HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, December 4, 2014

Benarkah Susu Badan Berkurangan Kalau Ibu Stress?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sepanjang saya mengepam susu untuk anak, memang ada perbezaan sekiranya saya mengepam dalam keadaan tenang dan keadaan stress.

Walaupun keadaan stess atau tenang ketika mengepam susu ataupun menyusu anak adakalanya berlaku tanpa dirancang, jumlah penghasilan susu berbeza sekali.

Jumlah susu yang terhasil sekiranya saya mengepam dalam keadaan tenang adalah lebih banyak berbanding jumlah susu yang saya pam ketika jiwa huru-hara atau stress.

Ternyata benar apa yang disarankan oleh pakar-pakar laktasi iaitu kita perlu menjaga emosi semasa menyusu secara direct atau mengepam susu anak untuk stok.

Ini kerana keadaan emosi sesorang ibu mempunyai kaitan dengan penghasilan susu ibu.  Saya juga sudah bertanya dengan ramai ibu-ibu yang menyusu secara eksklusif kepada anak mereka.

Sungguh, mereka mengaku bahawa menyusu dalam keadaan yang tenang memang seronok.

Kenapa keadaan ini berlaku? Kalau anda ingin tahu, boleh baca selanjutnya kerana dalam artikel ini saya kongsikan kepada anda kenapa susu ibu boleh berkurangan apabila ibu dalam keadaan stress?


Benarkah Susu Badan Berkurangan Kalau Ibu Stress?



Sepanjang saya menyusukan anak, saya merasakan ada perbezaan sekiranya saya mengepam dalam keadaan tenang dan keadaan stress. Ini kerana apabila saya dalam keadaan tenang, jumlah susu yang diperolehi lebih banyak.
Jangan stress-stress tau

Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, sentuhan bibir bayi merangsang saraf deria dalam puting payu daranya, menyebabkan pengeluaran dua hormon penting dalam otak ibu, yang terbabit dalam penyusuan ibu, prolaktin dan oksitosin.

Selain membantu dalam pengeluaran susu ibu, prolaktin (hormon keibuan) membantu ibu untuk merasa santai dan lebih menyayangi bayinya.

Oksitosin (hormon kasih sayang) bertanggungjawab mengeluarkan susu dan juga mencetuskan perasaan gembira dalam diri ibu dan menceriakan moodnya.

Sebenarnya stress tidak mengurangkan bekalan susu badan si ibu. Namun begitu, jika seseorang ibu itu dalam keadaan stress dan tidak kerap menyusukan bayinya. Ini akan menyebabkan bekalan susu akan berkurangan untuk sementara waktu.

Ini kerana susu badan dihasilkan mengikut supply and demand.Payudara anda menghasilkan susu untuk memenuhi permintaan bayi anda.

Oleh itu, jika penyusuan terganggu kerana apa sahaja sebab dan bayi anda tidak menyusu sekerap biasa, susu yang anda hasilkan akan berkurangan.

Anda boleh meningkatkan bekalan susu anda dengan menyusu bayi anda sekerap yang mungkin. 

Sebenarnya stress tidak mengurangkan bekalan susu badan si ibu. Namun begitu, jika seseorang ibu itu dalam keadaan stress dan tidak kerap menyusukan bayinya. Ini akan menyebabkan bekalan susu akan berkurangan untuk sementara waktu.
Ibu yang stress akan menyebabkan bekalan susu semakin berkurangan

Cara penyusuan yang betul juga memainkan oeranan yang penting. Anda mungkin tidak melekapkan bayi pada payudara dengan betul.

Jika bayi anda tidak melekap dengan betul, sukar baginya untuk mendapat susu yang cukup. Anda mungkin menyangka ini adalah masalah bekalan susu, namun sebenarnya tidak. 

Jika ibu-ibu berhadapan dengan masalah penyusuan. anda boleh berhubung dengan pakar laktasi anda. Saudara atau rakan-rakan yang berpengalaman juga dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ibu-ibu.

Usah bimbang kerana menyusu juga merupakan proses pembelajaran buat ibu dan si manja.

Sila baca artikel di bawah ini boleh membantu anda untuk dapatkan maklumat tentang:

Supplemen buat ibu menyusu.
Cara menambah susu ibu. 

Kesimpulan 


Marilah bersama-sama saya menyusukan anak dengan gembira. Ibu yang mengalami tekanan, secara tidak langsung akan mempengaruhi bayi kita.

Saya yakin, anda semua mesti mahukan yang terbaik buat si manjakan? Percayalah bahawa penyusuan mengeratkan hubungan diantara ibu dan anak.

Selamat menyusu ibu-ibu semua :)

Maklumat tentang susu ibu boleh di dapati di sini juga: http://www.babycenter.com/


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

13 comments:

  1. kena elak stres dlm byk keadaan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pendapat cetusan minda...

      Delete
  2. mujurlah produk shaklee banyak membantu para ibu kat luar sana kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dengan izin Allah, produk ini membantu saya :)

      Delete
  3. agaknya kalau ibu2 rajin menyusukan anak akan lebih hilang stress lagi

    ReplyDelete
  4. Yup...elakkan stress..bila isteri nampak mcm stress tu, suami harus memainkan peranan yg baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hafizul, peranan seorang suami dalam penyokong penyusuan susu ibu.

      Delete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi