HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, December 5, 2014

Review Blog # 3 Khaty Aiman

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dua blog sudah di review iaitu Blog Ayu Insyirah dan Blog Jejaka Hangat. Kini tiba masnya Review Blog pemenang ke 3 adalah blog Khaty Aiman

Blog yang direview ini adalah pemenang-pemenang yang dipilih melalui segmen blog review by Syukurnya Sihat Dot Com. Senarai pemenang-pemenang yang lain boleh dilihat di sini --->> Senarai Pemenang Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com.

Khaty Aiman telah menyertai segmen ini pada 21 November 2014 dan artikel yang beliau hasilkan boleh dilihat di sini --->> http://khatyaiman.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html

Review Blog # 3 Khaty Aiman


Blog Khaty Aiman
Blog Khaty Aiman
Pada saya, Blog Khaty Aiman lebih muda berbanding blog syukurnyasihat dot com. kerana artikel pertama yang dihasilkan oleh pemilik blog Khaty Aiman adalah dalam bulan May yang berjudul Terima Kasih Sahabat.

Jumlah artikel yang telah dihasilkan saat blog beliau direview adalah 92 kesemuanya. Walaupun usia blog masih muda tetapi follower blog ini sudah mencecah 100 pada bulan Oktober dan sekarang followernya sudah mencapai 219 orang. Memang hebat. Kalah blog syukurnyasihat dot com.


Pemilik Blog Khaty Aiman


Khaty Aiman bukan nama sebenar beliau, tetapi...
Nama diberi KATIJAH TUGIMAN..boleh panggil khaty @ jah..berketurunan jawa.. Isteri yang bekerjaya ,ibu kepada 2 hero..boleh tahan garang tapi baik hati ngan peramah..
Beliau bekerja di JKNPP di negeri Kedah (maafkan saya kalau salah).

Kalau dirujuk daripada google plus,  beliau ada tagline iaitu:

luahkan apa saja yang penting enjoy

Cara menghubungi Khaty Aiman boleh dibuat melalui:



Berbalik kepada Blog Khaty Aiman, pemilik menggunakan platform blogspot dan sehingga kini pageview di blog ini sudah melepasi 7000 lebih. 

Header blog menunjukkan seorang wanita ayu sedang duduk di atas buaian bertudung purple dan berbaju biru + purple. Kombinasi warna yang memang cantik dan sedap mata memandang.

Pada pengamatan saya, blog ini lebih banyak berkongsi berkenaan dengan hal-hal peribadi, aktiviti makan-makan, menyertai segmen-segmen oleh rakan blogger dan lain-lain lagi.

Pemilik blog ini juga menyertai Kelab Ben Shaari. Loading blog ini tidak lambat, jadi tidak jemu untuk berada lama di sini.

Salah satu artikel yang saya suka baca di blog ini adalah  Khasiat Susu Kambing. Saya tidak pasti sama ada beliau adalah agen HiGoat atau tidak tetapi banyak juga artikel berkenaan HiGoat dalam blog beliau.

Kepada anda yang ingin bertanya hal-hal tentang HiGoat atau ingin membeli produknya boleh lah berhubung terus dengan beliau.

Saya mohon maaf jika terdapat maklumat yang tidak benar dalam entri ini. Segala yang saya tulis dalam review ini adalah berdasarkan informasi yang saya perolehi dari blog beliau. Nama pun review kan.

Baiklah sekadar itu sahaja untuk review blog untuk kali ini. InsyaAllah saya kan review lagi 2 blog di masa akan datang. 

Jangan lupa kepada anda yang belum menjengah ke Blog Khaty Aiman boleh lah berbuat sekarang. Selamat berbahagia bersama keluarga tersayang.

6 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi