudah sama ada yang baru atau lama.


Berbeza dengan artikel yang kita kongsikan di facebook, pembaca hanya mudah membaca post yang terkini sahaja.


Perniagaan yang mempunyai jenama yang hebat mengambil masa yang lama untuk membina jenama.


Begitu juga dengan blog, semakin ramai pengunjung yang datang maka jenama blog itu akan semakin kukuh dan terkenal.



Kesimpulannya



Blog merupakan medium yang cukup bagus untuk semua pengedar-pengedar Shaklee yang sah.


Membina blog memang mudah, tetapi yang menjadi cabaranya adalah menyediakan perkongsian yang berkualiti lagi disukai ramai.


Namun, dengan usaha yang tidak pernah jemu pasti Allah SWT akan tunjukkan jalan kepada kita untuk berjaya.


Jangan tunggu lagi. Gunakan kuasa tindakan anda sekarang. Ingin membina blog? Klik sini.


Sekiranya anda rasa artikel ini berguna, sila kongsikan dengan orang lain yang anda suka. Nimati sihat untuk ibadat.



FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi