HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, December 16, 2014

Kata-Kata Hikmah Usaha Dengan Penuh Ikhlas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Entah kenapa, tiba-tiba saya teringat kepada arwah datuk saudara saya yang saya panggil sebagai Tok Lang.

Beliau agak rapat dengan saya. Semasa hayatnya, beliau pernah berpesan kepada saya, " Kalau nak buat sesuatu kerja, buatlah sungguh-sungguh."

Beliau juga pernah nasihatkan saya supaya belajar dengan seorang guru biar sampai faham. Kalau belajar satu ilmu dengan ramai guru lagi baik. Namun, bila sudah pandai jangan pula berlagak sombong.

Kata-Kata Hikmah Usaha Dengan Penuh Ikhlas



"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


Kata-kata hikmah tentang usaha di tepi pantai


Sampai ke hari ini saya masih ingat apa yang Tok Lang katakan. Cumanya, cara untuk aplikasikan nasihat beliau itu mengkin berbeza dengan zaman ini.

Nasihat beliau mungkin tidak jauh maknanya dengan kata-kata hikmah di atas. Mari kita hayati dan aplikasikan dalam kehidupan kita.

Ya, dalam meneruskan kehidupan ini, pelbagai keinginan yang kita ingin capai bukan? Jadi, kunci untuk mencapai kejayaan adalah dengan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Namun, dalam berusaha mengejar cita-cita yang ingin kita capai, peting sekali ikhlas. Ini kerana hanya keikhlasan dalam beramal akan diterima Allah SWT.

Anda juga boleh lihat koleksi 665 Mutiara Kata Penuh Hikmah.

10 comments:

  1. Alhamdulillah satu perkongsian yang bagus :)

    ReplyDelete
  2. tetiba saya terlintas nasihat beliau adalah berkenaan ilmu batin, ilmu silat dan ilmu agama dan sebagainya... tapi nasihat tu boleh digunakan untuk semua perkara

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat, bro najib ariyan..memang hebat dalam membaca hati manusia

      Delete
  3. Setuju.. dan kalau kita ikhlas.. kita tidak akan merungut apa2 pun terhadap apa yang kita lakukan kerana ikhlas..

    ReplyDelete
  4. yang penting keihklasan hati dalam melakukan sesuatu kan :)

    ReplyDelete
  5. Setuju dngan apa yang diutarakan..semoga saya tidk menjdi insn Yang sombong..

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi