Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.
Adakah anda pernah melihat satu rancangan di televisyen bertajuk 'Smart Shop'?
Barangkali ramai yang pernah menontonnya, betul tak? Saya sudah tidak ingat siaran mana yang menayangkan rancangan ini.
Dalam rancangan ini terdapat pelbagai jenis alat senaman yang menarik dan mudah digunakan.
Majoriti alatan tersebut datangnya dari negara barat. Adakah ini menunjukkan bahawa orang barat sahaja yang menjaga kesihatan?
Jawapannya sudah pasti tidak. Semua bangsa ada cara tersendiri untuk menjaga kesihatan.
Umpamanya, bangsa Melayu menggunakan silat dan bangsa Cina pula menggunakan taici sebagai teknik senaman.
Islam juga merupakan agama yang mementingkan kesihatan. Hal ini diajar sendiri oleh Rasulullah SAW kepada kita.
5 Kepentingan Badan Yang Sihat
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
Allah menyayangi orang mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.
Hadith yang saya rujuk dari laman web JAKIM ini menghuraikan tentang kepentingan menjaga kesihatan badan kita.
Jelasnya menunjukkan di sini bahawa Islam amat peka terhadap perkembangan aspek jasmani manusia.
#1. Keseimbangan hidup
Badan yang sihat mampu melahirkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, akhlak serta dapat memikul tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini dengan baik dan sempurna.
#2. Menunaikan amanah
Apabila seorang muslim itu mempunyai badan yang sihat bermakna dia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan perintah Allah SWT.
Selain itu, amanah yang ditetapkan kepada dirinya, organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga atau pemerintah juga dapat dilakukan dengan baik.
#3. Mencegah penyakit
Badan yang sihat juga menunjukkan kemampuan serta ketahanan kita dalam melawan penyakit.
Islam sendiri menyuruh kita mencegah penyakit lebih baik daripada merawat.
#4. Melahirkan rasa syukur
Namun, kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah SWT. Apabila kita diberi kesihatan kita perlu bersyukur.
Sekiranya jika kita diuji dengan kesakitan, kita perlu redha dan sabar. Jangan mengeluh. Mungkin ia merupakan kaffarah bagi setiap dosa yang kita lakukan.
#5. Melahirkan minda yang sihat
Badan yang sihat mampu melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk melakukan kebaikan.
Ini bertepatan dengan pepatah arab yang berbunyi "akal yang sihat datang dari badan yang sihat."
Kesimpulan
Badan yang sihat memang penting kerana ia mampu mendorong kita untuk meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kita kepada kecemerlangan dalam kehidupan seorang Muslim.
Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain.
Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
semalam menonton kool kidz on the block, di channel 391, ada seorang pangkat atok sudah umur 85, masih boleh belah papan dalam demo taekwondo...
ReplyDeleteseni bela diri memang mampu menjadikan pengamalnya sihat sentiasa :)
memang banyak cara untuk kita menjaga kesihatan
DeleteWalaupun banyak caranya tapi kalu tak konsisten tak menjadi juga..
ReplyDeleteKene disiplin kan diri dalam pemakanan sihat untuk gaya hidup sihat.
Betul tu Bunda, apa pun kita lakukan biar sedikit tetapi konsisten
DeleteSmart Shop.. tv3 kalau tak silap.
ReplyDeletenak badan yg sihat tak semestinya perlu ada alatan2 senaman tu semua. turun naik tangga naik tingkat 3-4 setiap pagi dan petang tu pun exercise jugak. hehe
kalau nak menjaga kesihatan, pemakanan turut perlu diberi perhatian kan. Bila badan sihat, kita pasti lebih bersemangat :)
ReplyDeleteUntuk badan sihat perkara yang terpenting adalah jaga pemakanan.
ReplyDelete