HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, December 26, 2014

Panduan Keselamatan Menghadapi Banjir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Subhanallah... Kita semua sedang diuji. Tahun 2014 sudah hampir pergi namun sepanjang tahun ini pelbagai ujian yang datang ke mari. Tragedi Mh730, MH17, puting beliung, tanah runtuh dan banyak lagi.

Sekarang, kita sedang berdepan dengan musibah banjir yang luar biasa. Hampir seluruh negeri pantai timur Malaysia sudah pun dilanda banjir dan kini sudah sampai ke negeri Kedah, Perak dan Johor.

Maklumat terkini yang saya perolehi daripada facebook info banjir , jumlah mangsa banjir di seluruh negara sudah mencecah 100,000 orang.

Pasti kita tidak mampu menafikan kekuasaan Ilahi yang menetapkan sesuatu dan pentingnya kita yakin bahawa setiap sesuatu ada hikmahnya. 

keadaan banjir di pantai timur malaysia, Panduan Keselamatan Menghadapi Banjir, banjir di pantai timur, banjir besar, banjir luar biasa, banjir di kelantan, terengganu, pahang

Ayuh kita teruskan berdoa dan berusaha memberikan bantuan sedaya mampu kita. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berkongsi Panduan Keselamatan Menghadapi Banjir.

Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua. 

Panduan Keselamatan Menghadapi Banjir


PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR


  • Segera dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Cuba pastik sumber sistem amaran banjir dan dengar hebahan terkini yang disampaikan menerusi radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.


SEBELUM BANJIR - KETIKA TANDA-TANDA DIKESAN


  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


KETIKA BANJIR - KETIKA PEMINDAHAN



  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. 
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


KETIKA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN



  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat


KETIKA BANJIR - DI DALAM RUMAH


  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


KETIKA BANJIR - DI LUAR RUMAH


  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.


SELEPAS BANJIR


  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.


SELEPAS BANJIR - KETIKA MEMASUKI BANGUNAN


  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA


  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Gambar banjir di depan Universiti Malaysia Terengganu


Didoakan semua mangsa banjir sabar dan redha. Teruskan berdoa kerana Rahmat Allah SWT sentiasa ada.

Mungkin ada yang mengeluh , "cakap senanglah suruh orang redha, cuba jadi dekat diri sendiri baru tahu bagaimana rasanya".

Ya, saya faham tetapi apabila sesuatu musibah berlaku, kita perlu ingat bahawa ia datang dari Allah SWT. Kalau kita tidak redha maknanya kita mencabar ketentuan Ilahi.

Sama-sama kita terus berdoa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan, keselematan dan kebaikan.


7 comments:

  1. Seharusnya risalah atau flyers dibanyakkan lagi sal banjir ni kan.. dan orang ramai pun kena beri kerjasama yang sepatutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju...kita kurang pendedahan sebenarnya. Semoga selepas ini pihak berwajib banyakkan mengedar risalah berkaitan banjir dan sebagainya.

      Delete
  2. semakin hari semakin membesar banjir ni dan semakin merebak... saya suka usaha seorang ibu di Jerantut yg awal2 telah berpindah ke KL... dan seluruh kampungnya tenggelam kemudian... sekurang2nya dia tak perlu bersusah payah mengharung banjir

    ReplyDelete
  3. nice sharing. bak kata my husband, rumah kampung dia tiap-tiap tahun banjir, diorang ready je. tapi yg tak pernah kena banjir pun kena ada maklumat persediaan juga kan. sedih tengok gambar-gambar banjir

    ReplyDelete
  4. Semua pihak wajib alert akan hal ini.

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi