Perhatian Manusia vs. Allah
Bismillah.
Yang mana satu kita pilih?
Selalu kita cakap, nak jaga perasaan orang ni, orang tu....
Selalu kita fikir, nanti kalau tak buat begini orang tu marah...
Lebih baik aku cepat, nanti orang ni marah aku...
Kemudian, bila orang ni, orang tu tidak menghargai apa yang ktia buat, apa yang kita korbankan mula buat statement yang bukan-bukan.
"Malaslah aku nak jaga hati orang lain... baik aku jaga hati aku sendiri... tak ada orang pun jaga hati aku.."
"Buat penat jer jaga hati orang lain..."
Jom fikirkan, adakah kita buat sesuatu sebab seseorang?
Adakah kita bergantung harap kehidupan kita pada individu atau perhatian orang?
Adakah kita tak mampu hidup sekiranya tiada manusia lain?
Bayangkan kita dalam hutan sorang diri... jika kita seperti orang diatas pasti kita akan bahagia bila tak ada orang lain untuk kita penuhi hasrat.
Tetapi, persoalannya boleh kah kita hidup seorang diri dalam hutan?
Kalau kita jenis yang bergantung dengan orang lain pasti kita sukar untuk survive.
Tapi kalau kita hanya bergantung dengan Allah semata-mata pasti kita tiada masalah berseorangan.
Perhatian Manusia vs. Allah ...
Bukan
hanya ibadah, tetapi ujian juga lebih baik disembunyikan. Seringkali kita
melihat ramai orang 'update' masalah yang dihadapi. Ini tidaklah salah atas
alasan ingin mendapat pandangan, berbincang dan sebagainya.
Yang
menjadi masalah adalah, adakalanya kita suka meluahkan, kerana nak dapat
simpati manusia.
Baik.
Bagaimana jika tidak dapat? Ada suatu kisah. Seorang muslimah meluahkan rasa
sakit kerana demam di Facebook. Malangnya, oleh sebab orang yang komen, tidak
faham kondisi beliau, orang itu telah tertawakan beliau.
Mengikut
kondisi, sepatutnya mood yang diberi oleh orang yang komen, adalah mood sedih.
Tetapi yang diberi adalah mood mengetawakan orang. Yang menjadi suatu perasaan
yang tidak enak pada muslimah itu.
Ada
sahabat berkongsi tentang tiap daripada kita ada 2 jenis manusia:
1.
Great energy giver
Great
energy giver adalah orang yang apabila sesuatu berlaku kepada seseorang, dia
menjadi penceria orang itu.
Contoh,
dalam sebuah ofis. Semua orang masam apabila masuk ofis. Seorang great energy
giver akan menceriakan ofis walau hanya dengan senyuman, gurauan yang
menghidupkan gelak tawa dalam ofis itu.
Hasilnya,
ofis menjadi suasana yang ceria dan membahagiakan.
2.
Great energy vacuum
Great
energy vacuum adalah orang yang menyedut energy orang lain. Contoh, seorang
sahabat maya kita sedang seronok cerita tentang jadi jutawan.
Seorang
great energy vacuum akan komen seperti ini,
"Semoga
berjaya :) " ... dengan niat menyindir
"Tak
yah nak poyo sangatlah, kerja pun malas. Hahaha"
Boleh
nampak bezanya? Renung, kita orang yang mana satu. Yang pertama atau kedua?
Insya-Allah
didoakan kita adalah orang pertama, iaitu seorang great energy giver.
Justeru,
yang sebaiknya adalah kita mengadu kepada Allah. Walau Allah tak balas direct,
tetapi jawapan Allah sentiasa menyenangkan. Semakin rapat dengan Allah,
insya-Allah semakin tenang rasa hati.
"(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah
hati manusia. (Surah Ar Ra'ad: 28)
Tidak
akan pernah gelisah, apabila rapat dengan Allah. Hanya tenang. Insya-Allah. ^_^
Ia
adalah antara pengajaran yang dikongsi dalam ebook 70 Lessons. Ebook 70 Lessons
adalah ebook bahasa Melayu yang mengkompilasikan lebih 70 pengajaran daripada
aspek bisnes, spiritual, dan kehidupan.
Baca
lebih 70 pengajaran dengan klik link di bawah,
-->
70Pengajaran
Alhamdulillah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Allah...
ReplyDeletesegalanya Allah
Deleteperkongsian yg menarik nie... tq for sharing..
ReplyDeleteterima kasih..jemput datang lagi
Deleteerm.. tak tau nak kata yang mana... kekadang kerana Allah, kekadang kerana manusia :p
ReplyDeletekita memang lemah...
Deletekadangkala tak sengaja jadi yang no.2 tu.. asyik bercerita membangga diri dan mengadu di muka buku membuatkan orang rasa meluat.. langkah terbaik, hanya jadi pemerhati tanpa komen apa-apa kat status beliau, hehe..
ReplyDeletememang banyak cabaran untuk menjadi orang yang baik..tapi kita perlu berusaha..Astaghfirullahal'azim
Delete