HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, August 11, 2014

Ujian Untuk Ibu Yang Menyusu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya mengandungkan anak kedua saya,  Muhammad Thaqif semasa anak sulung saya, Muhammad Nasih yang masih menyusu lagi. Dapat anak setahun seorang...rezeki.

Ramai sahabat dan saudara terdekat menasihati saya supaya tidak menyusukan bayi ketika sedang hamil. Dengan perasaan sedih, saya mencari informasi berkaitan isu ini. Jujurnya, saya masih mahu menyusukan Muhammad Nasih.

Alhamdulillah...akhirnya saya mendapat jawapan yang dicari. Menurut pandangan Islam, menyusu anak ketika hamil tidak menjadi kesalahan. Kepada ibu-ibu yang sedang menyusu, teruskan menyusu ia adalah perjuangan suci yang wajar diteruskan.

Walaubagaimanapun, ujian ketika menyusu tetap ada. Nasihat saya, usah gentar dengan ujian yang muncul kerana ia dapat meningkatkan kekuatan diri ibu dan mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara anak dan ibu.


Ujian Untuk Ibu Yang Menyusu
Ketika menyusukan anak, ibu dapat memandang wajah anak dengan penuh kasih

Ujian Untuk Ibu Yang Menyusu


Banyak ibu yang menyusu mengalami ujian sejak mengandung lagi. Ini kerana ibu-ibu merasa bimbang dengan risiko keguguran yang mungkin berlaku, bayi tidak cukup zat dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, sehingga kini tiada bukti yang didokumentasikan tentang bahaya penyusuan susu ibu terhadap bayi dalam kandungan mahupun ibu hamil itu sendiri. 

Kajian Moscone dan Moore iaitu BReastfeeding During Pregnancy dalam Journal  of Human Lactation 1993 mendapati kehamilan tidak menjadi penyebab kepada apa-apa pun komplikasi dalam kehamilan. 

Berikut adalah aspek yang perlu diambil perhatian oleh ibu-ibu semua.

Zat Makanan Bayi Terjaga


Tubuh anda bijak kerana sangat mengutamakan bayi dalam kandungan dengan mengenepikan dan menyalurkan zat makanan mengikut keperluannya.

Jadi tidak timbul isu bayi tidak cukup zat. Pada  masa yang sama, anda dan si anak turut memperoleh cukup zat. Namun apa yang penting ialah anda benar-benar menjaga corak pemakanan seharian dengan mengambil makanan yang seimbang dan sihat.

Tidak Mudaratkan Anak 


Hormon yang mengekalkan kandungan didapati hadir dalam susu ibu dalam kuantiti yang sangat sedikit. Oleh kerana itu, ia tidak sesekali membahayakan anak anda. Namun, di peringkat akhir kehamilan, bekalan susu akan mula menyusut sedikit demi sedikit.

Jadi, dapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak agar pertambahan berat badan anak anda adalah  normal sejajar dengan peningkatan usianya.

Bercerai Susu Sendiri


Isipadu dan kandungan susu ibu akan berubah sepanjang tempoh kehamilan. Paras sodium dan protein meningkat manakala laktosa dan glukosa menurun. Oleh yang demikian, ia menjadikan rasa dan rupa susu ibu seakan-akan kolostrum.

Ada sesetengah anak boleh menerima perubahan ini. Namun ada juga yang mula kurang berminat untuk menyusu susu ibu dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai susu tanpa paksaan.

Rangsangan Puting


Terdapat kajian membuktikan rangsangan mekanikal ke atas puting payudara mampu memulakan proses kelahiran jika dilakukan di dalam trimester yang ketiga. Namun, rangsangan semulajadi ketika penyusuan tidak mempunyai kesan yang sama seperti rangsangan mekanikal yang dikaji.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang mempunyai sejarah melahirkan bayi pramatang atau pernah keguguran, anda dinasihatkan untuk bercerai susu lebih awal.

Sakit Puting


Sewaktu hamil, payudara membengkak dan puting mudah sakit. Apabila menyusukan anak, ia akan  menjadi lebih perit. Menurut kajian, wanita menyatakan rasa paling sakit yang dialami adalah sepanjang 15 saat pertama sesi penyusuan. Namun lama-kelamaan rasa sakit itu semakin beransur hilang.

Bagi mengatasi ketidakselesaan ini, anda digalakkan untuk mencuba pelbagai jenis posisi bersesuaian dan mengaplikasikan teknik pernafasan yang efektif. Ketahuilah, sakit yang dialami akan berkurangan selepas trimester pertama apabila puting menjadi kurang sensitif.

Pemakanan Sihat


Wanita hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jadi, makanlah secara teratur dan minum banyak air. Anda juga perlu mengurangkan tekanan dan banyakkan berehat.

Apabila menyusukan anak, anda perlu memastikan diri dapat mengekalkan amalan pemakanan sihat, berkhasiat dan pelbagai dalam menu seharian. Jika perlu, ambillah suplemen tambahan.


Ujian Untuk Ibu Yang Menyusu
Makanan yang sihat merangsang penghasilan susu ibu 


Kalori Tambahan


Satu cabaran yang bakal anda tempuhi ialah susu ibu yang semakin berkurangan. Bagi memastikan bekalan susu ibu cukup bukanlah sesuatu yang sukar asalkan anda mengambil kalori tambahan yang  mencukupi.

Sasarkan untuk mengambil 500 hingga 800 tambahan kalori, 4 hidangan protein dan 6 hidangan kalsium setiap hari. Anda juga perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air.


Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini
Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini

Kesimpulan


Dalam meneruskan perjuangan menyusu anak dengan susu ibu, memang tidak dinafikan bahawa ujiannya cukup mencabar. Namun, kita perlu sedar bahawa menyusu bukan perbuatan yang sengaja dibuat-buat atau meniru mana-mana teori yang dibawa oleh pakar. Sebaliknya ia adalah anjuran dalam agama Islam sendiri. Cuba lihat sejarah Rasulullah SAW, berapa ramai yang menjadi ibu susuannya?

Selamat menyusukan bayi anda :)


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

3 comments:

  1. Yup..sebab tu la anak kedua sekarang ni pun masih setia kekal dengan susu badan..banyak kelebihannya..hehe

    ReplyDelete
  2. kaum bapa pula jangan lepas tangan
    kena ambil perhatian dan beri bantuan juga pada si ibu

    ReplyDelete
  3. nice info... sebagai bakal bapa pun kena belajar.. hehehe

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi