HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Sunday, December 28, 2014

Panduan Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Dijangkakan hujan lebat akan terus berlarutan sehingga 2 Januari 2015. Untuk itu, persediaan menghadapi banjir memang tidak boleh diambil mudah.

Sebelum ini telah saya kongsikan dengan anda tentang Panduan Keselamatan Menghadapi Banjir serta Doa Ketika Hujan dan Musim Banjir. 

Panduan Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir, banjir luar biasa, mangsa banjir
Suasana banjir di atas jalan raya

Hari ini saya ingin berkongsi pula tentang panduan penjagaan kesihatan semasa banjir. Panduan ini saya adaptasi daripada Portal Kementerian Kesihatan Malaysia.

Didoakan semua mangsa banjir terus sabar dan redha dengan ujian yang sedang melanda. Kami sentiasa berdoa dan menghulurkan bantuan sedaya mampu.

Panduan Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir


Seperti yang kita ketahui bahawa banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Boleh Berlaku Semasa Banjir


Kemungkinan-kemungkinan yang tidak dapat kita jangka memang boleh berlaku apabila berdepan dengan situasi banjir. 

Beberapa keadaan yang berlaku boleh mendatangkan masalah dan membahayakan diri kita dan orang lain.

Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :


  1. Lemas
  2. Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  3. Terkena renjatan elektrik
  4. Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu


Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir


  1. Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  2. Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  3. Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  4. Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir


Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?


  1. Sentiasa minum air yang telah dimasak
  2. Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  3. Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  4. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
    1.  Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    2.  Guna tandas yang sempurna
  5. Buang sampah di tempat yang betul
  6. Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  7. Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah


Ini merupakan beberapa panduan penjagaan kesihatan ketika banjir yang boleh kita amalkan dalam situasi banjir.

Namun begitu, ia bergantung kepada keperluan dan kemudahan yang kita ada di sekeliling kita dalam situasi banjir.

Dan yang paling penting sekali jangan berhenti berdoa memohon pertolongan Allah SWT apabila berdepan dalam ujian seperti banjir.

InsyaAllah, segala urusan dimudahkan oleh Allah SWT.

15 comments:

  1. banyak bahaya selepas banjir ni.. terutama bab penyakit berjangkit ni.. bekalan air bersih, ditambah tempat kotor.. itu yang sadis.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kesian mereka semua. Semoga mereka semua tabah dalam menghadapi dugaan ini...

      Delete
  2. satu2 musibah yang melanda kita di bumi ini.moga2 ada hikmah disebalik qada & qadar.sama2 kita berdoa kearah kebaikan.

    ReplyDelete
  3. penting ada panduan untuk menjaga kesihatan semasa dan selepas banjir kerana pasti ada pelbagai penyakit yang mudah berjangkit jika kebersihan tidak diutamakan

    ReplyDelete
  4. Perkongsian berguna..

    ReplyDelete
  5. semoga mereka yg terlibat banjir berhati - hati dgn kesan2 di atas ...

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi