HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, December 8, 2014

Kata-Kata Hikmah Eksklusif Saidina Ali R.A.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Di bawah ini adalah sambungan daripada 665 Mutiara Kata Penuh Hikmah. Saya terpaksa asingkan Mutiara Kata ini kepada entri yang lain kerana berlaku sedikit masalah kepada tamplate blog ini.

Entri ini saya memilih beberapa Kata-Kata Hikmah Eksklusif Saidina Ali untuk tatapan dan penghayatan kita bersama.

Kata-Kata Hikmah Eksklusif Saidina Ali



Pedang saidina Ali
Pedang Saidina Ali RA.


626. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.- Saidina Ali

627. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.- Saidina Ali

628. Kebesaran seseorang itu bergantung kepada Qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

629. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.- Saidina Ali

630. Jagalah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.- Saidina Ali

631. Bakhil terhadap apa yang di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.- Saidina Ali

632. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.- Saidina Ali

633. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.- Saidina Ali

634. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan , kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.- Saidina Ali

635. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat.- Saidina Ali

636. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.- Saidina Ali

637. Mengajar adalah belajar.- Saidina Ali

638. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.- Saidina Ali

639. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.- Saidina Ali

640. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah SWT.- Saidina Ali

641. Insan terbahagi kepada tiga :
a) Mereka yang mengenal Allah
b) Mereka yang mencari kebenaran
c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.- Saidina Ali

642. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.- Saidina Ali

643. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.- Saidina Ali

644. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.- Saidina Ali

645. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.- Saidina Ali

646. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.- Saidina Ali

647. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya.- Saidina Ali

648. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.- Saidina Ali

649. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.- Saidina Ali

650. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.- Saidina Ali

651. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.- Saidina Ali

652. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.- Saidina Ali

653. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.- Saidina Ali

654. Orang yang dengki marah kepada orang yang tidak berdosa.- Saidina Ali

655. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia)  adalah suatu kehambaaan.- Saidina Ali

656. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.- Saidina Ali

657. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.- Saidina Ali

658. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.- Saidina Ali

659. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.- Saidina Ali

660. Jika berharta berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.- Saidina Ali

661. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata, tetapi lihat apa yang dikatakannya.- Saidina Ali

662. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.- Saidina Ali

663. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.- Saidina Ali

664. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakan.- Saidina Ali

665. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.- Saidina Ali


Didoakan Kata-Kata Hikmah Eksklusif Saidina Ali R.A. ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan semua yang membaca dan menghayatinya.

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi