Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Allah SWT memang Maha hebat. Hati yang Allah SWT anugerahkan kepada kita bukan satu jenis sahaja tetapi ada dua jenis iaitu:
Kalau ada orang bertanya, pernah anda rasa sakit hati? Saya yakin jawapannya adalah 'ya'.
Tetapi hati yang mana satu yang sakit? Hati rohani atau hati jasmani?
Kalau hati jasmani anda boleh berjumpa doktor ataupun makan vitamin hati.
Kalau anda sakit hati rohani, bagaimana mahu lihat atau periksa? Ia tidak boleh dilihat atau ditunjuk.
Hari ini saya ingin berkonsi tentang hati rohani yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan kita.
Menurut Abu Hurairah RA:
Hati rohani yang sihat mencermin keperbadian dan akhlak seseorang yang sihat juga.
Anda menjadikan tujuan hidup hanyalah satu iaitu taat Allah SWT. Anda mudah rasa sakit apabila anda tertinggal wirid dari Al-Quran, amal ibadat yang biasa dilakukan atau zikrullah.
Sakit yang dirasa melebihi daripada sakit orang yang kedekut atau tamak tatkala kehilangan harta kesayangan.
Anda mempunyai perasaan rindu untuk mengabdikan diri di jalan Allah SWT melebihi rindunya seorang lelaki dengan wanita kesayangannya.
Anda juga tidak pernah malas untuk ingat kepada Allah SWT.
Ketika anda melakukan solat, maka hilanglah semua kegundah dan kenikmatan dunia yang sementara.
Anda betul-betul menjiwai solat. Solat yang dilakukan terasa begitu nikmat dan damai jiwa.
Allah SWT telah bersumpah dengan masa, bahawa manusia sentiasa dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Boleh rujuk surah al-Asr)
Justeru, anda yang memiliki hati yang sihat tidak akan mengsia-siakan masa. Masa digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengabadikan diri kepada Allah SWT.
Anda yang memiliki hati yang sihat sentiasa mengutamakan pencapaian kualiti bagi setiap perbuatan berbanding kuantitinya.
Semua amalan diikhlaskan kerana Allah SWT.
Allah SWT memang Maha hebat. Hati yang Allah SWT anugerahkan kepada kita bukan satu jenis sahaja tetapi ada dua jenis iaitu:
- Hati jenis jasmani (boleh dilihat, dipegang dan ditunjuk)
- hati jenis rohani (tidak boleh dilihat, dipegang atau ditunjuk)
Kalau ada orang bertanya, pernah anda rasa sakit hati? Saya yakin jawapannya adalah 'ya'.
Tetapi hati yang mana satu yang sakit? Hati rohani atau hati jasmani?
Kalau hati jasmani anda boleh berjumpa doktor ataupun makan vitamin hati.
Kalau anda sakit hati rohani, bagaimana mahu lihat atau periksa? Ia tidak boleh dilihat atau ditunjuk.
Hari ini saya ingin berkonsi tentang hati rohani yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan kita.
Menurut Abu Hurairah RA:
" Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya."Lantaran itu, kita dituntut untuk menjaga hati rohani kita supaya sentiasa sihat.
Hati rohani yang sihat mencermin keperbadian dan akhlak seseorang yang sihat juga.
5 Ciri-Ciri Hati Yang Sihat
#1. Tidak sanggup meninggalkan ibadat
Anda menjadikan tujuan hidup hanyalah satu iaitu taat Allah SWT. Anda mudah rasa sakit apabila anda tertinggal wirid dari Al-Quran, amal ibadat yang biasa dilakukan atau zikrullah.
Sakit yang dirasa melebihi daripada sakit orang yang kedekut atau tamak tatkala kehilangan harta kesayangan.
#2. Merindui Allah SWT
Anda juga tidak pernah malas untuk ingat kepada Allah SWT.
#3. Menjiwai solat
Anda betul-betul menjiwai solat. Solat yang dilakukan terasa begitu nikmat dan damai jiwa.
#4. Menghargai waktu
Justeru, anda yang memiliki hati yang sihat tidak akan mengsia-siakan masa. Masa digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengabadikan diri kepada Allah SWT.
#5. Kualiti nombor satu
Semua amalan diikhlaskan kerana Allah SWT.
Kesimpulan
Semoga hati kita sentiasa sihat. Marilah kita mohon pertolongan Allah SWT agar sentiasa melindungi dan menjaga hati kita.
Sila kongsikan entri ini kepada mereka yang anda mahu agar mereka juga beroleh manfaat.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
No comments:
Post a Comment