Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.
Sekarang ini cuaca panas terik melanda negara kita. Ada sumber mengatakan cuaca yang panas terik ini boleh membahayakan kesihatan.
Kalau diperhatikan persekitaran kita, banyak tumbuh-tumbuhan yang mati kekeringan dan malahan ada tempat-tempat yang terbakar dengan sendirinya.
Di sesetengah tempat seperti bandaraya pula bukan setakat cuaca panas, malah terpaksa menghadapi jerebu pula.
Menurut jabatan kesihatan, jerebu boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan kita. Umpamanya:
- Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
- Asma
- Radang paru-paru
- Sakit jantung
- Sakit tekak
- Sakit mata
- Batuk
- Selsema
Sebagai langkah menghadapi cuaca panas dan jerebu, cuba anda amalkan 5 tip ini.
5 Tip Hadapi Jerebu & Cuaca Panas
Tip #1 Minum air
Dalam cuaca panas anda perlu minum banyak air suam. Cuba minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini bertujuan mengelakkan hidrasi dan menyejukkan badan.
Minum minuman isotonik juga digalakkan kerana ia dapat menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluk.
Performance drink merupakan minuman isotonik yang bagus diminum ketika cuaca panas. Ia sesuai untuk anda dan anak-anak anda.
Cuba elakkan pengambilan minuman berkafein yang mempunyai tinggi kandungan gula di dalamnya.
Tip #2 Aktiviti luar
Cuaca panas yang terik boleh mendatangkan penyakit. Oleh itu, kurangkan aktiviti luar rumah.
Banyakkan aktiviti bersama keluarga di rumah atau berehat di rumah melainkan ada urusan mustahak.
Gunakan penutup hidung (nasal mask) terutamanya mereka yang mengidap masalah jantung, paru-paru, warga emas dan kanak-kanak.
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sesudah melakukan aktiviti luar rumah.
Tip #3 Guna kipas dan penghawa dingin
Anda boleh gunakan kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan jika tidak berada di luar rumah.
Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
Tip #4 Jauhi asap rokok
Perokok dinasihatkan tidak merokok di dalam rumah atau di kawasan ramai orang.
Kepada anda yang tidak merokok, cuba jauhkan diri dari asap rokok kerana ia mendatang risiko mendapat penyakit.
Tip #5 Segera jumpa doktor
Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru hendaklah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera jika keadaan bertambah teruk.
Kesimpulan
Jerebu dan cuaca panas yang melanda kita sekarang ini adalah ketentuan Allah SWT.
Kita perlu sedar ini semua adalah ujian dariNya untuk melihat tahap keimanan kita kepada Allah.
Pelbagai usaha boleh kita lakukan untuk menghindari masalah yang berlaku, namun itu semua tidak akan mendatangkan kesan jika tidak diizinkanNya.
Lantaran itu, kita tidak boleh berhenti dari terus berdoa agar dikuatkan iman dan diberikan keselamatan kepada kita.
Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Assalammualaikum... faizal,
ReplyDeleteterima kasih atas tips yang dikongsikan nie.. insaallah blog nie pun boleh naik.. gak.
mselim3
Waalaikumussalam
DeleteTerima kasih ..Tuan sentiasa memberi semangat kepada saya
Paling penting minum air masak banyak2
ReplyDeletetips-tips yang sangat bermanfaat untuk menghadapi musim jerebu. Syukurlah sekarang ni dah mulai hujan setiap hari.
ReplyDeleteterima kasih..Alhamdulillah,,hujan rahmat
Deletesatu lagi pasal jerebu ni, mask yang biasa orang pakai tu sepatutnya digunakan oleh orang yg sakit, supaya penyakit mereka tidak merebak kepada orang lain, untuk kesan optimum, kena guna mask n95, jenis yang tutup seluruh hidung dan mulut.. :)
ReplyDeletesaya setuju dengan pandangan tuan. terima kasih
DeleteTip yang membantu. Sekurangnya bila dah baca lebih bersedia untuk hadapi keadaan jerebu.
ReplyDeleteterima kasih ya
Delete