HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, April 15, 2014

5 Ayat Motivasi Dari Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Al-Quran merupakan panduan lengkap yang Rasulullah SAW tinggalkan kepada kita untuk kita turuti.

Kalau kita hayati kandungannya dengan baik, pasti kita tidak sesat selama hidup di dunia ini.

Hari ini saya ingin kongsikan 5 Ayat Motivasi Dari Al-Quran yang sepatutnya dijadikan panduan hidup.

5 Ayat Motivasi Dari Al-Quran

5 Ayat Motivasi Dari Al-Quran


Sebelum itu, saya ingin mengingatkan diri saya dan anda semua bahawa ayat-ayat yang memotivasikan kita memang tidak dapat dihitung banyaknya .

Di bawah ini saya hanya senaraikan 5 Ayat Motivasi Dari Al-Quran. Semoga ia bermanfaat untuk kita.

#1. Syukur


Dalam tempoh 24 jam sehari, cuba anda kira berapa banyak nikmat yang kita guna tanpa sedar.

Nikmat bernafas, nikmat makan, nikmat melihat, nikmat minum, nikmat berjalan, nikmat bercakap dan berjuta-juta lagi.

Tetapi adakah kita bersyukur? Sudahlah Allah SWT berikan nikmat tanpa balasan daripada kita malahan Allah SWT akan tambah lagi kalau kita besyukur.

Namun demikian, kita perlu ingat bahawa kalau kita tidak kufur, maka bersedialah dengan azab Allah SWT yang bakal menimpa. Nauzubillah...

“Apabila kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)

#2. Jangan takut berubah


Orang yang berjaya perlu berani berubah kerana tidak ada yang mampu berubah kalau diri sendiri tidak berubah.

Allah SWT sentiasa membantu orang yang ingin berubah, tetapi kita perlu berubah untuk menjadi yang baik dan terbaik.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)

#3. Jalan selamat


Setiap minggu orang lelaki Islam akan diingatkan oleh khatib yang membaca khutbah supaya meningkatkan ketakwaan.

Kenapa perlu bertakwa? Jawapannya, ketakwaan merupakan jalan selamat untuk kita di dunia dan akhirat ini.

Dalam pada itu, apa yang kita usahakan perlu diserahkan kepada Allah SWT iaitu dengan bertawakkal.

Ini kerana kita perlu yakin bahawa usaha kita tidak akan mendatangkan sebarang kesan tanpa keizinan Allah SWT. 

“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)

#4. Di sebalik kesulitan ada kesenangan


Sungguh ramai yang mengeluh tatkala ditimpa dengan kesulitan, namun kita lupa dengan ayat Al-Quran bahawa setiap bersama dengan kesulitan pasti ada kemudahan.

Ingatlah, bahawa kita perlu bersangka baik dengan Allah SWT apabila diuji dengan kesusahan.

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)

#5. Jangan berputus asa


Kalau kita inginkan sesuatu, mana mungkin dengan hanya duduk dan berdoa sahaja kita akan dapat.

Kalau tidak diiringin dengan usaha yang bersungguh-sungguh kita tidak akan berjaya.

Kita patut bersyukur kerana sebagai seorang Islam kita ada dua aset yang berharga iaitu usaha dan doa.

Orang bukan Islam hanya ada usaha sahaja. Itupun mereka mampu dapat yang mereka inginkan.

Oleh itu, kita jangan berputus asa, teruskan berusaha kerana rahmat Allah SWT sentiasa ada.

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.” (Q.S. Yusuf: 87)

Kesimpulan


Di kala kita rasa gundah-gulana dan tiada semangat bukalah al-Quran kerana di dalamnya ada jawapan dalam segala masalah.

Tuntutlah ilmu, belajar ilmu dari Al-Quran dan rujuklah orang-orang alim insyaAllah pasti ada ketenangan.

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991.

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

10 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi