HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Wednesday, March 26, 2014

5 Perkara Yang Perlu Disegerakan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Dalam Islam telah diajar adab-adab untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia.

Antara perkara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah tentang 5 perkara yang perlu disegerakan.

Perkara ini pernah disebutkan oleh Imam Ghazali sendiri dalam kitab Ihya (2/16).

5 Perkara Perlu Disegerakan

5 Perkara Yang Perlu Disegerakan


Daripada Hatim Al-Asom:

"Terburu-buru itu adalah sifat syaitan, kecuali pada 5 perkara, maka ia termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW."

#1. Apabila tetamu datang ke rumah kita segerakan sedia makanan


Sebaik sahaja nampak tetamu datang ke rumah, segara disuruh anak atau isteri menyediakan makanan untuk mereka.

#2. Menguruskan mayat tatkala meninggal dunia.


Kebanyakkan masyarakat kita yang suka membiarkan jenazah tidak di tanam kerana alasan menunggu anak yang jauh pulang ke pangkuan keluarga.

Situasi ini perlu ditimbang sebaik mungkin kerana kita tidak digalakkan terlalu lama jenazah tanpa diurus.

#3. Mengahwinkan anak perempuan, bila sampai masa.


Ulama berpesan supaya disegera mengahwinkan anak perempuan dengan lelaki yang baik agamanya.

Bahkah ada diriwayatkan bahawa jika ada lelaki datang meminta untuk berkahwin dengan anak perempuan kita. 

Lelaki itu kita rasa baik dari segi agamanya tetapi kita tolak permintaannya. Kemungkinan besar sudah tidak ada lelaki baik lagi yang akan kita jumpa sesuai untuk anak kita. Wallahu'alam.


#4. Membayar hutang


Sebaik sahaja mendapat duit, jangan ditangguh untuk melakukan perkara lain dengan duit itu. 

Bayar hutang dahulu, kemudian jika ada lebih barulah dibelikan barang-barang lain.

#5. Bertaubat dari dari dosa


Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesalahan. Justeru, kita perlu segera istighafar dan bertaubat.

Kesimpulan


Nyawa kita semakin singkat.  Entah bila kita akan kembali mengadap Ilahi. Oleh itu segerakan 5 perkara yang dinyatakan di atas.

Nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan kepada perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk beribadat.

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 

Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

4 comments:

  1. Assalammualaikum... faizal,

    Terima kasih atas ingatan nie..

    mselim3

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik ni..mudah-mudahan kita tidak melewatkan apa yang sepatutnya disegerakan :)

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi