Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.
Hari ini saya ingin bertanya, siapa yang tidak tahu facebook? Majoriti rakyat kini sudah kenal apa itu facebook.
Lainlah orang-orang lama yang tidak pandai menggunakan smartphone ataupun komputer.
Menurut kajian, facebook merupakan laman sosial yang menjadi tumpuan ramai manusia.
Sudah banyak peniaga-peniaga yang berjaya mendapat untung besar hanya dengan mempromosi produk melalui facebook.
Berdasarkan kajian saya terhadap pakar-pakar usahawan internet terdapat 5 cara berkesan mempromosikan produk di facebook.
Teknik ini juga berkesan untuk mempromosikan blog. Saya sendiri pernah membuat ujikaji antara artikel yang dipost di facebook dengan artikel yang dibiarkan sahaja.
Jom bersama-sama saya mengamalkan 5 cara berkesan ini.
Cukup berbeza, jumlah pengunjung ke artikel yang dipost di facebook cukup tinggi.
Cuba anda lihat di dalam gambar sebelah kira yang saya bulatkan adalah 15,512 orang yang lihat gambar ini dalam tempoh dua hari. Alhamdulillah.
Bulatan sebelah kanan adalah jumlah orang yang tolong share post saya.
Jom bersama-sama saya mengamalkan 5 cara berkesan ini.
5 Cara Berkesan Promosi Blog Di Facebook
#1. Kepercayaan
Pembaca blog gemar membaca blog yang mereka percaya dan yakin. Oleh itu, anda boleh letakkan gambar original anda, no telefon dan blog.
Cuba pelbagai cara untuk menarik kepercayaan orang, barulah blog anda akan disukai ramai.
Umpamanya, gambar profile facebook kita meyakinkan bakal prospek anda. Gunakan gambar sendiri atau famili, letakkan nombor telefon, emel dan website.
#2. Aktif di blog dan facebook
Pembaca blog gemar membaca blog dan akaun facebook yang aktif. Seboleh-bolehnya post sebarang artikel di blog dan facebook setiap hari.
Mungkin anda boleh menghantar artikel di blog sekali sehari dan di facebook lebih dari 3 kali sehari.
Mungkin anda boleh menghantar artikel di blog sekali sehari dan di facebook lebih dari 3 kali sehari.
Cara ini membolehkan diri anda dikenali ramai. Lebih ramai orang yang mengenali anda lebih mudah untuk mereka berhubung dengan anda
Jika anda menjual produk, cara ini memudahkan produk anda mendapat perhatian.
#3. Berkongsi tip-tip bermanfaat pengalaman
Pengguna-pengguna internet kebanyakkannya melayari internet bertujuan mencari maklumat yang ringkas, padat dan berguna.
Biasanya mereka akan menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya untuk mendapatkan tip-tip yang bermanfaat.
Perkongsian pengalaman sendiri atau keluarga juga dapat meningkatkan kepercayaan pembaca dan mereka mudah untuk berkenalan dengan anda.
Apabila mereka minat untuk mengikuti kisah hidup anda, insyaAllah urusan jual beli menjadi lebih mudah.
Namun begitu, tidak perlu berkongsi pengalaman yang terlalu peribadi. Pilih yang mana sesuai dan berkongsilah dari hati.
#4. Wall yang digemari pembaca
Kurangkan post link produk di wall facebook anda. Banyakkan mencerita kelebihan dan pengalaman menggunakan produk tersebut.
Jika boleh buatkan post yang menimbulkan tanda tanya. Apabila ada yang berminat anda boleh terus maklum balas ke inbox mereka.
Buangkan post yang tidak berkaitan dengan kita kerana ia akan mengganggu pembaca post kita.
Tulislah artikel blog yang memberi manfaat kerana apa yang anda tulis melambangkan diri anda.
#5. Berbalas komen
Jika ada pembaca yang meninggalkan komen di facebook, anda perlu segera memberi feedback yang positif.
Cara ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, malah secara tidak langsung mampu mengembangkan rangkaian blog anda.
Apa yang anda tulis melambangkan diri anda. Oleh itu, balas komen rakan-rakan facebook andengan berhemah. Jangan menjawab dengan emosi.
Kesimpulan
Facebook merupakan medium sosial yang cukup diminati oleh manusia terutamanya rakyat Malaysia.
Ia boleh digunakan untuk mempromosikan blog kita dan kesannya cukup memberangsangkan.
Kandungan blog yang baik boleh memberikan sumbangan dan menambah pahala kepada kita.
Kandungan blog yang buruk mendatangkan dosa kepada kita. Anda pilih yang mana?
Hubungi Huda sekarang di 011-18685991.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
wah memang ramai yang share tu :)
ReplyDeleteputeri tak berapa aktif di facebook.
Kaedah ini hanya perlu bagi mereka yg baru dan belum profesional dlm blogging. Bagi yg dh pro pembaca dtg tanpa perlu dicari
Deletetapi ada banyak kelebihan kalau ada fanpage yang aktif kat facebook kan :)
DeleteItu memang betul. Gambar yang saya tunjukkan juga diambil dari fanpage
DeleteIni kalau tekan boost post, mesti lagi banyak trafik boleh dapat ni
ReplyDelete