HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, August 22, 2014

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Ya, saya yakin...semua orang mahu berjaya. Mana ada orang yang ingin gagal. Tambah-tambah lagi para usahawan yang baru bertatih macam kami ni.

Memetik kata-kata PM MamaFaiz

Jika anda salah seorang pengguna produk shaklee dan juga menjadi agen produk shaklee, maka anda juga adalah seorang usahawan

Semoga Allah SWT makbulkan doa kami...

Siaran radio yang saya suka dengar IKIM FM dan di antara rancangan mereka itu ada perkongsian tentang ciri-ciri usahawan yang berjaya. Terdapat tujuh kesemuanya.



Hari ini saya cuba kongsikan dengan anda tujuh ciri-ciri usahawan berjaya. 


Sebelum itu, mari kita bacakan Al-Fatihah dan hadiahkan kepada mangsa MH 17.

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya
Ciri-Ciri Usahawan Berjaya



Ciri-Ciri Usahawan Berjaya




1. Carilah perniagaan yang boleh membawa kita ke Syurga.




Sebelum bermula pastikan perniagaan anda itu halal dari segi hukum syarak dan juga undang-undang negara. Sila semak status perniagaan yang anda ingin ceburi atau yang sedang anda usahakan. Pastikan juga perniagaan itu tidak menipu orang lain.



2. Perlu ada 'apprenticeship'. 



Secara lebih ringkas kena membiasakan diri dengan apa yang kita ingin lakukan. Secara mudahnya kalau ada mentor yang dapat membimbing anda itu lebih baik.



Lagipun 'blueprint' daripada mentor ini sudah tersedia biasanya tentang bagaimana mereka menjalankan perniagaan dan anda hanya perlu mengikut sahaja 'blueprint' mereka.



3. Jangan guna modal besar



Mulakan dengan kecil tetapi bersama kerangka yang besar. Boleh mulakan dengan modal yang kecil seperti affiliate atau modal yang sederhana.



Sebagai contoh anda boleh menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) , perniagaan barangan kesihatan shaklee dan bisnes kad sim Tune Talk Excel. Kita tak perlu terus bermula dengan modal yang besar dan 'fortpolio' yang besar.



4. Utamakan kebajikan orang



Jaga kebajikan orang di sekeliling anda. Sekiranya ada pekerja, jagalah kebajikan mereka. Jika tidak pastikan kebajikan ahli keluarga anda tidak terabai. Barulah keberkatan itu akan muncul.



5. Matlamat mesti jelas



Tetapkan dan kenalpasti matlamat yang anda ingin capai. Kalau anda sendiri tidak pasti tentang keinginan dan matlamat anda, macam mana anda nak capai impian dan matlamat tersebut?



6. Jangan pernah putus asa 



Jangan pernah putus asa dan selalu berdoa kepada Allah. Impian itu juga suatu doa. Yang penting kena usaha dan doa untuk memudahkan kita mencapai kejayaan.



7. Jangan lokek memberi



Banyakkan memberi dan membantu mereka yang memerlukan. Semakin banyak yang kita bantu, InsyaAllah semakin kita dipermudahkan.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda di 012-4603666.

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi