HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, December 20, 2014

Tutorial Pakai Tudung Telekung Untuk Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bagaimana dengan gaya shawl yang Heliza Helmi tunjukkan sebelum ini? Ok atau tidak? Apa pula pandangan suami puan?

Kalau puan rasa selesa dengan gaya tersebut dan suami puan-puan pun suka bolehlah beli beberapa jenis dan warna yang berbeza-beza selepas ini. 

Sebelum itu, jangan lupa berbincang dengan suami dahulu, tanyakan warna shawl apa yang dia suka. Barulah romantik kan...He..he..

Kalau yang belum berkahwin mintalah pandangan ibu atau kenalan terdekat tentang warna shawl yang sesuai dengan anda. Barulah orang terdekat dengan anda rasa dihargai dan hubungan silaturrahim semakin erat. Biiznillah.

Baiklah, kalau sebelum saya kongsikan tutorial pakai shawl untuk ibu, tetapi hari ini saya akan kongsikan dengan anda pula tentan tutorial pakai Tudung Telekung Untuk Ibu.

Jangan marah ye, saya masih menggunakan model Heliza Helmi, hehehe... 

Saya bukan mahu mempromosikan produk Heliza Helmi, tetapi saya cuma kongsikan dengan anda sejenis Tudung yang sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan soal aurat dan kemudahan dalam penyusuan anak. 

Malahan tudung telekung ini boleh digunakan terus untuk bersolat walaupun ketika bermusafir.

Tudung Telekung ini bukan sahaja boleh dipakai oleh ibu-ibu, tetapi juga wanita-wanita muda dan yang berumur.


Tutorial Pakai Instant Telekung Untuk Ibu


Terdapat banyak cara untuk menggayakan Tudung Telekung ini tetapi dalam gambar ini saya hanya tunjukkan 2 cara iaitu :

  1. Lilitan Asas 
  2. Lilitan Niqab

Lilitan Asas


Rasanya sudah ramai yang tahu menggayakan cara ini kerana ia mudah dilakukan.  Pegang kedua-dua belah kain (kiri dan kanan) di sebelah hadapan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah yang pertama.

Temukan kedua-dua bahagian yang anda pegang tadi dan jika anda mahu lilit tudung ke sebelah kiri kepala, pegang bahagian atas yang anda temukan itu dengan tangan kanan dan tangan kiri di sebelah bawah.

Kemudian, lilit kepala anda ke sebelah kiri kepala seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah ke tiga.

Lebihkan kain tundug yang dililit itu tadi di sebelah kanan kepala dan selitkan bahagian yang lebih itu di bawah dagu. 

Jika mahu kemas dan tidak tertanggal, boleh diletakkan pin atau sebagainya mengikut citarasa anda.

Lilitan Niqab


Untuk lilitan niqab ini pula adalah sambungan daripada lilitan asas. Anda hanya perlu pegang bahagian hadapan tudung dan naikkan sehingga ke atas hidung. 

Selamat mencuba. 

Kalau anda mahu beli tudung ini jangan beli dengan saya sebab saya tidak jual sekarang. Anda boleh terus hubungi Heliza Helmi di blog Heliza Helmi Hijab.

Heliza Helmi

Cantikkan?

Pada saya, Tudung ini boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut citarasa dan kriativiti. Tudung ini labuh dan menutup bahagian dada memudahkan ibu-ibu untuk bersolat. 

Tetapi,jangan hanya tudung sahaja labuh, pastikan juga baju yang kita pakai mengikut piawaian agama iaitu menutup aurat.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

5 comments:

  1. memang cantik.. telekung instant ni sesuai untuk yg tak ada baby. kalau ada baby, kena muntah la, kena juga tukar tudung pakai telekung :)

    p/s: heliza tu pakai apa pun cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteri, Heliza ni pakai apa pun cantik :)

      Kalau ada baby kadang2 kena bawa tudung spare.

      Delete
  2. tudungnya cantik,tapi akak ni bab membelit-belit ni memang fail.orang lasak mana boleh pakai belit-belit ni,habis terburai.lagi selekeh nanti jadinya.Tapi memang designnya cantik sangat.tahap labuhnya memang sesuai untuk orang macam akak.

    ReplyDelete
  3. comelnya tudung
    sebaiknya pakaian menutup aurat dan longgar

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi