HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, December 1, 2014

Review Blog # 1 Ayu Insyirah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Alhamdulillah dengan izinnya, dapat saya meluangkan masa untuk membuat review blog yang terpilih untuk direview melalui segmen blog review syukurnyasihat dot com tempoh hari.

Blog pertama yang layak untuk direview adalah Blog Ayu Insyirah.My. Anda boleh lihat senarai pemenang segmen blog review syukurnyasihat dot com di sini -->> Senarai Pemenang Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com.

AYU INSYIRAH, Review Blog #1 Ayu Insyirah

Review Blog #1 Ayu Insyirah


Pada saat blog ini direview, ranking seluruh dunia adalah 562,400 dan rangking dalam Malaysia adalah 7443 menerusi Alexa Rank.

Kalau SEO score menggunakan tool Chkme, blog ini memcapai 17%. Jumlah pengunjung saat ini adalah 25805 menggunakan tool Hit Web Counter. Mula berblog sejak tahun 2009 (tolong betulkan saya kalau tersilap).

Ayu Insyirah adalah nama pemilik blog Ayu Insyirah dan Tika Jari Berbicara. Kedua-duanya menggunakan flatform blogspot dan blog Ayu Insyirah sudah mempunyai domain berbayar. 

Ini link G+ Ayu Insyirah dan link youtube Ayu Insyirah

Beliau adalah ahli kelab Ben Shaari. Setakat ini, jumlah yang join blog Ayu Insyirah 3188 orang. Wah, ramainya!!!

Saya mengenali beliau melalui segmen-segmen yang anjurkan oleh rakan-rakan blogger sebelum ini dan sejak dari situ saya mula follow blog ini dari semasa ke semasa. 

Walaupun saya tidak mengenali secara mendalam, namun sedikit sebanyak saya boleh gambarkan daripada beberapa maklumat yang saya perolehi daripada blog beliau.

Pada saya, blog Ayu Insyirah lebih kepada perkongsian peribadi dan sangat aktif menyertai pelbagai jenis segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger.

Header blog ini menunjukkan sekuntum bunga merah yang segar bugar bersama helaian-helaian daun hijau yang cukup sedap mata memandang. 

Di samping itu, dalam blog ini juga anda boleh mendapatkan tip-tip motivasi cinta dan muhasabah diri untuk pembangunan diri sendiri.

Antara untaian kata yang menarik minat saya adalah tentang artikel muhasabah diri yang bertarikh 31 Mac 2014 yang bertajuk 13 Kata-kata "Jangan Menunggu" yang perlu dihindari.


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka insha Allah kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang tuk membaca Al-qur'an, Tapi luangkan waktu tuk membaca Al-qur'an,


Kalau anda mahu membaca lebih banyak perkongsian beliau, boleh terus sahaja ke blog Ayu Insyirah. Pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk membaca artikel-artikel lain yang ada di sini.

Dalam pada itu, anda juga boleh meletakkan iklan untuk mempromosi website atau produk anda di blog beliau. Tetapi rasanya perlu berbincang dengan beliau dari segi bayaran yang dikenakan.

Saya doakan Ayu Insyirah akan terus maju dan berjaya dalam arena blogging.

Semoga anda terhibur dengan review blog yang tidak seberapa ini. Jika anda ada sebarang komen tentang review blog ini boleh utarakan di bawah ini. Terima kasih.

16 comments:

  1. Salam...

    baru hari ni saya tau kita boleh check ranking blog kita kat sini... nanti bila dah naik blog saya, nak jugak lah check... takat mana pencapaian

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada blog yang direview...nanti boleh terjah ke sana :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih ye sudi review blog ayu..

    ReplyDelete
  4. dah lama follow blog ayu ni . tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...saling beri sokongan kepada rakan blogger

      Delete
  5. terbaik buat ayu... saya juga follower blog ayu dan syukurnyasihat ...

    ReplyDelete
  6. kak ayu kena review...tahniah kak ayu...^_^

    ReplyDelete
  7. Huhu..tak penah singgah lagi rasanya..nanti leh singgah buat sesi suai kenal ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. sekarang ni ramai sungguh blogger. sampai tak sempat berkenalan. leaps ni boleh kenal-mengenal

      Delete
  8. wow.. ramai follower ayu insyirah :)

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi