HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, May 19, 2014

Kelebihan Flayers Sebagai Cara Promosi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi nikmat kesihatan. Didoakan anda juga sihat wal 'afiat di samping keluarga tercinta.

Jika anda pergi ke pasaraya besar seperti Tesco, Giant, Pacific dan sebagainya, pasti anda berjumpa dengan katalog atau flyer di hadapan pintu masuk.

Kenapa pihak pasaraya masih meletakkan flyer itu di hadapan pintu masuk sedangkan kebanyakkan orang yang hendak pergi ke situ ingin membeli barang?

Sudah pasti pihak pasaraya mempunyai alasan yang konkrit kenapa diletakkan katalog atau flyer di situ. Salah satu sebabnya adalah memudahkan pelanggan untuk membeli barang yang dikehendaki.

Selain itu, pelanggan terpaksa melihat barang-barang lain yang mempunyai kebarangkalian menarik minat pelanggan.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi beberapa kelebihan menggunakan flayers sebagai salah satu cara pemasaran perniagaan.



Kelebihan flayers sebagai cara promosi


Di bawah ini saya senaraikan 5 kelebihan menggunakan flyers sebagai cara promosi produk ini.

#1. Kos promosi yang murah dan mudah.


Kos promosi menggunakan flyers memang lebih  murah jika dibandingkan dengan pengiklanan seperti banner dan promosi melalui majalah atau surat khabar. Kosnya beberapa sen sahaja bergantung saiz dan muka surat sahaja.

Lagi pula cara ini mudah dikendalikan. Anda cuma perlu reka flyers atau dapatkan dari pereka dan hantar kepada pencetak. 

#2. Pembantu Jualan


Mungkin, terdapat banyak perkara yang ingin anda sampaikan kepada pelanggan tetapi tidak sempat. Oleh itu, anda boleh masukkan banyak maklumat penting tentang jualan produk anda dalam flyer.

Ada juga pelanggan yang lebih suka membaca sendiri tanpa mahu diganggu oleh orang lain, jadi flyer boleh menjadi pembantu jualan.

#3. Mudah diedarkan


Flyers yang siap dicetak, begitu mudah diedarkan. Namun, untuk mendapatkan hasil yang berkesan anda perlu pandai mencari pelanggan yang sepatutnya. Contohnya, jika anda ingin menjual set berpantang, anda perlu berikan flyers ini kepada orang yang sedang mengandung.

Lebih banyak flyers yang anda edarkan, maka lebih ramai orang boleh mendapat mesej yang ingin anda sampaikan.

#4. Berpotensi menjadi Viral.


Apa maksud viral? Viral adalah istilah marketing atau pemasaran iaitu suatu suatu mesej merebak dan menular ke dalam masyarakat dalam masa yang singkat.

Contohnya, anda mengedarkan flyer yang mempunyai maklumat berguna serta dapat membantu orang lain ia akan menjadi viral kerana akan disebarkan oleh orang yang mendapat flyers.

#5. Meningkatkan kesedaran


Apabila anda menjadi agen shaklee atau membuat sesuatu perniagaan di sesuatu tempat, mungkin tidak ramai orang yang mengetahuinya. 

Oleh itu, anda perlu membuat pengumuman agar lebih ramai orang mengetahui perniagaan anda. Cara yang mudah adalah dengan mengedarkan flayer.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa syarikat yang membekalkan flyers. Anda boleh berhubung terus dengan mereka.

Senarai Pembekal Flayers Untuk Agen Shaklee








Saya sendiri pernah menggunakan khidmat pembekal  SID@REKANEKA tersebut dan saya berpuas hati dengan perkhimatan yang diberikan.


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain.

Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi