HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, February 14, 2014

Kenapa Tubuh Kita Perlukan Kalsium?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Tahukah anda bahawa kalsium adalah salah satu nutrien yang penting dalam tubuh kita. 

Kenapa Tubuh Kita Perlukan Kalsium? 


Lebih daripada 90% kalsium dalam badan anda disimpan di dalam tulang kita untuk menguatkan tulang bagi menyokong keseluruhan struktur badan. 

Kalsium juga berperanan dalam pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf, dan kontraksi otot. 

Selain itu, kalsium ialah berfungsi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat dan mencegah penyakit osteoporasis.

Apabila kekurangan kalsium, hormon paratiroid bertindak memindahkan kalsium daripada tulang kita sebagai bekalan kecemasan untuk darah dan tisu lembut. 

Walau bagaimanapun, penggunaan kalsium yang berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk kepada buah pinggang, sembelit dan sebagainya.

Untuk dapatkan maklumat tambahan tentang kalsium anda boleh berkunjung ke sini.






30 Tanda Kekurangan Kalsium


Di bawah ini saya senaraikan 30 tanda kekurangan kalsium dalam badan kita. Cuba anda cek adakah anda juga kekurangan kalsium dalam badan.

  1. Kekejangan atau kram otot
  2. Sukar untuk tidur
  3. Perasaan berdebar-debar
  4. Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki
  5. Wheezing(pernafasan berdehit)
  6. Susah menelan
  7. Suara berubah akibat laryngospas
  8. Eczema-penyakit kulit
  9. Rapuh kuku
  10. Sakit Sendi
  11. Tekanan darah tinggi
  12. Gigi reput
  13. Paras Kolestrol timggi
  14. Kebas-kebas kaki dan tangan
  15. Rheumatiod 
  16. Rickets
  17. Mudah marah
  18. Terjejas keupayaan intelektual
  19. Kemurungan
  20. Perubahan personaliti
  21. Letih
  22. Sawan
  23. Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
  24. Jantung
  25. Sesak nafas
  26. Tanda-tanda lemah jantung, cepat penat
  27. Rambut kasar
  28. Kuku rapuh
  29. Psoriasis (sakit kulit)
  30. Kulit kering

Berapa banyak kalsium diperlukan untuk badan kita?




Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. 

Melainkan anda seorang yang gemar minum susu serta ambil berat dalam pengambilan makanan anda.

Secara umumnya, sukar untuk kita memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. 

Sebagai contoh, rata-rata wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana bimbang terlebih kalori dalam badan.

Namun apa yang terjadi pengambilan purata bagi wanita hari ini kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah punca utama wanita dilanda wabak osteoporosis.

Oleh itu, saya cadangkan kepada anda untuk mengambil ostimatrix Shaklee sebagai makanan tambah harian anda.

InsyaAllah ia mampu menampung keperluan kalsium dalam badan anda.

Kenapa anda perlu ambil Ostimatrix ?


Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. 

Penyerapan kalsium akan jadi lebih berkesan dengan kehadiran magnesium.

Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. 

Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Cuba anda lihat kandungan Ostimatrix Shaklee.

Kandungan Ostimatrix Shaklee


  • 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
  • Boron, mangan, zink dan  tembaga 



#1. Menguatkan Tulang 


Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. 

Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan. 

#2. Mencegah Obesiti  


Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. 

Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid.

Seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. 

Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. 

Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

#3. Melindungi Otot Jantung 


Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. 

Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. 

Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. 

Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

#4. Mengelakkan Kanser Kolon 


Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. 

Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. 

Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. 

Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. 

Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

#5. Mencegah Blues Pra-haid 


Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. 

Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

#6. Mencegah Batu Karang 


Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. 

Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. 

Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. 

Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

#7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat 


Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. 

Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

#8. Kawalan Tekanan Darah 


Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. 

Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. 

Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. 

Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". 

Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. 

Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

Selain itu, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai terhadap tekanan darah. 

Secara keseluruhan didapati pengambilan makanan yang mencukupi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.

#9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat 


Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. 

Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. 

Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

#10. Membantu Pengangkutan Nutrien 


Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel. Ia penting untuk kita.

Namun, hari ini ramai yang mengambil tidak endah tentang keperluan kalsium dalam badan.

Umpamanya, kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. 

Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. 

Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba gabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan OSTEMATRIX  ini boleh hubungi saya melalui 011-18685991 (sms/call/whatsapp).

Jom jaga kesihatan badan anda. Usaha menjaga kesihatan adalah tugas anda. Badan yang sihat memudahkan kita beribadat kepadaNYA.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. 

 Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

5 comments:

  1. memang merbahaya jika kekurangan kalsium di dalam badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aiza. Memang betul kata Aiza. Semoga kita semua dalam keadaan sihat

      Delete
    2. Salam Aiza. Terima kasih banyak..saya betul2 terharu dengan rakan-rakan blogger..semoga persahabatan kita kekal abadi.

      Delete
  2. perkongsian yg baik.. sememangnya golongan wanita lebih terdedah kepada kekurangan kalsium dalam badan terutamanya selepas menopause... namun golongn lelaki juga tak patut ambil ringan kandungan kalsium dalam badan..

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi