HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, December 18, 2014

Tutorial Pakai Shawl Untuk Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Melihat kepada tajuk di atas mungkin ada yang kata saya ingin menjual shawl. 

Hehe...

Buat masa ini saya belum berniat untuk menjual shawl lagi. Tetapi tidak tahulah di masa akan datang.

Entri ini cuma untuk berkongsi kepada ibu-ibu yang gemar memakai shawl. Kepada yang bukan ibu pun boleh ikut tutorial ini.

Walaupun ibu-ibu seperti saya sentiasa sibuk dengan tugasan dan anak yang kerap menyusu badan, tetapi tidak menjadi masalah untuk bergaya dengan memakai shawl.

Menjaga penampilan diri juga penting kerana ibu-ibu perlu ingat, hati suami kita perlu sentiasa ditambat meskipun anak-anak sudah ramai yang boleh melompat.(anak semakin besar)

Apa yang penting, niat mesti ikhlas dan menutup aurat.

Tutorial Pakai Shawl Untuk Ibu


Kalau ikut cara yang ditunjukkan oleh Heliza Helmi ini memang nampak mudah tetapi kalau siapa yang tidak biasa agak kekok sikit.

Jujur saya katakan, saya sendiri tidak pandai memakai shawl tetapi adalah cuba-cuba pakai sendiri. Hehe...

Kepada ibu-ibu dan sesiapa yang memang gemar memakai shawl, boleh ambil shawl yang terlipat atau tersidai di ampaian dan boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Heliza Helmi. 

  1. Pegang kedua belah bucu kain yang bergetah seperti dalam gambar.
  2. Masukkan ke kepala dan pastikan kedudukan tali getah berada di belakang kepala
  3. Kain tudung yang berada di hadapan ditarik ke belakang
  4. Kain tudung yang ditarik ke belakang kelihatan seperti di dalam gambar no 4
  5. Pegangn kedua-dua belah kain di kiri dan kanan
  6. Ambil bahagian kanan kain dan selitkan ke dalam getah bahagian sebelah kiri. (Ia boleh ditukar kiri dan kanan mengikut keselesaan masing-masing.)
  7. Bahagian yang diselitkan ke dalam getah bahagian kiri tadi, ditarik sehingga menjadi seperti di dalam gambar



Tutorial memakai shawl oleh Heliza Helmi
Sekarang sudah siap.

Macammana? Mesti cantik ! Cuba ibu-ibu tunjukkan kepada suami ibu, pasti dia teruja dengan penampilan ibu yang cun dan menawan.

Kalau suami ibu-ibu tidak berkenan saya rasa ibu perlu cuba cara lain yang membuatkan dia terbeliak biji mata. He..he..

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan orang lain.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


15 comments:

  1. kalau tengok gambar macam senang je...kalau cuba beberapa kali mesti boleh :)

    ReplyDelete
  2. Pki bawal lg sng kot,hehee....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung bawal memang menjadi pilihankan, tak makan dek zaman :)

      Delete
    2. Baru prsn bawal xlekang dek zaman, tp skli skla nk b'gaya xsalah rasanya... Cuba cari kelainan mesti cantik.....;-)

      Delete
  3. tudung express lagi senang. tapi muka nampak tua. pakai shawl nampak muda, tapi ambil masa nak pakai ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Puteri wanita, saya kalau ada anak kecil lebih selesa dengan tudung exspress :)

      Delete
  4. nice sharing..hehe..kalau IbuNoey pakai shawl, kena pakai inner yang ada awning sebab pakai spek.kalau tak, macam tak sesuai je..

    ReplyDelete
  5. kalau anak tak tarik2, memang bole tahan lama...anak saya suka tarik tudung...dapat kejap je melawa...^_^

    ReplyDelete
  6. saya pun fail bab gayakan shawl . pandai pakai yg biasa - biasa jer ..

    ReplyDelete
  7. terima kasih sharing... pilihan untuk ibu2 yg mementingkan keindahan

    ReplyDelete
  8. sesekali tengok pakai belit2 macam ni cantik juga

    ReplyDelete
  9. skrg dah macam2 style.. zaman dah maju la katakan.. tudung pun turun berevolusi...

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi