HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, December 11, 2014

Cara Tangani Bayi Yang Tidak Mahu Menyusu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana secara tiba-tiba anak anda tidak mahu menyusu? Saya pernah sekali berpengalaman bayi tidak mahu menyusu.

Sudah lah tidak mahu menyusu, apabila disusukan dia akan menangis dengan kuat seolah-olah dalam kesakitan.

Sampai satu tahap teruji juga tahap kesabaran seorang ibu tetapi saya tidak lah bertindak diluar kawalan. Cuma keadaan ini membimbangkan saya.

Pening kepala saya memikirkan apa yang perlu dibuat. Bermacam-macam soalan yang timbul di minda. Adakah perutnya sakit? Adakah binatang kecil yang menggigit kulit anak saya?

Setelah bertanya Allah dahulu (BAD) dan diselidik barulah saya diberi petunjuk iaitu anak saya menghidap ulser. Memanglah dia tidak boleh menyusu sebab mulutnya sakit.

Oleh itu, kalau anda pernah  mengalami situasi sebegini, cuba periksa sehabis-habisnya. Pasti ada sebab kenapa anak kita bertindak sedemikian.

Mintalah kepada Allah, pasti Allah tunjukkan jalan.

Baiklah, di bawah ini saya kongsikan dengan anda Cara Tangani Bayi Yang Tidak Mahu Menyusu. Didoakan ia bermanfaat kepada anda.

Cara Tangani Bayi Yang Tidak Mahu Menyusu

Bayi anda mungkin tidak mahu menyusu mungkin disebabkan tidak selesa akibat tumbuh gigi baru.
Bayi yang tidak mahu menyusu mesti ada sebabnya

Saya bukan ingin membicarakan bayi yang tidak mahu menyusu kerana ingin bercerai susu. Tetapi bayi yang sedang mogok penyusuan susu badan.

Ini adalah caranya bayi anda memberitahu yang dia mempunyai masalah tertentu. Anda perlu menyiasat untuk mengenal pasti apakah masalah ini.

Ketahui puncanya?


Antara sebab si comel anda menolak penyusuan adalah:


  • Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Anda dinasihatkan berjumpa pakar laktasi anda.
  • Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
Tumbuh gigi juga boleh menyebabkan ketidakselesaan

  • Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit payudara anda.
  • Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
  • Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.
  • Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.
  • Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
Bayi anda tidak mahu menyusu meungkin kerana dia tidak selesa.
Mungkin bayi kita tidak selesa

  • Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.

Tindakan yang perlu anda lakukan


  • Anda disyorkan menawarkan penyusuan ketika bayi anda paling mengantuk ataupun ketika si manja sedang tidur. Ini kerana kebanyakan bayi yang menolak penyusuan badan apabila mereka berjaga akan mahu menyusu semasa mereka mengantuk.
  • Berjumpalah dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit ataupun jangkitan.
  • Cuba beberapa posisi penyusuan.
  • Susukan bayi anda dalam suasana yang sunyi.
Berjumpalah dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit ataupun jangkitan.
Bawa bayi anda berjumpa doktor

Adakah saya boleh meneruskan penyusuan?


InsyaAllah boleh dan saya yakin anda juga boleh. Adalah penting bagi anda untuk terus mencuba menyusukan bayi anda.

Dengan kesabaran dan ketabahan, anda akan dapat menyusukan semula.Berikan dia perhatian lebih dan sentuhan fizikal. Selamat menyusu.  Salam sayang dari saya :)

Bacaan lanjut tentang isu di atas boleh juga di rujuk di website Baby Center.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

  1. my anak buah dulu x nak susu botol . cuma nak susu gantung jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kawan saya pun ada seorang macam ni, dia sanggup tunggu ibu dia datang tengah hari susukan. Memang cabaran la buat ibunya.

      Delete
  2. pernah... bila dah bagi tanak pastu nangis kelaparan, memang cek mulut dia la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteri Wanita, kita kadang-kadang mungkin ulser ataupun tak selesa nak tumbuh gigi.

      Delete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi