HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, December 16, 2014

Cara Meningkatkan Susu Ibu Dr Hamid Arshat Pakar Sakit Puan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tip atau Cara Meningkatkan Susu Ibu oleh Dr Hamid Arshat Pakar Sakit Puan.

Dr Hamid Ashat merupakan seorang pakar sakit puan dan memiliki klinik beliau sendiri  Damansara Kuala Lumpur. Alamat penuh klinik beliau adalah seperti di bawah ini.

      Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu, 
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,      50490 Kuala Lumpur,     Malaysia
Walaupun tugas beliau sebagai seorang doktor memang sibuk, namu beliau memang seorang yang rajin berblog. Setakat yang saya tahu beliau ada beberapa buah blog. Kalau anda ingin tahu cuba cari dekat --->>> HamidAshat

Cara Meningkatkan Susu Ibu Dr Hamid Arshat Pakar Sakit Puan

[DSCN0278.JPG]
Dr Hamid Arshad


Jom lihat video Cara Meningkatkan Susu Ibu Dr Hamid Arshat Pakar Sakit Puan . Kalau tidak mahu tengok pun tidak mengapa kerana anda boleh lihat transkrip yang saya telah tulis di bawah ini.

Tetapi, saya ada buat sedikit perubahan dari segi penggunaan perkataan dan susunan ayat kerana kalau saya ikut semua mungkin ada yang kurang difahami.




Sebelum Bersalin


Penyusuan susu ibu adalah suatu amalan yang terbaik kerana saya anggap ia adalah makanan dari syurga kepada bayi yang baru lahir.

Namun, persediaan untuk penyusuan juga amat penting untuk menentukan bekalan susu mencukupi dan berkuali untuk bayi.

Pertama sekali, persediaan patut dimulakan dari awal kehamilan dengan menentukan tahap pemakanan ibu bayi. Makanlah makanan yang berkhasiat dan ditambah dengan suplemen atau multivitamin seperti kalsium, fish oil dan folix acid.

Keduanya adalah jagaan payudara sendiri. Ia perlu dituam waktu mandi sekurang-kurangnya sehari sekali dengan air panas.

Caranya adalah dengan mengambil tuala dan dicelup dengan air panas dan dituam kepada payu dara tadi dan diurut daripada bahagian luar payu dara ke puting. 

Ini bertujuan untuk menentukan bahawa tiada kesumbatan kepada kilang susu yang banyak dan kini sedang membesar ketika hamil. Tindakan hormon-hormon penting dalam merangsang payu dara untuk mengeluarkan susu.

Oleh itu, persediaan sangat penting dilakukan dengan membersihkan puting daripada daki supaya sewaktu menyusukan ia tidak tersumbat. Ini patut diamalkan dari mula hingga akhir.

Selepas Bersalin


Ketika lahir, bayi patut diletakkan pada susu (puting susu) secepat mungkin dan galakkannya menghisap walaupun dia belum pandai menghisap susu lagi. 

Apabila bayi menghisap, hormon oksitosin akan dirembeskan. Maklumat berkenaan hormon ini boleh rujuk dalam video proses penghasilan susu ibu.

Pada awal bayi menyusu, memang tidak ada susu yang pekat tetapi hanya kolostrom (susu awal) pada satu atau dua hari, tetapi ini pun mencukupi untuk bayi yang baru lahir.

Ibu-ibu jangan bimbang, kalau susu masih tidak banyak ketika ini kerana keperluan bayi yang baru lahir masih belum banyak lagi.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu amat dianjurkan untuk menggalakkan anak atau bayi anda menghisap puting susu kerana proses penghisapan itu menggalakkan penghasilan hormon yang penting untuk penyusuan susu ibu.

Semasa Berpantang


Ketika ini, penting bagi ibu meneruskan pengambilan vitamin, kalsium, asid folic dan juga fish oil di samping jangan pantang makan.

Sebenarnya, ketika berpantang bukannya berpantang makanan kerana makanan adalah penting untuk pemulihan luka dan pintu kemaluan ibu yang bersalin. 

Semua zat-zat makanan penting untuk ibu yang berpantang dalam proses pemulihan mengecutkan rahim kepada keadaan sedia kala. Mungkin, masa yang diambil untuk kembali pula sebulan, sebulan setengah atau dua bulan. 

Jika mahukan susu yang banyak, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar. Jangan beli sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.

Kalau kita lihat lembu sendiri makan rumput yang segar. Petua isteri saya, makan sayur keledek merah dengan sayur daun turi/kuri (saya tidak pasti sebab tidak berapa jelas). 

Gambungan sayur ini boleh buat masak lemak atau buat masak air. Makan dua kali seminggu pada peringkat awal.

Kalau masih kurang susu juga, anda boleh mengambil ubat perangsang. Biasanya, ambil motilium atau maxalon 3 kali sehari selama 10 hari atau 2 minggu. 

Jangan makan jamu-jamu atau rempah ratus kerana ia boleh menyerap air susu dan bayi yang menghisap susu boleh mengalami cirit-birit.

Kesimpulan


Penerangan Cara Meningkatkan Susu Ibu Dr Hamid Arshat Pakar Sakit Puan adalah berdasarkan ilmu perubatan dan pengalaman beliau dan bidang perubatan.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pendangan yang saya tulis di dalam entri ini, saya mohon agar anda berhubung terus dengan beliau kerana saya tidak bertanggungjawab dalam penulis ini. 

Perkongsian ini hanya berdasarkan klip video yang telah beliau upload dalam youtube. 

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Salam penyusuan. Jika anda berminat untuk membeli set menyusu shaklee, boleh hubungi Huda di 011-18685991. Sekian terima kasih


No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi