HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, March 21, 2014

Panduan Sujud Syukur

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Ya, terlalu banyak nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada kita tanpa mampu kita menghitungnya.

Kalau kita tidak bersyukur dengan nikmatnya, memang kita merupakan orang yang sombong. Maka itu, kita wajib bersyukur kepada Allah SWT setiap masa.

Salah satu cara menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah SWT adalah dengan melakukan sujud syukur.

Hari ini saya ingin kongsikan panduan sujud syukur berdasarkan beberapa rujukan.

Panduan Sujud Syukur


Pengertian Sujud Syukur


Sujud syukur adalah sejenis sujud sebagai tanda terima kasih kerana mendapat nikmat, mencapai kejayaan atau terhindar daripada bahaya atau kesusahan besar.

Hal ini dirujuk kepada satu hadith Rasulullah SAW:


Daripada Saidina Abu Bakar R.A. menceritakan bahawa Rasulullah SAW. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang menggembirakan khabar yang baik, beginda terus sujud berterima kasih kepada Allah SWT.

Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termizi RA.


Hukum Sujud Syukur


Hukum sujud syukur adalah sunat dan diboleh dilakukan di dalam solat. Ia boleh dilakukan di mana-mana asalkan tempat itu suci dari najis.

Fadhilat Sujud Syukur

  1. Syaitan menangis ketika kita sujud
  2. Salah satu mendapat khusyuk dalam solat
  3. Salah satu mendekatkan diri dengan Allah SWT

Rukun Sujud Syukur

  1. Niat - "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah"
  2. Takbirratul ihram
  3. Sujud sekali
  4. Memberi salam


Syarat Sujud Syukur

  1. Suci dari hadath besar dan kecil
  2. Suci dari najis sama ada badan, tempat dan pakaian.
  3. Menutup aurat
  4. Mengadap kiblat

Kaifiat Sujud Syukur

  1. Mengadap kiblat
  2. Mengangkat takbirratul ihram beserta niat dan sujud
  3. Takbir untuk bangun dari sujud dan duduk seperti bertasyahud
  4. Memberi salam

Bacaan Ketika Sujud Syukur


Tiada bacaan yang khusus untuk melakukan sujud syukur. Anda boleh membaca tasbih seperti sujud dalam solat atau sujud tilawah.



Kesimpulan


Meskipun amalan sujud syukur ini adalah sunat, namun ia menjadi kesukaan kepada Rasulullah SAW mengamalnya.

Apabila kita mengamalkan perbuatan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW bermaksud kita mengamalkan sunnahnya.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 

Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. 

Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

  1. Terima kasih bro kongsikan..walaupun menda ni nampak mudah jer, tapi ramai lagi saya rasa yang tak tahu..termasuklah diri saya..hehe

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar,

    lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tak tahu dan ingin tahu...terima kasih..

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi