HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, December 8, 2014

Kata-Kata Hikmah Eksklusif Imam Ghazali

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Ini juga adalah sambungan daripada entri 665 Mutiara Kata Penuh Hikmah yang terpaksa diasingkan entrinya kerana ada masalah kepada tamplate blog ini.

Tujuan saya mengumpulkan kata-kata hikmah ini adalah untuk berkongsi dengan anda supaya kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Kata-Kata Hikmah Eksklusif Imam Ghazali


Kata-kata hikmah Imam Ghazali
Gambar Imam Ghazali

607. Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati, cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.– Imam Ghazali

608. Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!– Imam Ghazali

609. Jika berjumpa dengan kanak-kanak ingatlah bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.– Imam Ghazali

610. Apabila bertemu dengan orang tua – ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.– Imam Ghazali

611. Jika berjumpa dengan orang alim – ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.– Imam Ghazali

612. Apabila melihat orang jahil – ingatlah bahawa mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.– Imam Ghazali

613. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.– Imam Ghazali

614. Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap. Nama ku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.– Imam Ghazali

615. Ilmu yang pertama disebut ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.– Imam Ghazali

616. Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.– Imam Ghazali

617. Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan, keberanian, kesucian diri dan keadilan.

618. Nasihat itu mudah, yang payah ialah menerimanya kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang sangat disukainya.– Imam Ghazali

619. Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh, “kekalahan” menjadi belenggu nafsu dan “mati” menjadi pakaian badan, kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur, dan ahli kubur setiap saat menunggu, bilakah engkau akan sampai kepada mereka.– Imam Ghazali

620. Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.– Imam Ghazali

621. Lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian itu alamat kemalangan besar Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan ber ma’rifat.– Imam Ghazali

622. Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai  bagimu, dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon? Apakah ada yang meminta ampun? Dan apakah ada yang bertaubat?” itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.– Imam Ghazali

623. Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang diperlukan.– Imam Ghazali

624. Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi keperluannya”– Imam Ghazali

625. Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia. – Imam Ghazali

Ini hanya sebahagian kecil sahaja Kata-Kata Hikmah Eksklusif  Imam Ghazali yang sempat dikumpulkan. Sebenarnya Imam Ghazali merupakan seorang ilmuan yang cukup handal.

Kitabnya digunapakai seluruh dunia. Semoga beliau dicucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi