HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, August 26, 2014

1 Formula Menjadikan Hari Produktif Dan Bermanfaat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

1 Formula Menjadikan Hari Produktif Dan Bermanfaat
1 Formula Menjadikan Hari Produktif Dan Bermanfaat

1 Formula Menjadikan Hari Produktif Dan Bermanfaat



Satu soalan di tanya kepada seorang syabab (pemuda).

Merupakan seorang penulis KeTuhanan yang energetik, dan banyak terlibat dengan program dakwah. Malah beliau turut memimpin sebuah organisasi dakwah.

Soalan:  Bagaimana awak mendisplinkan diri daripada menjadi pembuka FB yang tegar? Dan bagaimana awak memanfaatkan masa?

Jawapan: Berkenaan FB, caranya adalah dengan banyak buat kerja secara live.

Contohnya kalau menulis, biasanya saya lebih efisyen sekiranya saya tulis guna pen. Kurang godaan online.

Cara manfaatkan masa?

Hassan Al-Banna pernah berkata,

"Tanggunjawab itu melebihi masa. Jadi memang kena sentiasa on the go. Ambil banyak tanggungjawab, dan optimakan pelaksanaannya."

Tetapi memang ada masa masa kita terleka. Solusinya, dekatkan diri kepada Allah. Baca Quran dan bahan motivasi sampai bersemanat kembali.

...

Masya-Allah tabarakallah. Kagum pada jawapannya.

Berikut dikongsikan formula lain menjadikan hari produktif dan bermanfaat. Insya-Allah.


1. Buku Istiqamah



Dapatkan sebuah buku nota kosong, atau boleh guna .word.

Perkara penting dalam buku itu ada ruang:

1. Tarikh
2. Target
3. Pencapaian
4. Denda

Buku istiqamah bertujuan untuk kita sentiasa refresh diri kita tentang impian yang kita nak capai. Tiap bulan penting letak sasaran. Letak goal apa yang kita nak capai.

Insya-Allah dengan itu, kita rasa energetik untuk menuju ke arah impian.

Boleh muatturun template buku istiqamah yang dibuat oleh Insyirah Azhar. Klik pada link di bawah,



2. Buat Jadual



Zaman sekolah kebiasaannya ada ditekankan tentang jadual. Apabila dewasa, adakalanya kita telah tinggalkan perkara itu.

Jadual bertujuan untuk kita sentiasa on track dengan apa yang perlu kita buat. Ia membantu kita untuk fokus. Insya-Allah.

Contoh:

8 - 9 pagi:
Baca Al Quran

9 - 10 pagi:
Buat tugasan A

10 - 11 pagi:
Solat Dhuha
Sambung tugasan A



3. Muhasabah



Andai kita masih leka dan seleweng amanah untuk buat apa yang kita perlu buat, muhasabah diri.

"Andai aku tidak buat apa yang perlu aku buat hari ini, apa akan jadi pada,

1 Tahun akan datang
3 Tahun akan datang
5 Tahun akan datang"

Marah pada diri. Agar semakin sedar bahawa pentingnya berubah pada hari ini.

"Jangan layan hal negatif jika ingin berjaya. Banyak masa terbuang, dan hilang fokus. Fikirkan, berapa tahun anda rugi? Lalai sehari, kejayaan lewat setahun." - Sifu Siddiq


4. Baca Doa Diberkati Masa



Insya-Allah boleh amalkan doa ini. Agar sentiasa diperbaiki masa, dan dibimbing Allah.

Bismillah.

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

Allahumma aamiin.

Insya-Allah itu antara pengajaran yang dikongsi dalam ebook 70 Lessons. Betapa pentingnya sentiasa fokus pada visi.

Baca lebih 70 pengajaran dengan klik pada link di bawah,


Alhamdulillah.


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

8 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi