HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, April 11, 2014

Hantar Barang Sambil Cari Makan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Sebagai seorang agen shaklee secara part time, biasanya saya akan hantar barang-barang yang dipesan ketika rehat atau selepas waktu bekerja.

Waktu yang sama juga saya gunakan untuk pergi ke stokis shaklee Seberang Jaya untuk membeli barang yang dipesan oleh pelanggan.

Hantar Barang Sambil Cari Makan


Semalam saya mendapat tempahan set slimming atau set kurus shaklee yang berada di sebelah Utara Perak. 

Jadi, kami telah merancang untuk bertemu di Simpang 9 berdekatan dengan Sungai Acheh Pulau Pinang.

Saya sampai ke tempat yang dijanjikan lebih kurang jam 6.00 petang. Tetapi tidak sangka pula, tempat itu betul-betul bertentang dengan sebuah restoran yang bernama Restoran Simpang 9 Corner.





Seingat saya, kami sekeluarga pernah singgah makan maam di situ bersama keluarga. Memang saya tidak ingat jalan ke situ.

Demi mengimbau kenangan makanan di situ saya terus ajak suami makan di situ. Suami senyum sahaja tanda setuju.

Oleh kerana waktu maghrib telah hampir tiba, jadi kami semua bergegas ke masjid berdekatan.

Apabila tanggungjawab selesai, barulah hati senang untuk makan di Restoran Simpang 9 Corner. He...he...

Makanan pertama yang ingin saya cari adalah satay kerana seingat saya ada banyak gerai dalam restoran ini termasuklah gerai menjual satay.

Namun rezeki saya tiada. Tidak mengapalah, yang penting dapat juga kami sekeluarga menjamu selera. 

Restoran ini ada sedikit perubahan. Gerai yang dulu banyak kini sudah kurang dan pada malam itu hanya tiga gerai sahaja yang buka. 

Salah satunya gerai LIBRA yang menjual makan western food.


Hantar Barang Sambil Cari Makan


Saya ambil nasi ayam. Rasanya sedap. Ada penambahan papedom yang jarang di makan bersama nasi ayam. 

Anak saya yang turut berkongsi tidak henti-henti menyuap nasi ke dalam mulut. Cepatlah habis...he..he.. 

Terpaksalah saya minta tambah nasi suami yang memesan nasi goreng paperik untuk anak.


nasi ayam


Ini pula keletah anak saya yang pandai berbicara dengan maktok, tok abah dan maksunya ketika sedang menunggu order.


anak
Alhamdulillah, kami selesai makan dalam pukul 9 lebih dan tidak sampai sejam kami sudah boleh sampai ke Pangsapuri Idaman, Jalan Bahru, Pulau Pinang.

Sampai rumah, solat isyak dan terus tidur. Memang penat dan kekenyangan. Anak-anak tidur dalam kereta lagi.

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. 

Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

8 comments:

  1. nampak sedap pulak nasi ayam tu malam2 ni. hehe

    ReplyDelete
  2. jarang tengok nasi ayam ada papadom.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. baru nak tulis ni... nasi ayam dengan papadom ni first time nampak, nanti balik kg husband leh la gi kedai ni ;)

      Delete
  3. Tu la,saya pun first time jumpa. Sedap juga

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi