HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, December 8, 2014

Kata-Kata Hikmah Mencetus Semangat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Sebelum ini saya telah hasilkan sebuah entri yang berjudul 665 Mutiara Kata Penuh Hikmah, namun apabila saya publish, terdapat perubahan kepada template asal blog ini.

Untuk itu, saya asingkan keseluruhan 665 Mutiara Kata Penuh Hikmah tersebut supaya template asal dapat dibetulkan dan mudah dibaca,

Kebanyakkan koleksi kata-kata hikmah yand diasingkan dalam entri berkisar berkenaan dengan mencetus semangat.

terus berjuang
Terus berjuang untuk hidup dengan semangat

Kata-Kata Hikmah Mencetus Semangat


250.  "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

251.  "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

252.  "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

253.  "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

254.  “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan tetetapi untuk mencapainya perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan..manis tidak akan dtg sendiri”

255.  Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualiti ibadah.

256.  Kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci ALLAH.

257. Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

258. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.

259. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

260. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

261. Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

262. Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana. Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

263. Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

264. Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

265. Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

266. Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

267. Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

268. Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

269. Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

270. Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

271. Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

272. Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

273. Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

274. Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

275. Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

276. Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

277. Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

278. Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

279. Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

280. Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

281. Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

282.  Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

283. Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

284. Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

285. Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

286. Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

287. Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

288. Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

289. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

290. Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

291. Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

292. Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

293. Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

294. Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

295. Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

296. Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

297. Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

298. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

299. Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

300. Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.


301.  “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

302. “Biar pendiam tetapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

303.  “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tetapi paling tidak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

304.  “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

305.  “Orang yang banyak duit selalunya tidak bawa duit dalam poket  tetapi kadang-kadang orang yang tidak bawa duit dalam poket sebab memang tidak berduit.”

306. ”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

307.  “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tetapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tidak cerdik.”

308.  “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tetapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

309.  “Tupai kalau tidak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tetapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

310.  “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

311.  “Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

312.  “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tidak kelihatan.”

313.  “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tidak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

314.  “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

315. “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tidak bertindak.”

316.  “Nak pandai belajarlah, tetapi kalau nak memandai-mandai tidak payah tunggu pandai.”

317. “Manusia takut pada hantu tetapi tidak takut berperangai macam hantu.”

318. “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

319. Reputasi Kata Ibarat Kaca Senang Dihancurkan Tetapi Sukar Untuk Memperbaikinya Ilmu Adalah Kuasa - Francis Bacan.

320. Biarpun Seribu Kapal Tenggelam Di Tengah Lautan, Namun Cita-Cita Menusia Tidak Pernah Padam.- Hamka.

321. Kepuasan Terletak Pada Usaha, Bukan Kejayaan.- Mahatma Gandhi.

322. Jikalau Satu-Satunya Yang Ada Hanyalah Tukul, Maka Semua Masalah Akan Dilihat Seperti Paku.- Maslow.

323. Orang Yang Dilahirkan Di Dalam Kandang Kuda, Tidak Semestinya Akan Menjadi Kuda.- Pepatah Inggeris.

324. "Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"(Imam Ghazali)

325. Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.

326. \"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan.\" (annahl:61)

327. Bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah

328. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.

329. ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... Kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....

330. Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa.

331. Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.

332. Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.

333. Ilmu mu yang manfaat, sedekah mu yang ikhlas dan orang yang soleh, itulah syarat yang dituntut di ALAM BAKA....

334. Bersedekah sehingga kaya, jangan tunggu kaya baru mahu bersedekah

335. Wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.

336. Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajar Al-QURAN

337. Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.

338. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.

339. Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.

340. Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.

341. Wanita adalah hiasan dunia, sabaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dunia

342. Kejayaan Jin dan Manusia itu terletak pada agama. Sejauh mana dia dapat taat pada perintah Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah itu yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

343. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang menghafal AL-QURAN

344. Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah

345. Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.

346. Jaga diri, hiasi peribadi. Cinta pada bunga, bunga akan layu, Cinta pada manusia, manusia akan mati, TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.

347. Orang yang mendapat pertolongan daripada Allah adalah orang yang bertakwa dan selalu ingat kepadanya.

348. Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.

349. Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

350. Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.

351. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam

352. Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

353. Don't ask what you demand for life but ask what life demands from you.

354. Kejari cita-cita sebelum mengejari cinta.

355. Cinta itu suci, jangan cemari cinta itu dengan jiwa yang lara

356. Keikhlasan cermin kesucian hati sabar itu penahan derita ketenangan hati tanda redhanya jiwa

357. Hidup tak selalunya indah tetapi hidup ini akan menjadi indah seandainya kita bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.

358. Rakan yang paling jujur adalah seseorang yang bergelar musuh

359. Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.


No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi