HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, December 6, 2014

Jangan Makan Pedas Dan Berempah Kalau Menyusu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Ini kisah adik ipar saya yang gemarkan makan makanan pedas.

Ketika kami menghadiri kenduri di kampung suami di Perak beberapa minggu yang lalu, kami dihidangkan dengan lauk pauk yang agak pedas iaitu ayam goreng pedas dan gulai daging.

Bukan adik ipar sahaja, saya pun apa kurangnya. Memang minat sangat masakan pedas. Kami makan dengan begitu berselera sekali.

Jangan Makan Pedas Dan Berempah Kalau Menyusu


Saya dan adik ipar masih menyusukan anak pada ketika itu. Apabila menjelang petang anak saudara saya mengalami cirit-birit.

Kami semua bimbang melihat keadaan anak itu. Saya tidak dapat menjangka kenapa boleh berlaku begitu. Kalau ikutkan anak kecil itu  masih tidak makan bahan-bahan pelik.

Bila diselidik baru adik ipar saya memberitahu bahawa kebiasaannya kalau dia makan makanan pedas anaknya akan mengalami cirit-birit. 

Sejak dari hari itu, baru saya tahu bahawa makanan pedas dan berempah boleh mempengaruhi kesihatan si kecil.

Barangkali, hal sebegini berlaku kepada orang yang tidak tahan pedas. Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalami situasi sebegini.

Namun, saya tetap berjaga-jaga dalam pengambilan makanan seperti mengelakkan makanan yang ada kefien dan sebagainya kerana bimbangkan kesihatan anak.



Ibu Menyusu Terpaksa Berpantang Makanan Pedas Dan Berempah?
Ibu Menyusu Terpaksa Berpantang Makanan Pedas Dan Berempah?

Ibu Boleh Makan Makanan Pedas


Bagi ibu-ibu yang menyusu tetapi gemar makanan pedas dan berempah, usah bimbang. Anda bukan tidak boleh makan langsung. Sebaliknya anda perlu berjaga-jaga.

Memang tidak dinafikan, kebanyakkan masakan melayu memang tidak boleh lari dari menggunakan rempah. Makanan berempah dan pedas sudah menjadi sebahagian daripada makanan kita.

Meskipun begitu ibu yang menyusu tidak dilarang daripada mengambilnya. Apa yang terbaik ialah mengekalkan diet yang sihat dan pelbagai, dan mengelakkan makanan yang membuatkan anda rasa tidak selesa.

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan masakan melayu memang tidak boleh lari dari menggunakan rempah. Makanan berempah dan pedas sudah menjadi sebahagian daripada makanan kita. Meskipun begitu ibu yang menyusu tidak dilarang daripada mengambilnya.Apa yang terbaik ialah mengekalkan diet yang sihat dan pelbagai, dan mengelakkan makanan yang membuatkan anda rasa tidak selesa.
Negara kita kaya dengan kepelbagaian makanan

Tambahan lagi, Agensi Standard Makanan UK menyatakan bahawa adalah selamat untuk makan makanan yang berempah atau pedas semasa  menyusukan, selagi anda rasa selesa  apabila memakannya.

Dan walaupun sebahagian kecil daripada apa yang anda makan akan terserap masuk ke dalam susu badan, kemungkinan besar memakan makanan berempah tidak akan menjejaskan bayi anda.

Malah, bawang putih mungkin bermanfaat ketika anda menyusukan. Dua kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang ibunya memakan bawang putih lebih berkemungkinan menyusu lebih lama, dan ramai bayi yang nampaknya suka kepelbagaian rasa dalam susu ibu.


Cubalah pelbagai jenis makanan. Jika anda mengalami pedih ulu hati selepas memakan hidangan kari yang pedas atau rendang yang sangat berempah, atau bayi anda kelihatan tidak selesa atau kembung, maka elakkanlah makanan tersebut. Mungkin anda boleh cuba lagi apabila bayi anda sudah besar sedikit. Seperti biasa, jika anda tidak pasti bagaimana bayi anda akan bertindak balas terhadap sesuatu yang baru, mulakan dengan memakannya dalam kuantiti yang sedikit, dan tambah hanya jika dia tidak menunjukkan reaksi yang negatif.
Pastikan respons anak anda apbila anda mengambil makanan pedas dan berempah


Cubalah pelbagai jenis makanan. Jika anda mengalami pedih ulu hati selepas memakan hidangan kari yang pedas atau rendang yang sangat berempah, atau bayi anda kelihatan tidak selesa atau kembung, maka elakkanlah makanan tersebut.

Mungkin anda boleh cuba lagi apabila bayi anda sudah besar sedikit. Seperti biasa, jika anda tidak pasti bagaimana bayi anda akan bertindak balas terhadap sesuatu yang baru, mulakan dengan memakannya dalam kuantiti yang sedikit, dan tambah hanya jika dia tidak menunjukkan reaksi yang negatif.

Maklumat tentang susu ibu boleh di dapati di sini juga: http://www.babycenter.com/


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

6 comments:

  1. menyusukan kena pilih mknn yg baik utk baby terutamanya otak dan tumbesaran ... bab pedas ni mcm x leh nak stop lak ... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...sama la dengan saya. Memang suka makan pedas.

      Delete
  2. Nasib bini kurang bab-bab pedas ni.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tak payah risau dah baby sakit perut.

      Delete
  3. samalah. makan pedas, baby cirit.. seeloknya pantang makan pedas sampai baby 6 bulan ke atas. pastu makan udang sotong bagai, baby gatal :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, ibu menyusu kena la pilih makanan yang bersesuaian.

      Delete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi