HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, March 27, 2014

Kepentingan Menjaga Kesihatan Usus Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 


Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa kesihatan sistem penghadaman akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan. 

Pelbagai masalah seperti sembelit, pedih ulu hati, cirit-birit dan sebagainya adalah antara punca daripada sistem penghadaman yang tidak sihat.


Kepentingan Menjaga Kesihatan Usus Kita


Hari ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan menjaga kesihatan usus kita.

Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana usus berfungsi?




Bagaimana Usus Berfungsi?


Sistem penghadaman kita berperanan dalam memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, hadam dengan sepenuhnya dan diserap oleh badan untuk membekalkan kita tenaga.

Sistem penghadaman yang terlibat adalah mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar. Seterusnya dibantu oleh organ tambahan iaitu hati, pankreas dan hempedu.


10 Tanda Usus Tidak Sihat


  1. Sembelit.
  2. Sering sakit kepala.
  3. Susah nak hadam.
  4. Selalu rasa lesu dan tak bertenaga.
  5. Nafas dan najis berbau.
  6. Perut buncit.
  7. Selalu lapar.
  8. Gastrik.
  9. Pedih ulu hati.
  10. Cirit-birit.

Kesan sekiranya usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan


  1. Jantung stress atau lemah.
  2. Sakit sendi.
  3. Badan lesu dan otot lemah.
  4. Berat badan bertambah.
  5. Cepat nampak tua.
  6. Kanser.

Tabiat sihat untuk usus.


Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia mensyorkan panduan makan untuk memastikan  sistem penghadaman kita berada pada tahap optimum.

Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. 

Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).

Mengambil lebih banyak hidangan ikan , sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.

Mengambil daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.

Kita disarankan mengambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.

Kita disarankan minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan mengurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.

Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya. Ini sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.

Cara berikut dapat membantu dalam memastikan sistem penghadaman kita bekerja secara optimum:


Mengurangkan tekanan – tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman kita. 

Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, kita dapat membantu sistem penghadaman  dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan. 

Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen. 

Ini dapat merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus.

Berhenti merokok. Merokok akan mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain.

Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus seterusnya mencetuskan gejala pedih hulu hati. 

Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.

Set Penghadaman Shaklee dapat membantu anda.



Kebaikan set ini adalah dapat :
  1. Melegakan sembelit. 
  2. Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.
  3. Menyokong kesihatan usus.
  4. Membantu menyahtoksin badan.
  5. Membantu mengurangkan berat badan.
  6. Melegakan perut yang tidak selesa.

Set ini terdiri daripada Alfafa, ESP, Herba-Lax dan Peppermint-Ginger Plus.


#1) Peppermint Ginger Plus 



Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. 

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. 

Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  

#2) Herba- Lax


Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

5 Manfaat utama produk ini adalah :

  1. Pembersihan najis yang tersekat.
  2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama dalam tubuh kita.
  3. Membantu masalah sembelit.
  4. Mengempiskan perut.
  5. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman herba.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


#3) Alfafa


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah.

Sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfafa baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut. Ia dapat memperbaiki masalah saluran  penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit



Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

#4) ESP


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. Di dalamnya terdapat protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  

Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

7 comments:

  1. syukurlah setakat ni belum ada tanda-tanda usus tidak sihat..memang penting untuk menjaga kesihatan kan :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    ooo.. produk shaklee utk usus nie.. berapa RM?

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam

      term kasih kerana berminat dengan produk shaklee. harga nanti saya pm tuan

      Delete
  3. Terima kasih kerana kongsikan website ni...
    Rasanya sya perlu amalkan cara hidup yang sihat...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana kongsikan website ni..
    Rasanya perlu amalkan cara hidup yang sihat...

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi