HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, March 31, 2014

5 Perkara Yang Menyenangkan Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur, kita masih diberi kesihatan untuk kita beribadat kepada Allah SWT. 

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang 5 ciri-ciri hati yang sihat. Hati yang saya maksudkan adalah hati rohani bukannya hati fizikal atau jasmani.


http://syukurnyasihat.blogspot.com/2014/03/5-perkara-yang-menyenangkan-hati.html



Hari ini pula, saya ingin kongsikan tentang 5 perkara yang menyenangkan hati kita. 

Hati yang senang memudahkan kita berasa tenang. Orang yang tenang sentiasa menang.

Jom kita baca apa itu 5 Perkara Yang Menyenangkan Hati.

5 Perkara Yang Menyenangkan Hati


Di bawah ini saya senaraikan 5 Perkara Yang Menyenangkan Hati:

#1. Besangka baik dengan Allah SWT


Cuba latih diri bersangka baik dengan Allah SWT. Allah SWT, Tuhan yang menjadikan anda. 

Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik terhadap diri anda. Meskipun apa yang anda hajatkan tidak kesampaian, yakinlah bahawa itulah ketentuan yang terbaik untuk anda.

#2. Ingat! Setiap kali kita diumpat, Allah SWT beri pahala


Pernahkah anda dijadikan bahan umpatan orang lain yang mungkin dengki dengan anda?

Jika pernah. Usah bimbang kerana setiap kali kita diumpat, Allah SWT akan berikan kita pahala dengan syarat kita sabar dan redha.

#3. Bergantung kepada Allah SWT bukannya makhluk


Tiada tempat bergantung yang terjamin melainkan Allah SWT yang maha Kuasa.

Manusia atau makhluk adalah ciptaan yang sangat lemah. Mereka juga memerlukan Tuhan untuk bergantung.

#4. Sentiasa bersyukur


Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa tidak ramai orang yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT.

Sebab itu, ramai orang yang hatinya tidak senang. Kalau anda sentiasa melatih diri pasti anda akan rasa senang.

Malahan, nikmat yang Allah SWT beri akan bertambah-tambah lagi.

#5. Sentiasa memaafkan


Orang yang hebat ialah orang yang mudah memaafkan orang lain. Biarpun dia melakukan kesalahan terhadap kita.

Cuba anda baca kisah hidup Nabi Yusuf A.S. Di ceritakan bahawa setelah 40 tahun ayahandanya Nabi Yaakub A.S. berjauhan dengan anak kesayangannya itu, akhirnya Allah SWT pertemukan mereka kembali.

Pada hari pertemuan itu, adik-beradik Nabi Yusuf A.S. yang merancang perpisahan dengan Nabi Yaakub A.S. juga datang memohon maaf.

Dengan hati yang tenang Nabi Yusuf A.S. memaafkan dan menyatakan apa yang berlaku adalah kerana syaitan yang jahat. Baginda tidak menyalahkan adik beradiknya sebaliknya menyalahkan syaitan.

Kesimpulan


Segala perbuatan yang baik datangnya dari hati yang baik. Kita seharusnya menggunakan nikmat sihat yang Allah SWT berikan untuk melatih diri menenangkan hati.
          FREE CONSULTATION
           and
          BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


          HUDA [SID:1093239]
          HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
          Emel:nh_5656@yahoo.com

          Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 

          Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

          4 comments:

          1. bagus perkongsian ini.. yang penting selalu bersangka baik terhadap Allah..

            ReplyDelete
          2. terima kasih berkongsi...mudah-mudahan hati kita akan sentiasa tenang :)

            ReplyDelete

          Followers

          My Blog List

          Jom Like

          Powered By Blogger
          Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi