HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, August 4, 2014

Kalau Penyanyi Rap AS Menentang Kekejaman Israel, Kita Bagaimana?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Semalam saya terjumpa satu kenyataan daripada seorang penyanyi rap AS, Waka Flocka Flame yang menentang kekejaman Israel. Beliau turut berasa hairan mengapa AS menyokong keganasan Israel di Gaza.

Kenyataan mengutuk kerajaan AS menyokong keganasan Israel terhadap rakyat Islam Gaza dilontar menerusi akaun Twitternya yang memiliki pengikut seramai 49 juta lebih. Anda boleh lihat screen shot yang saya lampirkan dibawah ini.

Kalau Penyanyi Rap AS Menentang Kekejaman Israel, Kita Bagaimana?


Untuk menjawab soalan di atas boleh baca di bahagian kesimpulan dalam artikel ini tentang pendapat saya. Pendapat saya tidak semestinya betul tetapi saya ingin mengajak anda dan diri saya berfikir dan muhasabah diri.

Waka Flocka - Penyanyi Rap AS

Petikan daripada akhbar Sinar Online
“#FreePalestine.
“Bagaimana negara ini (AS) boleh membiarkan #Palestin menderita? Semoga Tuhan memberikan kekuatan ke atas negara tersebut,” katanya menerusi status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.
Dia kemudiannya terpaksa berhadapan dengan kritikan dari sesetengah peminatnya yang menentang sokongan terhadap negara Palestin. 
“Saya mendapat mesej dari sesetengah pihak yang mengatakan saya memilih dan menyokong Palestin. Mesej tersebut juga melarang saya daripada berbuat demikian,” katanya lagi menerusi paparan status melalui akaun Twitternya pada 14 Julai lepas. 
Pun begitu, Flame tidak menarik balik kenyataannya malah dia turut memaparkan status terbaru pada hari yang sama dengan mengatakan bahawa dia tidak memilih mana-mana pihak dan hanya mahukan keamanan.
“#Wrongside..#Rightside...tolong hentikan dan jangan biarkan kanak-kanak ini menderita.
“#IchosePeace #HELPTHEHELPLESS,” katanya lagi.


Status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.
Petikan dari akaun Twitter Penyanyi Rap

Kesimpulan


Artikrel ini bukan bertujuan untuk mengajak anda menyokong penyanyi Rap AS Waka Flocka, sebaliknya ingin mengajak anda berfikir sejenak dan muhasabah diri kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

Cuba kita tanya dan nilaikan diri kita sendiri. Soalan-soalan di bawah mungkin boleh membantu kita muhasabah diri.

Kita mengajak orang lain PRAY for Gaza tetapi kita tidak meninggalkan cara hidup israel yang menular dalam negara kita? 

Kalaupun kita tidak mampu memboikot kesemua produk daripada Israel tetapi apakah usaha kita untuk mengurangkan penggunaan produk Israel?

Kita suka mempromosi PRAY FOR GAZA, tetapi adakah kita bersungguh-sungguh menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT?

Kita tidak segan melaungkan PRAY FOR GAZA, tetapi adakah kita berusaha melakukan semua suruhan Allah SWT.

Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa saya cuma mengajak anda berfikir.

Teruskan mempromosi PRAY FOR GAZA daripada buat tidak tahu sahaja. Ini kerja mulia. Satu promosi atau laungan PRAY FOR GAZA sudah boleh menjemput pahala jika kita ikhlas kerana Allah SWT. 

Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berdoa untuk Gaza.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

12 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi