Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sungguh ramai pada hari ini yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan dengan pelbagai alasan.
Ada yang ingin berniaga kerana sunnah Rasulullah SAW.
Ada yang ingin berniaga kerana hendak menambah perniagaan.
Ada yang ingin berniaga kerana menyambung perniagaan ayah atau datuk.
Ada yang ingin berniaga kerana tiada perkerjaan lain yang sesuai.
Ada yang ingin berniaga kerana ingin membantu orang lain dan sebagainya.
Tidak kisah apa alasan pun yang anda fikirkan, tetapi yang penting kita perlu niat kerana Allah SWT.
Mudah-mudahan pekerjaan kita diberkati oleh Nya.
Dalam berniaga, perkara pertama yang perlu ada adalah ilmu, bukannya modal dahulu.
Kalau kita tidak ada ilmu, modal yang banyak pun akan habis begitu sahaja tetapi jika ada ilmu, modal yang sikit boleh untung besar.
Proses belajar tidak boleh berhenti. Ia perlu berjalan dan terus berjalan.
5 Cara Pemasaran Serentak Yang Perlu Dilakukan
Baiklah, Hari ini saya ingin kongsikan 5 Cara Pemasaran Serentak Yang Perlu Dilakukan bagi seorang usahawan.
5 Pemasaran Serentak Mesti Buat ini saya kaji dari mentor jutawan internet Irfan Khairi.
Dalam artikel di blog beliau, dengan tegas Irfan Khairi mengatakan bahawa salahkan diri sendiri (peniaga) kalau 5 Cara Pemasaran Serentak ini tidak dilakukan.
5 Pemasaran Serentak Mesti Buat ini adalah cara minimun dalam bukannya maksimum.
Ini bermaksud, terdapat banyak cara pemasaran yang perlu dilakukan lagi. Apakah 5 Cara Pemasaran Serentak Yang Perlu Dilakukan itu? Jom baca seterusnya.
- Anda perlu edarkan flyers - Sebaiknya flyers diedarkan kepada target prospek.
- Anda perlu membuat pengiklanan di internet - Sekarang ini pengiklanan menerusi internet menjadi ketumaan bagi seorang peniaga. Malahan, ada peniaga yang hanya menggunakan online sebagai medium perniagaan tanpa menggunakan kaedah offline.
- Anda perlu free preview mengenai perkhidmatan anda - Terdapat beribu-ribu jenis perniagaan diluar sana. Jika anda tidak memberi tahu kepada orang tentang perkhidmatan yang anda tawarkan bagaimana mereka akan tahu.
- Anda perlu berjumpa prospek - Teknik paling berkesan dalam pemasaran adalah dengan berjumpa secara langsung dengan prospek.
- Anda perlu mempromosi melalui emel (bukannya spam) - Penggunaan emel sebagai medium pemasaran tetap relevan sehingga kini. Ia juga merupakan cara yang efektif.
Kesimpulan
Dalam perniagaan, pemasaran merupakan salah satu komponen utama yang perlu diambil perhatian.
Kita perlu kaji dan cuba lakukan pelbagai cara pemasaran yang boleh untuk menjayakan perniagaan kita.
Konsep yang mudah 'try and adjust' atau dalam bahasa Melayunya cuba dan betulkan.
Teruskan usaha kerana Allah SWT menilai berdasarkan usaha kita bukannya apa yang kita perolehi.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Emm saya pula kalau ada rezeki meniaga nak tambahkan pendapatan sampingan keluarga...
ReplyDeleteBagus tu Tuan Hafizul
Delete