HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, August 4, 2014

Pentingnya Sokongan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Betullah orang kata, pengalaman hidup adalah guru terbaik untuk diri kita sendiri. Sepanjang pengalaman melahirkan dan membesarkan anak-anak, saya hanya bertanya, membaca, mengikuti kursus dan belajar sendiri daripada ibu, dan rakan-rakan.

Saya tidak ada contoh terdekat seperti adik atau kakak yang boleh saya ikuti kerana saya dan suami merupakan anak sulung dalam keluarga. Pun begitu, saya sangat bersyukur sangat kerana suami saya sangat menyokong dalam penyusuan susu ibu. 

Sebagai ibu, saya rasa lebih bersemangat dan kuat dengan sokongan padu dari suami sendiri. Bukan itu sahaja, hubungan erat juga turut terjalin makin kukuh.

Suami sanggup berkorban membelikan pam susu yang berkualiti dan membelikan saya supplemen pilihan ibu menyusu. Meskipun pelaburan yang dibuat nampak besar, tetapi ia sangat berbaloi.

Suami saya juga selalu bertanya barapa banyak yang berjaya saya pam dan simpan setiap hari. Kadang-kadang dia kejutkan saya bangun malam untuk pam susu. Selain itu, dia juga galakkan saya makan makanan penambah susu dan banyak lagi.

Alhmadulillah, walaupun bekerja saya masih  diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyusukan anak-anak saya.

Terima kasih Abang! Sayang Abang ketat-ketat.

Pentingnya Sokongan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu


Ya, sokongan suami dalam penyusuan susu ibu memang penting. Di sini saya kongsikan satu artikel menarik yang dipetik dari majalah PaMa keluaran Ogos tentang pentingnya Sokongan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu.


susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu

Pentingnya Sokongan Papa Dalam Penyusuan


  • Suami hendaklah aktif menyokong isteri menyusukan bayi anda. Tahukah anda bahawa biasanya isteri sangat menghargai pendapat anda. Jadi, anda benar-benar perlu berada di sisinya dengan cara yang betul terutamanya ketika dia memerlukan anda.Bacalah buku tentang penyusuan dan hadiri kelas dengan isteri, tentu mereka rasa lebih bersemangat.
  • Papa boleh memberi sokongan seperti mengambilkan air buat isteri dan mengurut belakang isteri untuk menghilangkan lenguh.
  • Biarkan isteri tahu bahawa anda sangat menghargainya. Penyusuan memang memerlukan kerja keras dan boleh menyebabkan keletihan mental pada permulaannya. Sokonglah isteri dengan kata motivasi seperti dia hebat dan anda bangga dengannya. Ia begitu bermakna kepada isteri dan dengan cara itu anda benar-benar menunjukkan sokongan terhadap isteri.
  • Bangun dengan bayi pada waktu malam walaupun bukan anda yang menyusukan bayi. Anda boleh menukarkan lampin, menidurkan bayi dan membantu isteri dalam banyak cara.
  • Tolong isteri menguruskan hal bayi yang lain seperti mandikan bayi dan bercakap dengan si kecil. Ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan anda dan bayi.
  • Papa juga boleh membantu membersihkan rumah, menyiapkan makanan, membasuh kain dan banyak lagi. Ini dapat mengurangkan tugas yang perlu dibuat isteri terutamanya ketika berpantang.
  • Jauhkan pemikiran negatif. Anda dan isteri hendaklah meneruskan pendirian tentang kepentingan penyusuan si manja anda.
  • Tahu apabila isteri memerlukan bantuan. Jika dia  menderita dengan pendarahan puting atau isteri tidak menghasilkan susu yang banyak, anda juga jangan berputus asa bersamanya. Dapatkan bantuan pakar atau nasihat daripada ibu-ibu lain sebagai panduan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
  • Hidupkan suasana ceria di rumah atau ketika bersama isteri. Emosi yang baik juga mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan. Jangan sesekali buat isteri bersedih dan sentiasa memberi sokongan sepanjang tempoh isteri menyusukan bayi anda.

Kesimpulan


Selain daripada persediaan diri sendiri untuk penyusuan susu ibu, sokongan daripada orang paling dekat dengan kita iaitu suami memang penting. Bahkah sokongan suami mengatasi kelemahan dan kemurungan diri ibu dalam penyusuan susu ibu.

Selamat menyusu! Semoga anak anda mendapat susu yang terbaik di dunia ini.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

susu ibu penyusuan susu ibu susu untuk ibu mengandung penyimpanan susu ibu susu untuk ibu hamil susu ibu mengandung susu kambing untuk ibu mengandung kebaikan susu ibu susu ibu hamil khasiat susu ibu polisi penyusuan susu ibu susu terbaik untuk ibu hamil susu ibu kurang kelebihan susu ibu susu yang baik untuk ibu hamil air susu ibu
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

8 comments:

  1. Betul...suami boleh membakar semangat isteri utk menyusukan bayinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...Peranan suami memang penting kak :)

      Delete
  2. betul3x
    suami juga ada peranannya dalam menjayakan penyusuan susu ibu untuk bayi
    jangan asyik mendengkur je...

    ReplyDelete
  3. Ok..balik nanti boleh praktikkan..biar isteri nampak betapa tingginya penghargaan dari suami ni..hehe..antara kelebihan lain lagi menyusu badan mempercepatkan proses pengecupan rahim..betul kan?

    ReplyDelete
  4. Betul Hafizul. Mesti isteri Hafizul rasa bahagia suami bagi sokongan penuh :)

    ReplyDelete
  5. betul tu.. setuju sangat.. wpun tak buat semua dalam list tu, buat satu dua ok dah ;)

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi