HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, August 18, 2014

Kita Milik Tuhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Walau apa pun yang kita sedang lakukan. Walau di mana kita sedang berada. Kita perlu sedar bahawa kita milik Tuhan.


Kita Milik Tuhan


Bismillah.

Kita Milik Tuhan

Dan ... akan kembali kepada-Nya. Dalam tiap perkara, sebaiknya kita sedar,

"Kita milik Tuhan."

Termasuk seperti harta, anak-anak, ibu bapa, isteri / suami. Atau, andai kita rasa kita memiliki, kita akan berat untuk memulangkan semula kepada Allah.

Contoh, kita peroleh keuntungan RM1,000.

Oleh sebab kita rasa RM1,000 itu milik kita, kita rasa berat untuk agih-agihkan. Apabila Allah minta secara paksa, seperti kereta rosak, kita rasa begitu teruji. Sedangkan sebaiknya kita sedar RM1,000 bukan milik kita.

Kita hanya berperanan sebagai pengagih rezeki-Nya. Pernah baca pepatah ini?

"Tiap rezeki kita ada orang lain."

Ia bermaksud,

"Tiap rezeki kita bukan milik kita 100%."

Justeru, penting untuk sedar bahawa,

"Kita dan apa-apa sahaja yang ada pada kita, adalah milik Tuhan."

Dan apabila Allah mahukan ia kembali, pulangkan pada-Nya.


Apakah Solusinya?



Syukur.

 Kalau boleh buat sujud syukur lagi bagus.

Syukur, akan membebaskan kita daripada penyesalan dan pengharapan. Syukur buat kita hargai saat ini. Syukur buat hati kita lapang, tenang dan bahagia dengan izin-Nya.

Termasuk kita bersyukur peroleh ujian. Ya. Ujian juga.

Ramai antara kita mampu bersyukur pada perkara yang kita suka, namun belum tentu ramai yang mampu bersyukur pada perkara yang kita tidak suka.

Pernah suatu ketika, saya diuji. Saya berusaha mengungkapkan,

"Terima kasih Allah, alhamdulillah, saya suka diuji."

I fake it because I want to make it. Air mata saya bercucuran mengalir seraya saya mengungkapkan perkataan di atlas. Alhamdulillah, selepas itu saya rasa lebih tenang dan bahagia.

Rasa seperti hati lapang menerima ujian itu.


Produk RM50 'Hilang'



Baru-baru ini juga saya ada membeli produk bernilai RM50. Produk itu penting. Untuk saya gunakan bisnes saya. Namun, seperti yang saya tekankan di atas,

"Apa yang ada pada kita bukan milik kita."

Produk itu tidak sampai kepada saya. Mungkin telah diambil orang. Tiada notis di tempat ia dipos, bahawa saya perlu ambil bungkusan itu di mana-mana.

Saya menetapkan hati untuk redha dengan perkara itu. Bukan kerana nilainya murah. Saya ingin belajar untuk tidak mempunyai perasaan 'memiliki'. Atau saya akan kecewa, apabila saya mempunyai sikap itu.

Contoh lain, harta. Andai saya rasa saya memiliki harta itu, insya-Allah saya akan rasa ia berat untuk diberi kepada orang lain. Saya akan rasa sayang pada harta itu, sehingga saya sukar agihkan kepada orang lain.

Astagfirullah.

Dalam soal keluarga juga, andai suatu hari Allah 'minta' ahli keluarga yang telah dipinjamkan setelah beberapa tahun bersama, kita perlu beri walau dalam keadaan terpaksa.

Kerana ia bukan milik kita.


Ujian Bukan Milik Kita



"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah Al Mulk: 2)

Apabila kita berasa ujian itu milik kita, kita akan rasa berat untuk menghadapinya. Apabila kita yakin, menetapkan hati,

"Ujian bukan milik kita."

Insya-Allah kita rasa ringan untuk menghadapinya. Kerana kita yakin, ujian itu hanya pinjaman Allah yang ditujukan kepada kita, untuk sementara waktu, dan diambil semula apabila tiba masanya.

Insya-Allah, kita akan belajar lebih 70 pengajaran daripada aspek bisnes, kehidupan dan spiritual. Agar kita tidak terjatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua.

70 Pengajaran itu telah dikompilasikan dalam sebuah ebook bertajuk, 70 Lessons. Ebook ini 100% dalam bahasa Melayu.

Dengan membaca ebook ini, insya-Allah pembaca dapat meneladani pengajaran yang dikongsikan, hasil daripada pengalaman 3 - 5 tahun.

Seperti kitab Al Quran yang mempunyai 101 pengajaran yang boleh diteladani. Agar kita tidak melakukan kesalahan yang sama, seperti kaum sebelum kita.

Insya-Allah, boleh muatturun pada link di bawah,


Alhamdulillah.


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991. Sila kongsikan dengan artikel ini dengan orang lain. 
Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

6 comments:

  1. INSYA ALLAH, ada ujian adalah hikmahnya yang mendatang kemudian.

    ReplyDelete
  2. Ujian itu pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. Bukan hakmilik kekal kita, bila-bila masa boleh ditarik. terima kasih perkongsiannya.

    ReplyDelete
  4. ya. Sentiasalah ingat Allah selalu.

    ReplyDelete
  5. Emm betul tu kan..bila kita sedarianya bukan milik kita, perkara yang jadi ni sedikit sebanyak akan menenangkan jiwa...terima kasih atas perkongsian ni..

    ReplyDelete
  6. Sedekah dan amal jariah merupakan nadi kepada pahala. Semakin banyak kita laburkan untuk bersedekah, semakin banyak balasan pahala yang Allah berikan.

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi