HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Sunday, December 28, 2014

Doa Ketika Hujan Dan Musim Banjir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dua tiga hari ini, mood saya untuk menulis entri dalam blog syukurnyasihat lebih kepada isu banjir yang melanda negara kita. 

musim banjir, doa, musibah, banjir
Keadaan banjir di negeri Kelantan

Hati rasa pilu, insaf dan mengharap...Mari kita terus berdoa untuk saudara kita yang menjadi mangsa banjir.

Sampai ke hari ini musibah banjir yang melanda negara kita Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur masih belum selesai. 

Bahkan, bilangan mangsa yang terlibat dengan banjir luar biasa tahun ini semakin bertambah dengan begitu pantas sekali. 

Negeri-negeri lain di luar daripada pantai timur Malaysia juga turut terlibat seperti Johor, Kedah, Perlis dan Perak.

Info-info banjir boleh diperolehi di beberapa fanpage di bawah ini:
Info BanjirInfo Banjir TerengganuInfo Banjir KelantanInfo Banjir Terkini

Jujur saya katakan memang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa banjir menerusi gambar-gambar dan rakaman video yang disiarkan di internet mahupun televisyen. 

Tempat tinggal, kenderaan dan harta benda kebanyakkannya habis rosak. Itu belum kira tentang nyawa yang melayang lagi. Masya-Allah.

Antara perkara yang begitu menyentuh naluri saya adalah tentang enam orang anak pasangan suami isteri Suhaimi Awang dan Nur Hayati Sulong yang lemas selepas bot mereka terbalik ketika ke pusat pemindahan banjir.

Doa ketika hujan dan musim banjir
Wajah 6 orang adik beradik yang kehilangan ibu bapa ketika bajir baru-baru ini

Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Disoakan roh suami isteri ini dicucuri rahmat dan keenam-enam anak ini mendapat lindungan Allah SWT serta mereka menjadi anak yang soleh.

Bagi kita yang tidak terlibat dengan banjir ini wajib bersyukur kepada Ilahi. Dua cara bersyukur yang amat disarankan adalah berdoa dan menghulurkan bantuan.

Di bawah ini adalah contoh doa yang boleh kita amalkan ketika hujan dan musim banjir. Doa ini patut diamalkan oleh orang sedang dilanda musibah banjir dan kita yang masih lagi diberi keselamatan oleh Allah SWT. 

Cara memberikan bantuan yang paling senang untuk rakan blogger adalah dengan memberi komen di blog ini. Setiap satu komen bernilai RM1.
Jika mahu memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai juga boleh. Klik sahaja di sini--->> Sumbangan


Doa Ketika Hujan Dan Musim Banjir


اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA. ALLAHUMMA ’ALAL AAKAMI WAL JIBAALI, WAZH ZHIROOBI, WA BUTHUNIL AWDIYATI, WA MANAABITISY SYAJARI

Bermaksud : 

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, tengah lembah, dan tempat tumbuhnya pohon-pohon.”

Seandainya tidak pandai berdoa dalam bahasa Arab, terus sahaja berdoa dalam bahasa Melayu dan mintalah bersungguh-sungguh dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT.

Doa di bawah ini juga boleh dibaca.

Doa Dalam Bahasa Melayu Untuk Mangsa Banjir


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri-negeri yang terkena musibbah banjir ini,
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-hamba Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
Kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin....
Wallahualam

5 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi