HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, August 15, 2014

Penawar Dan Pencegahan Wabak Virus Ebola (EVD)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Allah SWT tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan ada ubatnya. Kenyataan ini merujuk kepada sebuah Hadith yang bermaksud:

 "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )

Penjelasan secara terpinci tentang hadith ini dan yang berkaitan dengan kenyataan di atas boleh dirujuk di sini >> Hadith 2U

Berhubung dengan Penawar Dan Pencegahan Wabak Virus Ebola (EVD), saya terbaca dari Malaysian Digest dan sumber-sumber yang lain, pakar perubatan seluruh dunia masih mencari penawar yang khusus atau spesifik bagi wabak Ebola (EVD) ini.


Ujikaji bagi mencari penawar Ebola yang khusus/Pic: Bewara.co
Penawar Wabak Virus Ebola (EVD) sedang diuji dan dicari

Penawar Dan Pencegahan Wabak Virus Ebola (EVD)

Penawar


Meskipun, petugas kesihatan sudah beberapa kali menguji vaksin terhadap EVD tetapi tidak ada satu pun yang sepadan.

Pesakit yang dijangkiti virus ebola ini perlu dijaga dengna rapi dan disokong dengan intensif kerana sering mengalami dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan. Mereka perlukan rehidrasi oral atau minum air yang banyak melalui elektrolit atau dipanggil intravena.

Pencegahan


Menurut WHO, pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan pembersihan dan pembasmian kuman secara rutin di ladang seperti babi atau kandangn monyet dengan menggunakan natrium hipoklorit atau bahan cuci yang lain.

Penyekatan dalam pergerakan haiwan perlu diusahakan bagi mengelakkan haiwan-haiwan itu dari terus membawa virus ebola ini kepada haiwan yang lain yang mungkin berada di ladang berbeza.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak memegangn atau memakan haiwan yang dijangkiti virus. Daging eksotik seperti monyet, kelawar atau beruk yang dimakan memang mempercepatkan wabak ini merebak.

Umpamanya, masyarakat di Guinea memang gemar makan kelawar buah. Malahan ia menjadi menu utama mereka.

Orang awam juga digesa memakai alat perlindungan tangan iaitu sarung tangan (glove) yang boleh didapati di pusat kesihatan berdekatan.

Kesimpulan


Langkah pencegahan dan kawalan yang rapi mungkin dapat membantu mengurangkan merebaknya wabak ini. Di samping itu, kita perlu terus berdoa agar wabak ini dapat dijauhi dan cepat diselesaikan.

 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

6 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi