Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Mental yang sihat amat penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat sahaja tidak cukup menjadi seorang yang normal.
Namun, anda perlu tahu bahawa orang yang sihat mental tidak semestinya tidak terlepas daripada penyakit mental.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Mental yang sihat bermaksud keupayaan seseorang mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk berintraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi optima dan menggunakan kebolehan kognitif (intelek), afektif (emosi) dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan.
Mental yang sihat dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosiologi dan kerohanian yang seimbang.
15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental
Untuk menjaga kesihatan mental anda, cuba amalkan 15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental di bawah ini.
#1. Mengamalkan cara hidup Islam
Islam merupakan agama yang suci lagi murni. Segala panduan hidup telah disediakan oleh Allah SWT kepada anda.
Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah panduan terbaik untuk anda.
Jika anda dapat mengikuti segala panduan yang tertera di dalamnya, insya-Allah anda akan selamat.
Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah panduan terbaik untuk anda.
Jika anda dapat mengikuti segala panduan yang tertera di dalamnya, insya-Allah anda akan selamat.
Antara nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Islam adalah bersangka baik, amanah, redha, syukur dan sabar.
#2. Mengamalkan cara hidup sihat
Pernahkah anda mendengar pepatah minda yang sihat menghasilkan badan yang sihat.
Justeru, anda perlua amalkan cara hidup sihat. Sebagai contoh, anda perlu pastikan makanan sihat sentiasa diambil, berat badan unggul dikekalkan dan rehat yang mencukupi.
#3. Be realistic (Berpandukan kenyataan)
Tindakan yang ingin anda lakukan seharusnya berpandukan kenyataan. Umpamanya, anda perlu tahu kekuatan diri sendiri, kelemahan diri sendiri.
Cita-cita yang ingin anda capai perlu diukur dengan kemampuan diri anda dan belajar menerima perkara yang tidak boleh diubah.
#4. Berfikiran positif
Pemikiran positif boleh dipengaruhi oleh percakapan dan perbuatan anda. Untuk menghasilkan pemikiran positif, anda perlu selalu bercakap perkara positif seperti saya boleh, saya akan lakukan, saya mampu bertindak, saya akan berjaya, saya disayangi dan lain.
Selain itu, tindakan anda juga perlu positif. Jangan terlalu kasar seperti menghempas pintu, meletak barang dengan cermat dan sebagainya.
#5. Membuat keputusan secara bijak
Orang yang tenang selalunya menang. Seeloknya keputusan yang hendak diambil perlu dilakukan dalam keadaan yang tenang.
Elakkan membuat keputusan ketika anda marah atau tergesa-gesa. Cuba selidik fakta-fakta yang berkaitan, bertanya dengan orang lain dan pertimbangkan kesan baik dan buruk.
#5. Mencari kawan yang sesuai
Secara psikologi, manusia tidak boleh hidup berseorangan. Oleh itu, anda perlu berkawan dengan orang yang sesuai untuk anda berbual dan berkongsi pandangan.
Dalam pada itu, anda perlu hormati dan bersabar dengan pandangan yang kawan-kawan anda.
Dalam pada itu, anda perlu hormati dan bersabar dengan pandangan yang kawan-kawan anda.
#6. Mendengar suara hati anda
Secara fitrahnya, suara hati anda akan menginginkan perkara-perkara yang baik dengan diri anda.
Ia memberi tahu apa yang sedang berlaku, apa yang anda inginkan dan apa yang penting untuk diri anda.
Umpamanya, suara hati anda akan memberi tahu tentang mencari kawan bila kesunyian, menangis bila bersedih, menyanyi atau tersenyum bila gembira.
Ia memberi tahu apa yang sedang berlaku, apa yang anda inginkan dan apa yang penting untuk diri anda.
Umpamanya, suara hati anda akan memberi tahu tentang mencari kawan bila kesunyian, menangis bila bersedih, menyanyi atau tersenyum bila gembira.
#7. Belajar menangani kritikan dengan baik
Kritikan yang jujur akan memberi kesan yang baik kepada diri anda. Apabila anda dikritik, tarik nafas yang panjang, sebut perkataan 'bertenang' kepada diri anda sendiri dan bayangkan diri anda berada di tempat yang selesa.
#8. Belajar menjadi diri sendiri
Diri anda bukannya orang lain. Allah SWT menjadikan diri anda memiliki kelebihan tersendiri.
Tidak perlu berpura-pura menjadi seperti orang lain kerana orang yang kita tiru tidak semestinya memiliki kelebihan yang ada pada diri kita.
#9. Belajar menyukai diri sendiri
Anda boleh menyukai diri anda sendiri. Anda tidak perlu mengharap semua orang menyukai anda.
Anda boleh bercakap perkara yang baik tentang diri anda. Anda boleh berhenti daripada melakukan perkara yang anda tidak suka.
Buatlah suatu perkara yang baik setiap hari sebagai tanda terima kasih kepada diri anda.
#10. Belajar berkata "TIDAK"
Ada ketikanya kita perlu berkata 'TIDAK'. Ia umpama hadiah kepada diri anda sendiri.
Bila anda perlu berkata 'TIDAK'? Bila anda perlu melakukan perkara yang menyalahi undang-undang, bertentang dengan agama dan tidak jujur.
Ia memberi hak, ruang peribadi, menghormati diri anda sendiri.
#11. Merancang masa dengan baik
Buat senarai kerja yang anda perlu lakukan. Sediakan ruang masa untuk anda merancang masa dan tugas untuk anda lakukan.
#12. Terima perubahan dalam hidup
Beri diri anda masa untuk menyesuaikan diri dari satu perubahan ke perubahan yang lain.
Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.
#13. Bina keluarga bahagia
Bina hubungan yang erat dalam keluarga seperti kemesraan, kepercayaan, kasih sayang dan berbudi bahasa.
Luangkan masa yang berkualiti untuk keluarga anda. Berikan sokongan yang sewajarnya untuk mereka.
Jadikan rumah anda tempat yang seronok, aman dan tenang setiap kali balik dari tempat kerja.
#14. Berkongsi masalah anda
Tidak salah anda meluahkan perasaan anda kepada orang yang anda percaya kerana memendam perasaan boleh membahayakan diri anda.
Anda tidak hidup sendirian, apabila anda berkongsi masalah anda kepada orang lain, mungkin mereka pernah mengalami pengalaman yang sama.
#15. Jangan berhenti berdoa
Doa adalah senjata mukmin. Setiap doa anda, Allah SWT akan makbul dengan syarat kita mengikut aturan-aturanNya.
Setiap usaha kita untuk sentiasa sihat dan menjaga mental tidak pernah berhasil tanpa keizinan Allah SWT.
Oleh itu, jangan berhenti berdoa. Anda perlu berdoa sampai bila-bila.
Kesimpulan
Secara umumnya, anda dianggap mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda selesa dengan diri sendiri, orang lain, persekitaran dan dapat memenuhi tuntutan kehidupan.
Jika berminat dengan produk kesihatan mental shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
mohon dijauhkan daripada sakit mental dlm kehidupan kita ; berkongsilah masalah, berkawanlah..berdoalah..dekatkanlah diri sehampir mungkin dengan Maha Pencipta.
ReplyDeleteterima kasih.
amin..semoga kita selamat
Deleteno 1 itu pada aku sudah melengkapi segalanya ^_^
ReplyDeletebenar sekali Aku Penghibur
DeleteJauhi daripada Stres kerana ia akan menyusahkan diri anda , jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara itu terlampau serious. Yang dah lepas tu biarkan ia berlalu. Kalau anda Stres akan mengakibatkan fikiran anda terganggu. Mental yang sihat menjamin kesihatan yang cergas. Lawati laman web saya : www.kaykacip.com tq
ReplyDelete