HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, December 8, 2014

Kata-Kata Hikmah Panduan Hidup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Ini juga sambung entri 665 Mutiara Kata Penuh Hikmah yang saya kumpulkan daripada pelbagai sumber.

Dalam koleksi Kata-Kata Hikmah Panduan Hidup kebanyakkannya memberi nasihat tentang panduan hidup.

Saya amat berharap perkongsian yang tidak seberapa ini dapat menyuntik semangat dalam diri kita untuk menjadi insan yang baik di dunia ini.


kata kata hikmah perjalanan hidup
Perjalan Hidup memerlukan panduan untuk kita lalui

Kata-Kata Hikmah Panduan Hidup


360. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.

361. Fikirkan dosa dan pahala. lalu laksanakan yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa.

362. Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

363. Perjalanan yang jauh itu, dimulai dengan langkah pertama.

364. Jika mengharapkan suami sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah maka, jadikanlah diri anda semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra.

365. Apabila banyak berkata-berkata, maka banyak lahirnya tipu daya.

366. Sesungguhnya sedekah yang paling baik ialah sedekah amalan kita.

367. Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.

368. Tuhan menciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi kenapa Tuhan hanya menciptakan sekeping hati??? Kerana Tuhan mengamanahkan pada kita untuk mencarinya.

369. Gadisku. Jadilah seorang yang solehah kepada mujahid yang kau sayangi.....ingatilah akan kejadianmu yang unik dan simbolik itu.....hargailah masa mudamu dan renungilah masa tuamu itu.....Insya-Allah kau akan diberkati Illahi.

370. Kejayaan hari esok bermula dengan usaha hari ini.

371. Cinta yang kekal abadi adalah cinta Illahi.

372. Cinta yang berlandaskan suci tidak pernah memungkiri janji. 

373. Membaca membentuk keperibadian, Menulis membentuk kesempurnaan....

374. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

375. Solat itu ibarat tiang agama, Jika kukuh tiang itu maka kukuhlah solatnya.....

376. Hidup ini sementara....Jadikanlah ia penuh bermakna.....

377. Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya.

378. Sabda Rasullulah s.a.w: Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. Maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu. ( riwayat al-Bukhari & Muslim )

379. Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang.

380. Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya.

381. Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

382. Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat,dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu.

383. Kita tidak boleh hanya berjaya dalam akademik,tetapi sahsiah juga haruslah cemerlang.

384. Tuturkata yang lemah lembut itu lebih berkesan dari yang kasar dan tidak sopan.

385. Cakap orang tidak semestinya dipedulikan tetapi nasihat dari seseorang mesti diberi perhatian.

386. Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

387. Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..Tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan. 

388. “Barangsiapa yang mendedahkan walau sehelai bulu romanya (auratnya), sesungguhnya dia telah membina sebuah mahligai untuk ibubapanya di NERAKA...\" 

389. Kita sering lupa apabila diuji dengan nikmat daripada diuji dengan bala.

390. Tiada pengorbanan tanpa darah dan air mata.pegorbanan menuntut darah dan air mata....

391. Sesuatu kehidupan itu amat berharga.Janganlah disia-siakan ,melainkan pada apa yang terbaik

392. Kejayaan bermula dengan impian di fikiran .Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.

393. Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. Hidup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

394. Disiplin adalah ramuan tersembunyi di mana menukar seseorang yang biasa kepada orang yang penting.

395. Setiap kali bangun dari tidur, berfikirlah tentang kehidupan anda yang baru bermula.

396. Orang yang hina adalah sentiasa mencela orang lain, manakala orang yang mulia adalah sentiasa mencela dirinya.

397. Kita boleh mengubah diri kita dengan mengubah pemikiran, sikap dan amalan.

398. Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak sahaja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.

399. Tingkah laku diri mencerminkan peribadi lebih daripada apa yang kita katakan tentang diri sendiri.

400. Cinta itu unik dan bermakna jika pandai menilainya.

401. Kecantikan itu terletak pada peribadi seseorang dan bukan pada rupa parasnya.

402. Tuhan manciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati??? Kerana Tuhan mengamanahkan kepadad kita untuk mencarinya.

403. Basahkan selalu lidahmu dengan zikrullah dan sucikan hatimu dengan kalamullah.

404. Orang yg berjaya akan membuka peluang kepada orang yg gagal.

405. Hiburan hanya hiburkan anda sekarang...masa depan bukan bergantung kepada hiburan...berusahalah demi masa depan.

406. MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA, MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA, MINDA BESAR berbicara tentang IDEA

407. Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.

408. Mendiamkan diri lebih baik daripada membuka mulut....

409. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.

410. Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian.

411. Jangan lari dari masalah kalau tidak anda kan menjadi orang bermasalah seboleh-bolehnya cubalah selesaikannya. Disitulah bermulanya kematangan seseorang.

412. Orang yang sering tidak mempercayai orang lain, dia sendiri tidak boleh dipercayai....

413. Kita sering berdoa supaya diberi ketabahan dan kekuatan, bila diuji dengan masalah kenapa kita mengeluh....???

414. Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.

415. Kejayaan yg diperoleh dapat membantu: keluarga seseorang, kawan-kawan karib dan diri seseorang, jadi hendaklah kita berusaha dari sekarang untuk mencapai apa yang diingini......

416. Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

417. Fikirkanlah! Guru sebagai pintu ilmu, namun demikian pelajarlah yang membukanya.

418. Cinta Agung hanya dari Allah S.W.T.

419. Cinta lain kepada suami, isteri, anak-anak, ibu dan bapa, kepandaian, Kejelitaan, pangkat dan harta benda hanya bersifat sementara. Boleh hilang dalam sekelip mata. Yang kekal hanya Allah S.W.T.

420. Rezeki adalah milik Allah SWT, tidak perlu bimbang kerana ia pasti ada. Yang penting adalah berdoa dan berusaha untuk dapatkan rezeki.

421.  Bertaubatlah setiap hari kerana setiap hari kita tidak pernah jemu melakukan dosa.

422. Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

423. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

424. Orang yang gagal merancang biasanya merancang untuk gagal

425. Kebajikan itu lebih baik dari waktu

426. Wanita itu sendiri adalah rahsia

427. Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

428. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

429.  Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

430. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaku, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

431. Sahabat yang baik adalah yang orang yang bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata.

432. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

433. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

434. "Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

435. Jika anda bersahabat bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda tersebut, jika anda bermusuhan dengan sahabat anda bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

436. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

437. " USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

438. Wanita/perempuan diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dadadan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang.

439. " Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)

440. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.

441. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

442. " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

443.  " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

444. Hadiah Terbaik Kepada kawan – Kesetiaan Kepada musuh – Kemaafan Kepada ketua – Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

445. " Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki. ( A.L Alek Wong)

446. " Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.

447. Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

448. "Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

449. " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

450. " Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

451. " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

452.  " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

453. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,

454. Harta itu satu tamu yang akan berangkat,

455. Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

456. " Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

457. " Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

458. "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang

459. Lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)


No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi