Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur, bulan lepas saya telah berjaya menjadi top komentator dalam blog Cik Tom a.k.a Nur Fatihah Md Rushdi.
Hasilnya saya diberikan sebuah hadiah yang menarik. Hadiah tersebut di pos dan sampai kepada saya minggu lepas.
Ingin tahu apa hadiahnya nanti, jom baca selanjutnya. Sebelum itu saya ingin membuat review ringkas tentang blog Cik Tom ini.
Blogger yang berasal dari Terengganu ini menggunakan nama Cik Tom sebagai tajuk blognya kerana minat beliau yang telampau dengan buah tomato.
Blog Cik Tom berkonsepkan peribadi, namun beliau turut berkongsi tentang tip dan tutorial yang berguna.
Sekian lama aktif dalam arena blogging, beliau berjaya menempa nama dalam kalangan blogger tanahair. Banyak juga hasil pendapatan yang mampu beliau jana menerusi blognya.
Di samping itu, beliau juga seorang yang mahir menulis. Sering memenangi kontest seperti review dan advertorial produk.
Banyak ilmu pengetahuan yang boleh kita perolehi menerusi blog beliau. Kepada yang belum sampai ke sana boleh terjah sekarang.>> Cik Tom.
Terima Kasih Blogger Cik Tom
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Tom kerana menghadiahkan sebuah buku bertajuk Cerita Cinta Ahmad Ammar.
Jujur saya katakan, memang saya teringin sangat untuk membaca buku ini sejak awal penerbitannya. Cuma belum sempat pergi beli. Alih-alih, Allah menghantar buku ini melalui Cik Tom.
Rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Sungguh besar ciptaan Allah SWT. Betullah, Allah memakbulkan setiap doa kita.
Rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Sungguh besar ciptaan Allah SWT. Betullah, Allah memakbulkan setiap doa kita.
Sebaik sahaja saya dapat buku ini, terus saya belek dan baca beberapa bahagian di dalamnya termasuk isu kandungannya.
Walaupun sedikit bacaan yang saya lakukan tetapi ia sudah membuatkan saya rasa teruja. Tidak sabar untuk menghabiskan bacaan buku yang sedang popular ini.
Ia kisah seorang pemuda yang menjadi rakyat Malaysia pertama yang dikebumikan di tempat yang mulia di Tanah Turki. Ia kisah kematian yang menghidupkan.
Antara kata-kata bonda Ahmad Ammar:
Kami menghantar anakanda kami ini ke bumi Al-Fateh bagi mempersipkan dirinya untuk umat. Masya-Allah...Rupa-rupanya, Allah mempersiapkan dia untukNya.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan Terima Kasih Blogger Cik Tom kerana menghadiahkan buku yang bermanfaat ini. Moga-moga buku ini dapat menjadi inspirasi untuk saya menjadi manusia beriman.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Salam ziarah. Pertama kali ke sini ... sesungguhnya Allah sudah menetapkan apa yang terbaik untuk kita. Tahniah, tentu seronok dapat hadiah dari blogger tersohor .. :)
ReplyDeletesalam ziarah..terima kasih sudi datang ke sini.
DeleteTerima kasih kerana sudi bertandang ke sini
Deletetahniah...
ReplyDeleteTerima kasih
Deletetahniah sebab menang. Bukan senang tu.
ReplyDeleteAssalammualaikum...faizal,
ReplyDeletemesti buku nie best untuk dibaca dan diambil pengajaran... pape nanti cerita sikit pasal buku nie..
mselim3
Salam Tuan
DeleteInsyaAllah nanti saya kongsikan ya..
Alhamdulillah..dapat la baca buku tu kan?hehe..tahniah bro..
ReplyDeleteTerima kasih Hafizul
Deleteanak sedra suri peminta arwah ini.buku dia banyak dia beli buat koleksi
ReplyDeletebaguslah begitu. Almarhum memang patut dicontohi
DeleteRajinnya dia.
Delete