HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, August 16, 2014

10 Adab Berkunjung Ke Rumah Terbuka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Tahun ini saya rasa rumah terbuka kurang di adakan berbanding tahun lalu. Saya tidak tahulah di tempat anda. Kami sekeluarga bekesempatan menghadiri sebuah rumah terbuka dan jamuan hari raya di tempat kerja sahaja. 

Barangkali, rakyat Malaysia menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia yang tidak mahu mengadakan Majlis Rumah Terbuka kerana menghormati keluarga mangsa MH307, MH17 yang sedang dalam kesedihan atau hal-hal lain.

10 Adab Berkunjung Ke Rumah Terbuka
Anak sulung kami yang ceria di majlis kenduri


Walaubagaimanapun, majlis jamuan hari raya masih di adakan di agensi-agensi, syarikat-syarikat dan sebagainya secara kecil-kecilan. Maklumlah, harga barang semuanya mahal-mahal belaka.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Syawal dan bagi yang belum menghabiskan puasa enam masih ada masa lagi. Teruskan usaha!!!

Baiklah, sebenarnya hari ini saya ingin kongsikan tentang adab-adab berkunjung ke rumah terbuka yang saya sempat dengar dalam radio IKIM dan dari sumber-sumber yang lain.  

10 Adab Berkunjung Ke Rumah Terbuka


#1. Tarikh dan Masa


Sebelum kita berkunjung ke rumah terbuka, lebih baik kita pastikan tarikh dan masa yang telah dimaklumkan oleh tuan rumah adalah betul. Mudah-mudahan kujungan kita pada tarikh dan masa yang tepat memberi keberkatan dan tuan rumah menerima kunjungan kita dalam keadaan bersedia.

#2. Pastikan Jemputan


Jika kita diberi kad undangan, pastikan betul-betul siapa yang boleh kita bersama semasa majlis rumah terbuka. Mungkin tuan rumah hanya menjemput anda seorang atau pasangan sahaja. Jika beliau menjemput ahli keluarga anda sekali tidak menjadi masalah.

Perkara ini perlu diambil berat kerana, tuan rumah mungkin sudah membuat persiapan dan anggaran berapa ramai kunjungan yang dijemput supaya makanan yang disediakan mencukupi.

#3. Berjumpa Dengan Tuan Rumah dan Ahli Keluarga


Jangan terus makan hidangan yang tersedia tanpa berjumpa dengan tuan rumah terlebih dahulu dan jika boleh berjumpalah dengan semua ahli keluarga tuan rumah yang ada dalam majlis tersebut.

#4. Makan Berpada-pada


Makanlah sekadar yang mampu. Jangan tamak atau gelojoh. Jika keadaan hirup-pikuk dalam majlis rumah terbuka berlaku jangan kita mengeruhkan keadaan dengan bersesak-sesak untuk mengambil makanan. Bersabar dan biarkan orang lain mengambil makanan dahulu.

#5. Jangan Cemuh Kalau Makanan Habis


Tuan rumah adalah manusia biasa seperti kita. Beliau merancang dengan baik untuk menjamu semua hadirin yang berkunjung ke rumahnya, namun jika makanan tidak mencukupi jangan kita mencemuh pula. Sebaliknya kita bersabar dengan keadaan itu. Kalau kita masih berasa lapar, nanti pulang ke rumah boleh makan lagi.

#6. Elakkan Duduk Terlalu Lama


Cuba luangkan masa lebih kurang 10 minit ke 20 minit atau mengikut kesuaian ketika berada di rumah terbuka. Ini kerana tuan rumah yang mengadakan majlis rumah terbuka biasanya pengujung yang datang agak ramai dan mereka terpaksa melayan pengujung lain yang datang.

#7. Ajarkan Anak Berterima Kasih


Apabila anak kita diberi duit raya, ajarkan anak kita mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah. Ini merupakan akhlak yang baik. 

Walaupun tuan rumah tidak meminta kita mengucapkan terima kasih tetapi sikap ini menyenangkan tuan rumah dan orang lain.

#8. Tidak Salah Memberi Duit Raya


Biasanya tuan rumah yang akan memberikan duit raya kepada anak kita, tetapi tidak menjadi kesalahan kalau kita yang memberikan duit raya kepada anak tuan rumah.

#9. Jangan benarkan anak membuka sampul duit raya


Jangan benarkan anak kita membuka sampul duit raya di hadapan khalayak ataupun tuan rumah. Situasi ini kurang di senangi oleh tuan rumah. Mungkin tuan rumah yang kurang berada memberi duit raya dengan jumlah yang sedikit. 

Tambahan lagi, jangan biarkan anak kita membandingkan jumlah duit raya yang di terima di sesebuah rumah dengan rumah yang lain. Sikap ini kurang baik.

#10. Pulang dengan senyuman


Maklumkan kepada tuan rumah jika anda sudah mahu pulang atau meninggalkan majlis rumah terbuka itu. Jangan terus meninggalkan majlis tanpa berkata apa-apa.

Kesimpulan


Ini adalah sebahagian sahaja adab-adab berkunjung ke rumah terbuka. Banyak lagi adab-adab yang perlu kita pelajari dan amalkan dalam kehidupan kita. Rasullah SAW datang kepada kita bertujuan menjadi contoh teladan yang baik. Semua adab-adab yang baik datangnya daripada Rasulullah SAW.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

  1. Setuju dengan apa yang diutarakan...terima kasih kongsikan..jarang sekali tu ada la bab lupa nak jumpa tuan rumah..dan terus makan aje..haha

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi