HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Sunday, March 9, 2014

5 Laman Ping Untuk Blogger

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 

Penulis blog yang masih baru berjinak-jinak dalam arena blog pasti bimbang dengan trafik blog anda yang rendah.

Saya nasihatkan kepada anda, usah bimbang dan putus asa. Untuk pengetahuan anda, blogger-blogger profesional yang berdiri gagah sekarang ini bermula dari kosong.

Mustahil trafik di blog mereka terus meningkat dengan mendadak sekali dalam sekelip mata.

Sebenarnya ia memerlukan masa. Usaha yang gigih dan yang penting jangan berputus asa. Saya yakin, anda boleh lakukannya.

Hari ini saya ingin kongsikan kepada blogger sekalian satu kaedah untuk meningkatkan trafik di blog anda.

Kaedah ini baik diamalkan oleh blogger-blogger baru mahupun blogger-blogger lama.

Caranya mudah sekali. Setelah anda siapkan satu artikel di blog anda, terus sahaja pingkan artikel itu ke 5 laman ping yang akan saya tunjukkan ini.

Apakah kelebihan menghantar entri dari blog ke laman ping yang akan saya tunjukkan ini?

#1. Cara ini dapat meningkatkan PageRank (PR) dan merendahkan Alexa Rank blog anda. 

Hasilnya artikel yang anda ping itu mampu tersenarai di atas dalam google search.

#2. Ia adalah satu teknik untuk meningkatkan trafik blog selain daripada blog walking, komen dan ping ke banyak group facebook yang saya terangkan sebelum ini. 

InsyaAllah, jika anda lakukan teknik ini secara konsisten setiap hari, anda akan lihat perubahan yang mendadak bakal berlaku kepada trafik blog anda.

5 Laman Ping Untuk Blogger


#1. Busuk.Org


Saya memang berkenan sungguh dengan lama ping Busuk.Org kerana cara untuk ping artikel blog dan mendaftar cukup mudah. 

Pertama sekali anda perlu letakkan banner atau button busuk.org ke dalam blog anda. Kemudian tunggu sehingga admin Busuk.Org approve. 




Sekejap sahaja, mungkin kurang daripada 24 jam. Selepas mereka approve, anda sudah boleh ping artikel dari blog anda ke Busuk.Org. Semua artikel dalam blog anda akan dimasukkan secara automatik.


#2. PingBlog.Net


Laman ping untuk blogger seterusnya adalah PingBlog.Net. Meskipun laman ping ini masih baru berbanding dengan Busuk.Org namun ia juga menjadi tempat tumpuan kepada blogger.

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu ke PingBlog.Net dan tunggu sehingga mendapat email untuk pengesahan.




Selepas itu anda boleh ping artikel yang anda tulis di blog anda ke PingBlog.Net. Paparan dalam PingBlog.Net ini pun menarik juga.

#3. Blogr.My


Blogr.My yang agak lama bertapak di Malaysia ini. Cara untuk menghantar artikel ke Blogr.My hanya perlu klik ping sahaja.




Seperti juga dengan laman ping yang lain, anda perlu daftar dan tunggu sehingga mendapat emel untuk pengesahan.

Kemudian, anda boleh ping artikel yang anda di Blogr.My.

#4. GuaBlog.Com


GuaBlog.Com menawarkan link exchange yang tidak kurang menariknya. Dengan menyertai program ini, artikel yang dihantar bakal disaksikan oleh ribuan blog lain.



Sistem ini mampu menarik trafik melebihi 170%-250% tambahan pelawat ke artikel anda. Namun pihak GuaBlog.Com hanya membenarkan 2 artikel sahaja di ping ke sana. Ada caj tambahan untuk menghantar lebih dari 2 artikel.

Ada peraturan yang ditetapkan oleh pihak GuaBlog.Com. Kepada anda yang ingin mendaftar boleh klik daftar dan ikut arahan berikutnya.


Blogged.My juga menjadi tempat tumpuan ramai oleh blogger diluar sana dan yang pasti ia menyumbang kepada trafik blog anda.

Jika anda belum mendaftar terus sahaja ke sini dan ikut arahan yang telah ditetapkan.




Kesimpulan


Laman-laman ping ini memang membantu menaikkan trafik ke blog anda terutamanya bagi anda yang masih baru dalam blogging.

Untuk makluman anda juga terdapat banyak lagi laman-laman ping untuk blogger yang boleh diguna pakai.

Namun, saya mencadangkan kepada anda agar tidak memilih terlalu banyak laman ping diluar sana.

Pilih beberapa laman yang sesuai dengan anda dan yang penting konsisten menggunakan laman ping tersebut.


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi