HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, August 14, 2014

Bagaimana Wabak Virus Ebola (EVD) Merebak?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Gorila antara haiwan liar pembawa Virus Ebola/Pic: culturamix
Gorila boleh membawa virus Ebola

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bahawa Wabak Virus Ebola (EVD) sudah sampai ke negara ini. Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan kenyataan tersebut. Hal ini dirujuk dalam Akhbar Harian Metro

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran gambar seorang kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus Ebola.
Menurutnya, perkara itu tidak benar dan ia hanya menimbulkan rasa panik di kalangan masyarakat. 
Berdasarkan mesej yang tersebar itu, seorang individu mendakwa anak sepupunya diserang penyakit gelembung air di kaki dan dimaklumkan oleh doktor bahawa ia adalah sejenis virus Ebola.
Subramaniam berkata, pihaknya menyelar khabar angin itu dan menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Ia tidak benar dan kita akan membuat laporan kepada SKMM berhubung penyebaran gambar itu," katanya selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet, hari ini.

Walaupun pihak kerajaan berusaha sedaya upaya mengawal dan menghindari wabak virus ebola (EVD) ini daripada merebak, tetapi kita sepatutnya tidak mengambil ringan dengan isu.

Hari ini saya ingin kongsikan Bagaimana Wabak Virus Ebola (EVD) Merebak, supaya kita dapat membuat persediaan dan penjagaan dalam menghadapi wabak ini.

Bagaimana Wabak Virus Ebola (EVD) Merebak?

Bagaimana Wabak Virus Ebola (EVD) Merebak?
Bagaimana Wabak Virus Ebola (EVD) Merebak?

Untuk pengetahuan anda, virus Ebola (EVD) sangat senang merebak. Mungkin hanya dengan sentuhan dengan darah, cecair (air liur), organ atau apa pun bendalir antara populasi manusia dan binatang yang dijangkiti EVD.

Laporan dari WHO menyokong perkara ini dengan mengatakan bahawa di Afrika, jangkitan didapati berlaku apabila manusia memegang dan menyentuh bangkai binatang yang dijangkiti virus Ebola (EVD).

WHO melaporkan lagi bahawa binatang yang membawa EVD antaranya cimpanzi, gorila, kelawar buah, monyet, antelop dan landak.

Malahan, menerusi hubungan secara langsung komunikasi dari segi percakapan mahupun fizikal juga mampu membuatkan virus Ebola (EVD) terus merebak.

Ia juga mudah dijangkiti menerusi organ seperti kulit terluka atau membran bendalir dengan darah, cecair, organ atau yang lain dijangkiti virus Ebola (EVD).

Lelaki yang pulih dari rawatan turut mampu memindahkan virus Ebola (EVD) menerusi air mani mereka dalam tempoh tujuh minggu selepas sembuh.

Para doktor, jururawat dan petugas-petugas kesihatan yang merawat pesakit virus Ebola (EVD) juga berisiko dijangkiti virus Ebola (EVD) apabila mereka tidak mengawal langkah pencegahan. Sehingga kini, di Nigeria melaporkan terdapat kes Ebola ini melibatkan seorang doktor.

Sumber : Adapatasi dari Malaysia Digest.

Kesimpulan


Kalau sebelum ini kita cukup bimbang denga virus HIV, virus JE dan sebagainya tetapi Virus Ebola (EVD) ini cukup  mudah merebak.

Mungkin ini juga satu musibah atau bala untuk manusia yang terlalu banyak melakukan kerosakan. Allah SWT berkehendak memberi peringatan kepada manusia di atas dunia ini agar kembali kepada Nya. Waalahu'alam.

Semoga kita semua diberi perlindungan oleh Allah SWT.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

6 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi