Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.
Kehidupan sebagai seorang pelajar memang seronok, namun dalam banyak keadaan mereka tidak cukup masa untuk makan dengan teratur.
Ini kerana banyak tugasan perlu disiapkan, persiapan untuk kuiz dan ujian yang perlu dihadapi dan aktiviti kokurikulum yang perlu dilibatkan.
Kekurangan dalam penjagaan makanan boleh mengakibatkan badan merasa letih dan lesu. Selain itu, boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang tidak di ingini.
Hari ini saya ingin kongsikan cara bagi seorang pelajar untuk sentiasa aktif di samping mengekalkan cara pemakanan sihat.
Sebelum itu, saya ingin ingatkan diri saya dan anda, setiap usaha kita perlu diiringi dengan doa kerana yang memberi kesihatan kepada kita adalah Allah SWT.
5 Panduan Pemakanan Untuk Pelajar
Di bawah ini saya senaraikan 5 Panduan Pemakanan Untuk Pelajar. Kepada ibu bapa tolong nasihatkan anak anda supaya menjaga makanan mereka.
#1. Sarapan pagi
Sarapan pagi merupakan perkara penting untuk semua orang terutamanya pelajar. Nabi Muhammad SAW sendiri mengajar kita supaya mengambil sarapan pagi dengan menggalakkan kita berpuasa. Apabila kita berpuasa kita disunatkan bersahur (sarapan pagi).
Tahukah anda dengan meninggalkan sarapan mendorong kepada kenaikan berat badan. Jika anda tidak sarapan perut akan lapar. Ini mengganggu fokus anda di dalam kelas.
Makanlah semangkuk bijirin ataupun yogurt kerana ia sudah mencukupi untuk menghadapi hari dengan sihat.
#2. Banyakkan minum air kosong
Air yang paling murah harganya tetapi mahal khasiatnya adalah air kosong. Ramai yang lupa untuk minum air.
Kebanyakan pelajar lebih suka membeli air berkarbonat di kafe dan sebagainya. Cuba tinggalkan amalan ini.
Bawalah air kosong ke mana sahaja anda pergi.
#3. Makan mengikut masa
Makan mengikut masa juga bagus untuk seorang pelajar. Ia dapat mengurangkan kadar pengambilan yang terlalu banyak pada waktu makan berikutnya.
Cuba makan dalam jumlah yang tidak banyak dalam satu masa tetapi kerap. Makan dalam 5 kali sehari sangat bagus untuk pemakanan sihat.
#4. Makan makanan yang sihat
Oleh kerana masa bagi seorang pelajar terlalu singkat, maka mereka lebih gemar kepada makanan segera seperti maggi.
Elakkan makan makanan segera kerana kurang baik untuk kesihatan. Makanlah makanan mengikut piramid makanan.
Buah buahan dan sayuran merupakan elemen penting dalam pemakanan. Anda boleh bawa buah seperti epal dan pear untuk di makan sebelum bermula kelas.
#5. Amalkan vitamin
Sekarang sudah banyak vitamin yang membantu menyokong nutrisi yang kurang ada dalam makanan anda.
Vitamin yang baik dapat membantu kecergasan dan perkembangan otak seorang pealajar. Saya sarankan anda mengambil set vitamin shaklee.
Terdapat beberapa vitamin yang sesuai untuk pelajar. Anda boleh makan semua atau pilih yang mana anda mahu.Untuk khidmat nasihat boleh terus hubungi Huda : 011-18685991.
B Complex - Penenang (Anti-Stress)
- Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein,
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik.
- Dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.
Omega Guard (Minyak Ikan) - Perkembangan otak dan membantu fungsi otak
- Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.
- Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang ditemui dalam ikan laut dalam.
- DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Lecithin - Meningkatkan kecergasan otak, fokus dan mudah ingat.
- Lecithin membantu meningkatkan bekalan cholin dan Acethylcholine seorang pelajar.
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan sebagainya.
- Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan.
Pelajar-pelajar sekalian, masa belajar perlu digunakan dengan sebaik mungkin dalam mengejar cita-cita anda.
Anda perlu jaga kesihatan anda barulah minda anda boleh bertindak pantas kerana otak yang cerdas datang dari badan yang sihat.
Selamat beramal dengan 5 Panduan Pemakanan Untuk Pelajar yang saya kongsikan ini.
Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
No comments:
Post a Comment